“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
“Sama menolong sama beruntung.”
“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
“Dare to be different.”
“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Untuk membaca koleksi mutiara kata yang lain, sila klik http://cintadearhaniey.wordpress.com/tag/mutiara-kata/







Februari 24, 2007 at 12:26 pm |
kata-kata ini menyedarkan diri I la……gadismelayu2212@yahoo.com
Mac 21, 2007 at 8:38 am |
assalamualaikum w.b.t….
Aiii morning seMua….
Mac 28, 2007 at 12:51 pm |
assalamualaikum….
kata kata yang indah lahir dari hati yang ikslah lagi murni….
teruskan perjuangan… … sesungguhnya redha ilahi menanti hingga ke mati….
tanpa motivasi manusai akan selalu menurut emosi diri….. parahnya diri disakiti dan hati dilukai…..
teruskan perjuangan.
bye
April 3, 2007 at 2:56 pm |
salam,
kata kata hanyalah kata kata kadangkala tidak seindah bahasa
cinta itu cinta tidak semestinya bahagia………………………………………
cinta agung terpahat dijiwa tidak mungkin ia berkata kata
kata kata untuk cinta pasti tidak akan kekel lama………………
Julai 18, 2007 at 2:46 pm |
[...] 4 Comments | Mutiara Kata | Permalink Posted by Haniey [...]
Ogos 4, 2007 at 3:26 pm |
cinta…mencari dengan hati yang suci lebih bererti dari memiliki tapi tak menghargai…
Ogos 16, 2007 at 6:16 pm |
salam,
cintailah seadanya pasti kebahagiaan menyusuri kita,
landasinya dengan kejujuran dan ketakwaan………………………..
September 21, 2007 at 2:14 pm |
cinta yg hakiki adlah cinta kpd ALLAH.
Oktober 24, 2007 at 1:59 pm |
salam…
bestla blog u…kita suka baca kata2 mutiara dll…boleh tak kita kongsi kata2 ni dengan orang lain?kita buat link blog awak kat blog kita ye…
bye…
Disember 24, 2007 at 5:40 pm |
Syukran to Dr Tuah because dapat mewujudkan laman web yang terlalu banyak pengajaran dan manfaat yang dapat dimbil daripada laman web ini.Syukur kepada ALLAH kerana telah menghantar insan yang bernama Dr.HM Tuah untuk menolong masyarakat yang ada di bumiNYA.Semoga Dr.Tuah di beri NUR HIDAYAH dan KEBEKATAN olehNYA di dunia dan di Akhirat.AMIN.
Februari 13, 2008 at 4:32 pm |
askum..
trima kasih krn dr. mghasilkan buku2 yg sgt2 sy nantikan slama ini. dr lah satu2nya insan yg telah membantu sy utk bangun dr kesengsaraan ini. alhamdullillah.. terima kasih bnyk2
Februari 28, 2008 at 11:27 pm |
dr tuah, thanks yea coz dt tuah dah bg banyak tips berguna dlm semua buku dr. saya sekarang dah mula rasa self esteem sy makin meningkat.
Mac 28, 2008 at 2:34 pm |
dr tuah tahnks alot.. dr tuah byk bg semangat pada saya..
Oktober 18, 2009 at 8:23 pm |
Salam….sye aziz..bleh x kalo sy nak b’KNALAN NGAN AWAK..
April 6, 2008 at 5:11 pm |
tol gak tu tp kalau semua asyik org perempuan je yg tangung mcm ane……utk org lain dia sangup berkorban tapi kenapa tidak untuk org yg di cintainya
Mei 15, 2008 at 8:43 am |
sesungguhnya cinta i2 lahir dari hati yang suci bersih kerana Allah s.w.t
Mei 18, 2008 at 8:21 pm |
masa itu tidak boleh diundur…….simpanlah segala kenangan yang terindah dan sematkan ia di hati.
Mei 18, 2008 at 11:00 pm |
marah itu membakar sedangkan senyum itu siraman salju…….
Julai 16, 2008 at 2:14 am |
senyum itu sbetulnya mudah,tetapi sulit untuk d perliat kan,dan senyum itu tdk seberapa,tp sangat ber harga nilai nya.berbuat baik lah kpd oraang senantiasa diri kita akan bertambah baik.
Julai 16, 2008 at 2:22 am |
HARTA BENDA
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.
Julai 23, 2008 at 12:04 pm |
sy kagum dgan dr.. hasil tuliasan dr byk menyedarkan saya.. terima kasih banyak2..
Ogos 14, 2008 at 12:24 pm |
terima kasih kpd Dr Tuah coz sy byk dpt kesedaran drpd mutiara kata yg dihasilkan ni…
Ogos 31, 2008 at 2:12 am |
salam..kepada dr yg sy hormati…saya salah seorang peminat dr.Sungguh indah mutiara kata dr..Dapat memberi sy motivasi sbg pelajar..
Ogos 31, 2008 at 4:22 pm |
sy ske kate2 yang camniy…
November 24, 2008 at 10:36 am |
salam..terima kasih kpd dr krn berjaya meenghasilkan mutiara kata yang bagus..ianya memberi saya semangat untuk lebih menghayati erti kata cinta dan kasih sayang yang sebenar..terima kasih dr..
November 28, 2008 at 9:42 pm |
cinta yang lahir dari hati yang suci adalah cinta yang sejati. dengan kehadiran cinta tanpa melukakan hati sesiapa. keindahan cinta bukan lah pada sejauh mana kita bercinta, tapi pengertian cinta yang tulus. jangan terlalu bercinta, kerana bila kita kecewa, kita tak akan terlalu sakit untuk terimanya.
Disember 15, 2008 at 10:01 am |
mutiara kata yang bahasanya mudah dan menyedarkan diri yang selalu leka
Disember 18, 2008 at 10:41 pm |
woo..baguih la..rase semangat smacam lepas baca ni…cayalah dr..sy tetap sokong dr.:)
Disember 23, 2008 at 3:33 pm |
best gilerr mutiara kata dr….bila terbaca bahasa2 indah lagi menawan 2, lagi tertawan hati untuk terus membaca….koleksi buku2 dr,banyak menyedarkan diri saya untuk berpijak di bumi yg nyata…tq…
Januari 5, 2009 at 10:30 am |
Dr, kata-kata mutiara ni semua dah ada kat buku kan, saya baru beli 4 buku Dr,now tengah baca Fikir-fikirlah , cari buku Jgn Main-main tak adalah kat kompleks pkns shah alam, wow banyak betul buku motivasi tapi Dr punya harga berpatutan mampu dibeli oleh semua golongan , thank you.
Januari 16, 2009 at 2:15 pm |
bukan setakat mutiara kata Dr yg beri byk erti, tapi apabila membaca buku2 Dr byk yg saya pelajari cthnya membina rasa cinta. Alhamdulillah..buku ini telah menyedarkan saya agar tidak terhegeh2 mengharapkan cinta org yg tidak pandai menilainya. Sesungguhnya cinta Allah itu adalah sebaik2 cinta. Mungkin kita tak dpt cinta spt yg diharapkan, tapi cinta Allah sentiasa ada utk kita..InsyaAllah…Jadi berbaik sangkalah kpdNya..
Januari 29, 2009 at 9:46 pm |
ramai yang sedih dan gembira tentang cinta…
tapi kenapa ada juga yang derita tentangnya…
hidup kita hanya sekali.. x ada yang inginkan derita…
tapi ada yang lupa…terlalu gembira hingga lupa pada yang esa.. akan derita juga akhirnya…
apa yang perlu di cari sebenarnya…
fikir-fikirkan…
kita hanya hambaNya.. semua adalah serupa.. Allah maha adil.. tiada yang tinggi atau rendah…
Januari 31, 2009 at 11:13 pm |
cinta kadang-kadang memberi banyak motivasi untuk diri sendiri. tanpa cinta kita tidak akan dapat hargai erti kasih sayang.. cinta banyak maksudnya bukan hanya untuk kekasih tetapi juga untuk pencipta kita..
Februari 4, 2009 at 11:20 am |
Salam Dr Tuah. Saya nie salah seorang peminat buku2 Dr setiap keluaran messti beli, kalo bajet x cukup saya pinjam kat library je. Tapi mesti nak beli jugak sebab nak simpan buat kenangan. Ada masa senang saya boleh baca balik. APa2 pun buku2 Dr memang besttt!
Februari 18, 2009 at 1:42 pm |
ok. boleh jadi petunjuk dan perangsang.
Februari 22, 2009 at 1:35 pm |
umur saya baru jer 12 tahun . saya nak pesan buku drtuah yang paling best kali .
Februari 22, 2009 at 1:37 pm |
kalau dah terima balaslah .saya dah nak periksalah .maaflah salah hantar.
Februari 25, 2009 at 9:37 pm |
kata bak mutiara yang memang benar dan tepat,kata yg indah dan mujarab
Mac 9, 2009 at 11:50 am |
kadang-kadang cinta itu memang manis namun itu tika belum terasa pahitnya hinggakan diri terasa tidak lagi berani mengukir senyum, takut diri tertelan lagi pilu sendu yang menyeksa diri.. mungkin tatkala belum merasa tajamnya sembilu itu diri bisa tersenyum ,namun bila hati terhiris sembilu itu dunia bagaikan sudah kelu….
Mei 7, 2009 at 9:23 am |
sy banyak bangkit dari hasil lukiran dan kata2 yg dr berikan…
cinta itu terkandung se1 000 kemanisan jika kita sanggup harungi se1 000 000 halangan…
bukan mudah untuk mencari kebahagian dalam cinta jika kita tak sanggup terluka dan terkorban..
kerna itulah sebenarnya resam bercinta…
Mei 17, 2009 at 3:30 pm |
kalau nak seribu daya.
kalau tak nak seribu dalih
nampaknya kita selalu begitu
betul ka?
Jun 21, 2009 at 12:28 pm |
cinta perlukan pengorbanan ttp sampai bile kita nk berkorban!namin syukurla masih ada yg ingin mencintai kita walaupun cinta menyakitkan…………..
Julai 9, 2009 at 5:19 pm |
Saya amat meminati penulisan dan buku motivasi dr tuah. Saya ada permintaan yang tak seberapa, tu pun klu dr tuah ingin berkongsi la. Ada tak motivasi untuk orang yang fobia? Ada tak buku motivasi macam 2 dr. tuah telah terbitkan?
Julai 10, 2009 at 8:45 am |
saya telah banyak mengikuti buku terbitan Dr Tuan dan banyak perubahan yang berlaku kepada diri saya sendiri. Koleksi buku Dr Tuah memang luar biasa bagus, macam orangnya juga.Tak menyesal rasanya memiliki buku beliau.Terima kasih Dr Tuah..
Julai 12, 2009 at 9:32 am |
salam..hanya satu saat kita terpikat pada seseorang,
satu minit untuk jatuh hati,satu jam untuk menyukai,
satu hari untuk menyintainya tapi ia mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya..jadi,fikir-fikir laa ye…
Julai 16, 2009 at 5:43 pm |
saya xrasa apa2.ada la ckt ja.
Ogos 12, 2009 at 8:48 pm |
cinta hanya manis bila kita tak dapat org yg kita cintai….
Ogos 16, 2009 at 1:33 am |
cinta yang lahir dr pandang pertama adalah cinta suci manakala cinta yg lahir dr persahabatan adalah cinta sejati. namun sukar untuk di bezakan yang mana lebih abadi cinta suci or cinta sejati….
Ogos 25, 2009 at 2:19 pm |
tima kasih dr megajar saya ap erti cinta sejati….
lebih indah kalo bercinta dengan yang Maha esa….
hidup lebih tenang…………..
September 3, 2009 at 2:20 pm |
cinta memang indah dan adakalanya ia membawa bahagia tetapi ada juga merana serta membawa durjana jadi pilihlah cinta yang sebaiknya tapi cinta illahi adalah cinta hakiki….
September 13, 2009 at 9:29 am |
aku mau minta saran jika apa yang telah hilang dan apa yang masih tersisa tk dapat ku beda kan
Oktober 18, 2009 at 8:20 pm |
Assalammualaikum DR.
Sbnrnye…sye ade hajat…..
sye nak bce NOVEL terbaru dr DR.
Kalo blehlah…
Oktober 18, 2009 at 8:31 pm |
HaLOOO….
aku nak tnye korang sume…
ade tak kwn rapat kt dunia nie??
bestfriend
Oktober 29, 2009 at 10:13 pm |
terima kasih semua. kata2 yang jujur lagi ikhlas daripada anda sebenarnya lebih indah lagi. saya doakan kita semua jadi insan2 cemerlang di dunia dan akhirat. amin. salam luar biasa bagus dan hebat sekali dari saya, selamanya.
Disember 3, 2009 at 8:47 pm |
a’skum kpd dr yg sy hormati….emm sy tahun depan akan naik ke tinggkatan 1…emm sy x beberapa yakin dengan diri sy.Boleh dr tolong bgi sy tips x?