Mutiara Kata Dr Tuah Iskandar

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”

“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”

“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”

“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”

“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”

“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”

“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”

“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”

“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”

“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”

“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”

“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”

“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”

“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”

“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”

“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”

“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”

“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”

“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”

“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”

“Sama menolong sama beruntung.”

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”

“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”

“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”

“Dare to be different.”

“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”

“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”

“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”

“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”

“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”

“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”

~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Untuk membaca koleksi mutiara kata yang lain, sila klik https://cintadearhaniey.wordpress.com/tag/mutiara-kata/

87 responses to “Mutiara Kata Dr Tuah Iskandar

  1. kata-kata ini menyedarkan diri I la……gadismelayu2212@yahoo.com

  2. assalamualaikum w.b.t….
    Aiii morning seMua….

  3. assalamualaikum….
    kata kata yang indah lahir dari hati yang ikslah lagi murni….
    teruskan perjuangan… … sesungguhnya redha ilahi menanti hingga ke mati….
    tanpa motivasi manusai akan selalu menurut emosi diri….. parahnya diri disakiti dan hati dilukai…..
    teruskan perjuangan.
    bye

  4. salam,
    kata kata hanyalah kata kata kadangkala tidak seindah bahasa
    cinta itu cinta tidak semestinya bahagia………………………………………
    cinta agung terpahat dijiwa tidak mungkin ia berkata kata
    kata kata untuk cinta pasti tidak akan kekel lama………………

  5. Pingback: suatu renungan « aQ saYaNK kLUArgA_Q…daN saHAbAT”_Q

  6. cinta…mencari dengan hati yang suci lebih bererti dari memiliki tapi tak menghargai…

  7. salam,

    cintailah seadanya pasti kebahagiaan menyusuri kita,

    landasinya dengan kejujuran dan ketakwaan………………………..

  8. cinta yg hakiki adlah cinta kpd ALLAH.

  9. salam…

    bestla blog u…kita suka baca kata2 mutiara dll…boleh tak kita kongsi kata2 ni dengan orang lain?kita buat link blog awak kat blog kita ye…
    bye…

  10. Wan Raihan Bt Wan Mohd Rani

    Syukran to Dr Tuah because dapat mewujudkan laman web yang terlalu banyak pengajaran dan manfaat yang dapat dimbil daripada laman web ini.Syukur kepada ALLAH kerana telah menghantar insan yang bernama Dr.HM Tuah untuk menolong masyarakat yang ada di bumiNYA.Semoga Dr.Tuah di beri NUR HIDAYAH dan KEBEKATAN olehNYA di dunia dan di Akhirat.AMIN.

  11. askum..
    trima kasih krn dr. mghasilkan buku2 yg sgt2 sy nantikan slama ini. dr lah satu2nya insan yg telah membantu sy utk bangun dr kesengsaraan ini. alhamdullillah.. terima kasih bnyk2

  12. dr tuah, thanks yea coz dt tuah dah bg banyak tips berguna dlm semua buku dr. saya sekarang dah mula rasa self esteem sy makin meningkat.

  13. dr tuah tahnks alot.. dr tuah byk bg semangat pada saya..

  14. tol gak tu tp kalau semua asyik org perempuan je yg tangung mcm ane……utk org lain dia sangup berkorban tapi kenapa tidak untuk org yg di cintainya

  15. sesungguhnya cinta i2 lahir dari hati yang suci bersih kerana Allah s.w.t

  16. masa itu tidak boleh diundur…….simpanlah segala kenangan yang terindah dan sematkan ia di hati.

  17. marah itu membakar sedangkan senyum itu siraman salju…….

  18. senyum itu sbetulnya mudah,tetapi sulit untuk d perliat kan,dan senyum itu tdk seberapa,tp sangat ber harga nilai nya.berbuat baik lah kpd oraang senantiasa diri kita akan bertambah baik.

  19. HARTA BENDA
    Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.

    Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.

  20. sy kagum dgan dr.. hasil tuliasan dr byk menyedarkan saya.. terima kasih banyak2..

  21. terima kasih kpd Dr Tuah coz sy byk dpt kesedaran drpd mutiara kata yg dihasilkan ni…

  22. noor azlinda bt abdul kadir

    salam..kepada dr yg sy hormati…saya salah seorang peminat dr.Sungguh indah mutiara kata dr..Dapat memberi sy motivasi sbg pelajar..

  23. sy ske kate2 yang camniy…

  24. salam..terima kasih kpd dr krn berjaya meenghasilkan mutiara kata yang bagus..ianya memberi saya semangat untuk lebih menghayati erti kata cinta dan kasih sayang yang sebenar..terima kasih dr..

  25. cinta yang lahir dari hati yang suci adalah cinta yang sejati. dengan kehadiran cinta tanpa melukakan hati sesiapa. keindahan cinta bukan lah pada sejauh mana kita bercinta, tapi pengertian cinta yang tulus. jangan terlalu bercinta, kerana bila kita kecewa, kita tak akan terlalu sakit untuk terimanya.

  26. siti hayati bt ab rahman

    mutiara kata yang bahasanya mudah dan menyedarkan diri yang selalu leka

  27. woo..baguih la..rase semangat smacam lepas baca ni…cayalah dr..sy tetap sokong dr.:)

  28. best gilerr mutiara kata dr….bila terbaca bahasa2 indah lagi menawan 2, lagi tertawan hati untuk terus membaca….koleksi buku2 dr,banyak menyedarkan diri saya untuk berpijak di bumi yg nyata…tq…

  29. siti hayati bt ab rahman

    Dr, kata-kata mutiara ni semua dah ada kat buku kan, saya baru beli 4 buku Dr,now tengah baca Fikir-fikirlah , cari buku Jgn Main-main tak adalah kat kompleks pkns shah alam, wow banyak betul buku motivasi tapi Dr punya harga berpatutan mampu dibeli oleh semua golongan , thank you.

  30. bukan setakat mutiara kata Dr yg beri byk erti, tapi apabila membaca buku2 Dr byk yg saya pelajari cthnya membina rasa cinta. Alhamdulillah..buku ini telah menyedarkan saya agar tidak terhegeh2 mengharapkan cinta org yg tidak pandai menilainya. Sesungguhnya cinta Allah itu adalah sebaik2 cinta. Mungkin kita tak dpt cinta spt yg diharapkan, tapi cinta Allah sentiasa ada utk kita..InsyaAllah…Jadi berbaik sangkalah kpdNya..

  31. ramai yang sedih dan gembira tentang cinta…
    tapi kenapa ada juga yang derita tentangnya…
    hidup kita hanya sekali.. x ada yang inginkan derita…
    tapi ada yang lupa…terlalu gembira hingga lupa pada yang esa.. akan derita juga akhirnya…
    apa yang perlu di cari sebenarnya…
    fikir-fikirkan…
    kita hanya hambaNya.. semua adalah serupa.. Allah maha adil.. tiada yang tinggi atau rendah…

  32. cinta kadang-kadang memberi banyak motivasi untuk diri sendiri. tanpa cinta kita tidak akan dapat hargai erti kasih sayang.. cinta banyak maksudnya bukan hanya untuk kekasih tetapi juga untuk pencipta kita..

  33. Salam Dr Tuah. Saya nie salah seorang peminat buku2 Dr setiap keluaran messti beli, kalo bajet x cukup saya pinjam kat library je. Tapi mesti nak beli jugak sebab nak simpan buat kenangan. Ada masa senang saya boleh baca balik. APa2 pun buku2 Dr memang besttt!

  34. ok. boleh jadi petunjuk dan perangsang.

  35. umur saya baru jer 12 tahun . saya nak pesan buku drtuah yang paling best kali .

  36. kalau dah terima balaslah .saya dah nak periksalah .maaflah salah hantar.

  37. kata bak mutiara yang memang benar dan tepat,kata yg indah dan mujarab

  38. kadang-kadang cinta itu memang manis namun itu tika belum terasa pahitnya hinggakan diri terasa tidak lagi berani mengukir senyum, takut diri tertelan lagi pilu sendu yang menyeksa diri.. mungkin tatkala belum merasa tajamnya sembilu itu diri bisa tersenyum ,namun bila hati terhiris sembilu itu dunia bagaikan sudah kelu….

  39. sy banyak bangkit dari hasil lukiran dan kata2 yg dr berikan…
    cinta itu terkandung se1 000 kemanisan jika kita sanggup harungi se1 000 000 halangan…
    bukan mudah untuk mencari kebahagian dalam cinta jika kita tak sanggup terluka dan terkorban..
    kerna itulah sebenarnya resam bercinta…

  40. kalau nak seribu daya.
    kalau tak nak seribu dalih
    nampaknya kita selalu begitu
    betul ka?

  41. cinta perlukan pengorbanan ttp sampai bile kita nk berkorban!namin syukurla masih ada yg ingin mencintai kita walaupun cinta menyakitkan…………..

  42. Saya amat meminati penulisan dan buku motivasi dr tuah. Saya ada permintaan yang tak seberapa, tu pun klu dr tuah ingin berkongsi la. Ada tak motivasi untuk orang yang fobia? Ada tak buku motivasi macam 2 dr. tuah telah terbitkan?

  43. saya telah banyak mengikuti buku terbitan Dr Tuan dan banyak perubahan yang berlaku kepada diri saya sendiri. Koleksi buku Dr Tuah memang luar biasa bagus, macam orangnya juga.Tak menyesal rasanya memiliki buku beliau.Terima kasih Dr Tuah..

  44. salam..hanya satu saat kita terpikat pada seseorang,
    satu minit untuk jatuh hati,satu jam untuk menyukai,
    satu hari untuk menyintainya tapi ia mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya..jadi,fikir-fikir laa ye…

  45. saya xrasa apa2.ada la ckt ja.

  46. cinta hanya manis bila kita tak dapat org yg kita cintai….

  47. cinta yang lahir dr pandang pertama adalah cinta suci manakala cinta yg lahir dr persahabatan adalah cinta sejati. namun sukar untuk di bezakan yang mana lebih abadi cinta suci or cinta sejati….

  48. tima kasih dr megajar saya ap erti cinta sejati….
    lebih indah kalo bercinta dengan yang Maha esa….
    hidup lebih tenang…………..

  49. cinta memang indah dan adakalanya ia membawa bahagia tetapi ada juga merana serta membawa durjana jadi pilihlah cinta yang sebaiknya tapi cinta illahi adalah cinta hakiki….

  50. aku mau minta saran jika apa yang telah hilang dan apa yang masih tersisa tk dapat ku beda kan

  51. Assalammualaikum DR.
    Sbnrnye…sye ade hajat…..
    sye nak bce NOVEL terbaru dr DR.
    Kalo blehlah…

  52. HaLOOO….
    aku nak tnye korang sume…
    ade tak kwn rapat kt dunia nie??
    bestfriend

  53. terima kasih semua. kata2 yang jujur lagi ikhlas daripada anda sebenarnya lebih indah lagi. saya doakan kita semua jadi insan2 cemerlang di dunia dan akhirat. amin. salam luar biasa bagus dan hebat sekali dari saya, selamanya.

  54. a’skum kpd dr yg sy hormati….emm sy tahun depan akan naik ke tinggkatan 1…emm sy x beberapa yakin dengan diri sy.Boleh dr tolong bgi sy tips x?

  55. tidak perlu takut kerana apabila kita yakin kebolehan kita dapat membantu kita menghadapi cabaran masa depan

  56. cinta huhh iebih indah andainya dihargai ibaRAT LEBAH MENGHISAP MADU

  57. dr boleh berikan saya tip bagi menghindari sifat malas dan mempertingkatkan lagi penghafalan

  58. a,kum DR TUAH,buku2 anda amat menarik perhatian sy,apabila sy menbacanya……terima kasih kerana buku2 anda telah memberi semangat & panduan untuk sy mengharungi dugaan kehidupan di hadapan….

  59. Salam ceria Dr..
    Membaca hasil tulisan Dr membuatkan sy sentiasa ‘hidup’ walau beribu masalah perlu dihadapi.Bahasa yg santai, mudah difahami.Skrg ini bukan lg masa untuk simpan kuku,tak gitu Dr??

  60. salam dr…
    saya amat tertarik dengan penyampaian santai dr dalam artiket n buku yg pernah sy baca…walaupun santai tapi telah memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang betul-betul memahami..tq dr..

  61. salam dr…
    saya amat meminati tulisan dr.. dan hampir semua buku dr. telah saya baca..Alhamdulillah banyak yang telah saya pelajari dan amalkan melalui tulisan dr.Ia menjadikan hidup saya lebih bermakna lagi..Terima kasih yang tidak terhingga.

  62. Assalamualaikum DR,
    Just want to share,
    Cinta, kasih sayang itu anugerah Allah.Perlu dipelihara dan dijaga kita sebagai Hamba.Cinta itu juga satu amanah yang diamanahkan kepada kita.Bila kita gagal menjalankan amanah,pasti Allah mengambil kembali apa yang dikatakan anugerah.Mintalah pada yang Ada,pada yang Maha Kaya,pada yang Maha Penyayang,Maha Mengetahui.Pasti akan ada yang terbaik buat kita(hamba).Bila kita mencari(usaha) pasti akan kita temui tapi adakah yang dicari itu terbaik buat kita?Saya tak pandai mencari,tak tahu dimana nak dicari,tapi yang pasti saya dah ditemui bukan menemui.
    Kerana Anugerahnya.

  63. cinta….cinta….cinta…. kenapa sume orang berbicara pasal cinta? Apakah tanpa cinta kite tidak dapat menikmati hidup ini?

  64. cinta mmg indah jika di lihat pd zahirnya tapi ada yg trlupa bhwa cinta jg mmpu mnjdi sebaliknya…

  65. cinta kita akan kekal sekiranya kita cinta pada allah

  66. Assalammualaikum….
    salam perkenalan buat tmn2 semua

  67. Assalammualaikum….
    cinta..cinta..cinta…terlalu sukar mencari cinta yang sejati didunia ini yang kekal hanya pada Allah
    S.W.T….saya adalah insan yang pernah dikecewakan kerana cinta…bantulah saya…!

  68. siti nor hazfazilah bt ma hussain

    dng motivasi yg dbri menjdkn diri lbh bersemangat…
    trima ksh Dr….
    CINTA I2 KETAWA&AIR MATA

  69. aku bahagia mngenalinya…..

  70. thanks dr tuah,saya merupakan plajar ipta,saya suka sgt baca buku2 dr tuah….sbenarnya baru lg saya start baca koleksi buku dr tuah,tp sungguh saya tlh jth hati pd cara dr tuah bg motivasi,santai tp penuh makna yg mndalam…….saya amat mmrlukan motivasi dlm melayari hidup saya sbb saya mudah rasa down,tp saya sndri yg bgkitkan smula smangat 2………saya sedar hidup tanpa motivasi bknlah hidup yg sbnrnya sbb hidup ni penuh liku…skali lg thanks dr tuah….

  71. semua tentang mutiara kata dr sy suka..

  72. jalanilah hidup ini dengan keperitan.kerana dengan keperitan kita akan merasa kehidupan sebenarnya……tanpa ujian kita tak kan tahu di mana tahap kemampuan diri kita sendiri ,maka muasabah pada diri siapa kita sebenarnya…..

  73. assalamualaikum wbt….tahniah kpda dr hm tuah…krna berkat pndangan bernas dan idea yg kreatif berasaskan pengalaman lalu….kata2 hikmah byak memberi pengajaran srta berupaya mengubah persepsi seseorang…..krana “kata2 lebih tajam dari mata pedang”…tidak kisahlah smada kata2 yg diucapkan itu buruk ataw baik…..itu sudah trpulang pda pndangan masing2 smada mahu ambil pengajaran ataupun tidak….yg penting kata2 mampu memberi kesan positif mahupun negatif…

  74. memang kata2 y memberi galakan…
    sy mnjd tpukul sndri…
    smoga semua org tsedar lbih awal spt sy..

  75. hmmmm blehh laaa

  76. cinta…
    perlu ke percaya cinta tue,,,perlu ke cinta tue dalam dri kte..

  77. cinta memang indah utk dinikmati..namun cinta juga mbuatkan kita derita..bpada2lh dlm bercinta.usah biarkan cinta menhanyutkan dirimu…Ingatlahpada cinta kita yg diatas kekal abadi selamanya..

  78. cinta terlalu luas pengertiannya.Sebagai insan tiada seorang akan merasa bahagia hidup tanpa cinta kerana hubungan akan berkait rapat dengan cinta.Hubungan dengan tuhan,dengan keluarga dan masyarakat semua itu perlukan rasa cinta.tanpa rasa cinta insan hanya merupakan tunggul mati yang tak bermakna.

  79. Assalamualikum w.b.t.
    Tidak dcipta tumbuhan mlainkan utk mberi nafas,
    Tidak dcipta mentari mlainkan utk mnerangi manusia,
    Tidak dcipta Adam mlainkan utk Hawa,
    Dan tidak dcipta cnta mlainkan utk mgikat kasih antra kduanya..(“,)

  80. Assalamualikum w.b.t.
    Jika pagi hiasnya mentari,
    malam pula hiasnya bintang,
    maka soleh hiasnya s0lehah…(“,)

  81. Assalamualikum w.b.t.
    Jika tdk dtemui ubt pda rindu, pnwar pda kasih dan pnggilap pda hati, maka hambakanlah diri padanNya, krna cinta Nya pngubat sgala.. (“,)

  82. Saya sedang berusaha merawat jiwa…dan saya mesti pastikan saya berjaya…insyaallah…

  83. Assalamualaikum w.b.t. kata kata hikmat / motivasi Dr. banyak membantu bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi dapat dikongsi bersama kepada rakan terutama yang sangat memerlukannya, dan sangat berkesan.

  84. nice share. keep coming. i found something similar here.
    یوسف صمدی

  85. Bagus buku-buku Dr Tuah ini. Kami juga peminat setia Dr Tuah. Salam perkenalan dan jemput kunjungi blog kami di http://www.jombahagia.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan kepada tiqah yuih Batal balasan