Cerpen Cinta : Jiran Depan Rumah

# Cerpen ini hasil karya Amisha yang pernah tersiar di majalah Remaja ketika aku di alam Sweet 17.  Please note that cerita ini berlaku di zaman telefon bimbit tak wujud atau komersial lagi.

Jiran Depan Rumah

“Hello…boleh bercakap dengan Amri?” Setelah penat mendail …akhirnya dapat.

“Minta maaf…sis salah nombor ni. Kat sini tak ada yang bernama Amri”

Pulak dah…mungkin tadi aku yang salah dail.

“Sorry ya, and thanks” Hilang mood nak ajak Amri keluar. Petang nanti pula aku telefon lain. Apa aku nak buat sekarang? Cuti tanpa apa-apa rancangan. Memerap kat rumah saja. Kalaulah aku ada teman lelaki, tentu aku jadi seperti Ayu. Keluar dating dari pagi sampai petang. Pergi membilang batu atau pokok-pokok di sekitar KL agaknya. Atau mungkin aku menjadi seperti Kak Mar. Pergi bertandang ke rumah bakal kakak ipar. Peluang untuk beramah mesra katanya. Atau mungkin juga aku jadi seperti Kak Ros. Ada teman lelaki tetapi kalau cuti begini adalah peluang untuk buat tahi mata!

Sendirianlah aku hari ini. Tidak sanggup aku ikut jejak Ros. Membuta dari pagi tadi. Alangkah seronoknya kalau jiran depan rumah yang kugelar McHammer ajak aku keluar. Tapi dia bukannya berani walau misainya bertaring. Berdecit-decit bagai bunyi tikus dari balkoni flat sebelah. Tangan terawang-awang buat isyarat. Manalah aku faham…lainlah kalau aku belajar bahasa isyarat.  Bukannya aku tak teringin nak layan, tetapi cara dia cuba untuk mengenali aku itu, mematikan keinginanku. Tak ada cara lain ke? Kalau tak tahu nombor telefon kenapa tak datang jumpa atau tanya? Dia tu kan lelaki, jadi kenalah ebrani. Kalau dari jauh begitu, jangan harap aku nak layan. Sekarang bukan lagi zaman bersiul atau ketuk botol untuk memikat. Itu cara lama. Tak canggih langsung!

Petang, aku telefon lagi. Dialognya sama. “Hello, boleh bercakap dengan Amri?”

“Amri? Sis yang telefon pagi tadi, kan? Sis salah nombor lagi lah….”

Hah!! Salah lagi??? Tak mungkin!!

“Inikan nombor 2980070? I pasti i tekan nombor yang betul”

“Nombor tu memang betul. Tapi kat sini tak ada pula yang bernama Amri. Sekejap ya..I tanya kawan I, kalau ada yang guna dua nama..”

Setahu aku Amri hanya ada satu nama saja. Atau mungkin aku yang tak tahu.

“Tak ada pula, sis…Tapi cuba sis telefon lagi pukul 10 malam nanti. Ada 3 orang housemate baru. Tak sempat lagi nak berkenalan. Dia orang dah keluar angkat barang. Mungkin salah seorang tu nama Amri. Ada hal penting ker?” Ramah pula si penjawab telefon ni.

“Tak ada lah penting sangat. Cuma nak ajak berbual…nak tanya tentang tempat baru. Anyway, thanks a lot. Kalau ada yang bernama Amri, beritahu dia, senior telefon. Malam nanti i’ll call back..”

Hmm…apa aku nak buat sekarang? Pakaian dah berbasuh. Rumah dah berkemas. Buku cerita semuanya dah habis kubaca. Main playstation seorang diri laaaa… Tengah seronok bermain, terdengar bunyi berdecit-decit. Bunyi tikus besar! MC Hammer dan rakan-rakan serumahnya tercegat kat balkoni. Tersengih macam kerang busuk.

“Main sorang-sorang?” laungnya. Bodoh! Sudah nampak bertanya pula.

“Sis…nama siapa? Minta phone number? Alaaaa…boleh lah sis..”

Siapa pula tu? Pasti yang kupanggil Mamat. Kalaulah aku layan, tentu Ros, Ayu dan K.Mar terkejut besar. Pasti mereka kata, ‘something wrong somewhere’

Ayu kata aku macam tunggul kayu. Tak ada hati dan perasaan. Kak Mar kata aku sombong. Bagi Kak Ros pula aku bagaikan katak di bawah tempurung. Hampir 5 bulan aku menyewa di flat PKNS ini. Hampir 5 bulan juga MC Hammer cuba untuk mengenali aku. Puas dia mengusik dari balkoni flat sebelah, berhadapan balkoni flat aku. Tidak pernah jemu menjadi penunggu setia setiap kali aku menjemur kain. Aku buat tak peduli saja. Jangan kata nak pandang. Jeling pun tidak! Bukanya aku tak berminat nak berkenalan. Bodohlah aku kalau orang yang kacak, kemas dan alim macam dia tu tak menarik perhatian aku. Aku boleh terpikat. Tapi aku tak berkenan cara dia cuba untuk menarik perhatian aku tu. Kalau betul-betul nak berkawan denganku, pandai-pandailah berusaha. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih!

Pukul sepuluh malam, aku menelefon lagi. “Hello..sis yang siang tadi ya? I dah tanya budak-budak baru tu, tak ada pula yang nama Amri. Sis pasti ke itu nombornya?” Suara yang siang tadi juga. Kerja angkat telefon agaknya, tiap kali aku telefon, mesti dia yang angkat.

“Betul itu nombornya. Ini blok berapa? Blok A, kan? “

“Bukan, ini blok B” Sah! Aku dah salah nombor. Amri blok A…sama dengan aku. Kalau aku tahu dia tingkat berapa, senanglah aku cari sendiri.

“Nampaknya memang I yang salah nombor. Amri tu tinggal kat Blok A. Sorry ya, dah 3 kali I ganggu”

“Tunggu dulu sis! Takkanlah dah nak letak phone? Kita berbual-buallah dulu seminit dua. Lagipun u kata u cari Amri nak ajak berbual. U tak dapat contact dia, so apa kata kalau i gantikan. Itu pun kalau u sudi..”

Apa salahnya layan? Dia tak kenal aku. Lagipun aku sendirian lagi. Kak Mar dan Ayu dah tidur. Keletihan. Ros pula keluar menonton wayang midnight show dengan teman lelakinya. Layan ajelah! Maka bermulalah satu cerita, bertanya itu, bertanya ini. Tentang diri masing-masing.

Namanya Mohd Fadzli. Berusia 25 tahun. Tiga tahun dewasa daripadaku. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pegawai bank di Public Finance, Jalan Ampang. Aku cuma beritahu namaku Aida, bukan Aida Sabrina. Bekerja sebagai Interior Designer di Damansara Height.

“Fadzli, u kat Blok B ni tingkat berapa?” Rumah bujang mana yang aku salah telefon ni.

“I tinggal kat tingkat 13. U kata tadi u call dari Kg Pandan. Tapi suara u clear. Macam dalam satu area pula.” Selamat! Bukan rumah MC Hammer. Dia kat tingkat 7, setentang dengan tingkat aku.

“Betul! I kat Kg Pandan. Kalau i kat Kg Baru juga, tak payah I call Amri. I cari sendiri. Lagipun, takkanlah i nak call dari London pula…” Fadzli ketawa kuat.

“Seronoklah sembang dengan u, Aida. Apa yang i kata, macam-macam yang u jawab. I berminat nak kenal u dengan lebih mendalam. Apa kata kita jadikan ini permulaan satu persahabatan. Itu pun kalau u sudi…”

Menarik juga. Lagipun aku dah lama tak ada kawan baru.

“Hmm..boleh juga tu..”

“So what ur phone number? Nanti boleh i call u pula.”

“Huh!! Mana boleh bagi! Nanti dia tahu aku tipu. Tiga angka telefon yang pertama adalah sama. Nanti dia tahu aku tinggal di kawasan sama.

“I’m sorry Fadzli. I can’t give u my phone number. Beginilah, kalau i rasa nak bercakap atau pun nak bertekak dengan u, i telefon lah, ok?”

“Mana boleh..kalau i yang nak bercakap dengan u pula, bagaimana?” Fadzli bertanya serius.

“I janji…I’ll call u at ten every night. Bergantung kepada situasi i lah. Kalau u rasa nak bercakap dengan i, u jeritlah nama i kuat-kuat kat balkoni tu.l I ni ada 6th sense tau” Aku cuba berlawak.

“Aida, seriously, i want to know u. to be ur friend. I bukannya main-main. So please Aida, give me ur phone number. Please…”

Wah!! Kaki merayu rupanya dia. Boleh tahan juga. Ada bakat menggoda. Merayu. Boleh cair aku dibuatnya nanti.

“OKlah, ada pen tak? I taknak ulang banyak kali. So u dengar dan hafal baik-baik. Ready?? 7552525!!” Gagang telefon kuletak. Talian Pizza Hut yang lama!

Bermula saat itu, tarikh itu, terjalinlah satu persahabatan. Hanya melalui talian telefon. Tepat sepuluh malam aku akan menelefon Fadzli. Bila malam minggu ataupun hari cuti, lamalah berbual. Terkadang hampir dua jam. Aku kaget. Ros terkejut. Sebelum ini ramai yang mendekati, ingin berkenalan. Satu pun aku tak layan. Penat Ros dan Ayu cuba jadi match-maker. Tak pernah aku menyetujui. Kata Ros, segan dan pemalu yang ada padaku tak bertempat. Hidup aku cuma kerjaya, buku-buku novela cinta, komputer dan kertas-kertas yang tidak berperasaan seperti aku.

Ribut apa yang melanda, taufan apa yang menyerang. Senang pula aku melayan Fadzli. Alasan aku, cuma melalui talian telefon. Bukan berhadapan, sebab itu aklu tak kisah. Jadi, nampaknya aku pun sama dengan  MC Hammer. Tidak berani berhadapan. Bagaikan meludah ke langit pula….

Aku tak pernah lupa telefon Fadzli. Kenapa? Aku terhibur berbual dengannnya. Rasa penat, bosan dan sedih ataupun marah, hilang setelah mendengar suaranya. Kata bualannya, hilai tawanya, dan pujuk rayunya telah menjadi sebahagian daripada diri aku. Sehari tak dengar suaranya, rasa tak lengkap hidup aku. Macam orang bercinta pula! Dia begitu mudah memahami dan menyelami hatiku. Bagaikan sudah bertahun mengenalinya. Terkadang aku tersenyum sendirian selepas berbual dengannya. Jatuh hati? Gila! Kalau aku boleh jatuh hati pada seseorang, itu hanya melalui talian telefon.

“Aida..sampai bila kita macam ni? Berbual melalui telefon. Itu pun kalau mood u OK. Kalau bad mood jangan harap u nak telefon i. Terkebil-kebil i tunggu u telefon. Jumpa taknak. Phone number u pun taknak bagi. U macam main-mainkan i, Aida.” Fadzli merungut.

“Kalau i tak serius, atau nak main-mainkan u, takkan i sanggup buang masa berjam-jam berbual-bual dengan u. Banyak lagi kerja lain i boleh buat. Cuba fikir, apa untungnya i mainkan u? Ada i dapat hadiah atau gelaran apa-apa?”

“Kalau u serius nak kawan dengan i, kenapa taknak jumpa i? Sudah tujuh bulan kita kenal. Nombor telefon u tak tak bagi. Kenapa Aida? Apa sebenarnya yang cuba u rahsiakan??” Suara dah berubah. Marah agaknya….

“Alasan…I tak bersedia lagi nak jumpa you. Cukuplah lita hanya saling mengenali melalui telefon. Tak payahlah kita bertemu Fadzli. I sayangkan persahabatan ini” Aku cuba memujuk.

“Kenapa tak nak jumpa? Nak kata u cacat…dari cerita, u normal. Tak tahu pula kalau u tipu. Seingat i, u pernah kata jiran depan rumah u selalu kacau u, jadi u ada daya penarik tersendiri. Lawa atau tidak, i tak kisah. Yang penting hati budi u, cantik budi pekerti u, maka cantiklah rupa paras u. I pun bukannya handsome. Hitam, pendek, gemuk adn bulat! ” Fadzli bersuara geram.

“I pulakan Fadzli…kulit i macam buntut kuali. Muka macam permukaan bulan. Banayk bonggol dan kawah. Badan macam kayu balak. Kalau naik bas, senget sebelah. Tentu kita pernah terserempak di KL. Kalau i cantik, tentu u dah tackle..”

Sebenarnya aku sendiri tercari-cari. Yang mana satu Fadzli. Setiap kali aku turun ke Kedai Jimat, semasa tunggu bas, atau semasa makan di Warung Faridah atau Tom Yam Corner..tertanya-tanya itukah Fadzli? Mungkinkah aku pernah bertembung dengan dia?

“Aida, kali ini i betul-betul serius. Kalau u benar-benarkan sayang persahabatan ini, kita mesti berjumpa. Kalau tidak, cukup setakat ini persahabatan kita. I dah tak sanggup terseksa macam ni. Bagaikan berkawan dengan bayang-bayang. Bezanya, bayang-bayang kita nampak cuma tak ada suara. Langkah seterusnya i serahkan pada u. I really like u, Aida. You are my special friend. Bye Aida! I gonna miss u. Ok Aida, goodbye.” Di sinikah akhirnya sebuah persahabatan? Tidak mungkin!!!

“Alahai Aida..dah dua minggu hang monyok. Tak lalu dah aku nak tengok. Sampai bila? Aku dah kata, bahaya kawan dengan ‘radio’, dapat didengar suaranya, tapi yang wujud cuma kotak yang kaku dan keras. Macam telefon la..” Sudah beberapa kali Ayu menegur aku.

“Dulu…kalau hang layan si MC Hammer tu, ada juga faedahnya. La ni rasanya dia awek. Aku nampak dia asyik bergayut. Sama masa dia dengan hang, Aida. Aku tak faham Aida. Kenapa hang taknak jumpa Fadzli? Takut dia makan?” Ayu berleter panjang.

“Ros pun tak faham, kenapa Aida tak nak jumpa? Malu? Bukannya nak jumpa dia tanpa pakaian. Kau ni malu tak bertempatlah Aida. ” Ros menyampuk, marah. Kalau berterusan begini, aku boleh jadi pekak dengan leteran.

Haa..Kak Mar pula datang. Apa pula yang dia nak leterkan? “Rasa diri tak lawa? Kalau tak lawa kenapa pula si mamat-mamat depan rumah tu selalu kacau? Tak ada kurangnya pada kau, Aida. Cuma Aida malu tak bertempat, rendah diri tak menentu. Atau risau Fadzli tak handsome? Takkanlah rupa paras menjadi ukuran, Aida? Cuba fikirkan apa yang penting dalam sebuah persahabatan?”

Apa yang penting atau apa yang aku mahukan dalam sebuah persahabatan? Semuanya ada pada Fadzli. Dialah teman terbaik dari kaum Adam yang pernah kukenali. Jadi, sanggupkah aku kehilangan dia? Hilang seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada diri aku. Jadi gila aku nanti! Aku bukannya cantik, bukannya menarik. Mungkin selepas bertemu nanti, Fadzli berubah. Katanya dia tak pandang paras rupa, itu katanya yang mungkin umpan untuk bertemu. Tapi aku akan lebih terkilan andainya aku kehilangannya begitu sahaja.

Maka aku nekad menghubungi Fadzli semula. “You made me crazy, Aida. I miss you! ” sayu suara Fadzli.

“I’m sorry, Fadzli. Bukannya nak menyeksa you, tapi i perlukan masa untuk berfikir. Tapi..sekarang u dah jadi gila. Jadi, tak payah la jumpa” Sengaja aku menyakat.

“Opss!! I dah ok bila dengar suara u. So, bila kita boleh jumpa? This weekend? ” Kalut dia bertanya.

“No, not this weekend. Next week, ok?”

“OK, asalkan u tepati janji..” Dan suara itu terus galak bercerita hari-hari yang dijalani tanpa suara aku.

“Dah tersengih sorang-sorang. Apa la nak jadi hang ni, Aida? Eh..tadi aku jumpa MC Hammer kat bawah. Handsomenya dia. Bila dia senyum, macam nak luruh jantung hati aku. Nasib baik tak jatuh. Kalau aku single lagi, tak payah tunggu..aku tackle dia dulu” Ayu bercerita penuh semangat.

“Lagi-lagi si MC Hammer tu! Kalau dia betul-betul nak kenal, tentu dia datang jumpa, ini tidak, cuma dari jauh saja. Itu tandanya dia tak bersungguh. Sudahlah tu…dah tak ada jodoh Aida dengannya, nak buat camno? Hmm..Aida nak jumpa Fadzli nanti, Aida dah tak kisah apa yang akan terjadi selepas itu. Semuanya takdir Ilahi”

Berdebar-debar aku menunggu saat itu. Amat menakutkan aku. Apakah kesudahannya? Pertemuan ini bagaikan memperjudikan satu persahabatan.

“Hello Fadzli…” Sudah tujuh bulan lebih aku memegang juara panggilan terbanyak dan terlama!

“Hello dear..tak sabar nak jumpa u. Pukul tiga petang nanti..sebelah KFC, KLCC. You kata nak pakai blaus putih dan slack hitam. So i pakai blue jeans dan T-Shirt Freego hitam. Hitam putih ya..our favourite colours. You jangan berubah fikiran pula.” Macam perjanjian si Kassim Selamat dan Sabariah pula.

“Hai! Dah sepuluh kali u ingatkan i. Cuma i risau, manalah tau u mainkan i. Samada you tak datang atau u suruh teman u gantikan tempat u, macam si Kassim Selamat tu..”

“Kenapa susah sangat nak percayakan i? Tak apalah..selepas jumpa u nanti, i akan pastikan u menaruh kepercayaan terhadap i!” Risau aku. Takut jatuh ke perangkap buaya KL. Tuhan, jauhilah aku dari malapetaka ini.

“OKlah Fadzli, i nak pergi mandi. Nanti lambat pula. Bye!”

Ayu dan Rose tersengih memandang aku. Dari semalam aku jadi bahan usikan.

“Aida…nak aku temankan? Hang ni pemalu. Gelabah pula tu. Kalau aku ada sekurang-kurangnya dapat selamatkan keadaan”

“Sudahlah Ayu. Nak temankan Aida konon. Hang tu dulu lagi teruk daripada Aida. Keluar masuk tandas 2-3 kali , terketar-ketar nak jumpa si….” Tak sudah Ros menghabiskan ayat, Ayu sudah mengejar. Riuh-rendah. Terpandang ke luar, tercegat MC Hammer di balkoni, tersenyum. Aku tersenyum kembali…tak rugi apa-apa.

3:15 petang aku tiba di tempat yang dijanjikan. Tercari-cari si T-Shirt hitam berseluar blue jeans dan memegang sejambak bunga. Katanya, mungkin ada yang berpakaian serupanya, tetapi tak mungkin ada yang bawa sejambak bunga ros. Terpandang sesusuk tubuh. Kenal sangat aku pada rambut itu. MC Hammer!! Pakai T-Shirt hitam pula tu! Buat apa dia kat sini? Tunggu girlfriend agaknya. Sebelum dia nampak aku, lebih baik aku beredar. Kacau daun betullah dia ni! Tidak sempat aku bergerak, dia menoleh ke arah aku. Terkejut! Kaki terpaku di situ. Di tangannya ada sejambak bunga ros. Tidak mungkin! Hilang kata bual yang aku hafal malam tadi.

“Aida? Tidak mungkin you Aida. Aida tinggal di Kg. Pandan” Tak tahu pula sama ada dia bercakap dengan aku atau pun kata-kata itu untuk dirinya sendiri.

“You kata tinggal di Tingkat 13. You tipu i ! ” Nasib baik suara aku tidak hilang.

“I tidak salah oranglah ya? So, you juga tipu I. Kata tinggal di Kg Pandan, rupanya tinggal di flat depan.” Fadzli tersenyum. Akhirnya berderai ketawa. Aku turut ketawa. Tidak hirau pada mata yang memandang dan telinga yang mendengar penuh minat. Harap-harap tidak ada wartawan di antara mereka. Nanti jadi bahan berita pula.

“Kalaulah kita berterus-terang, tak payahlah tujuh bulan tiga minggu untuk jumpa you. Tak adalah orang yang dapat gelaran juara bergayut kat telefon. Dan tak ada hati yang terseksa…”

“Kalau begitu, tak adalah thrill. Kita dapat kenal ni gara-gara I salah nombor. Hmm..itulah you, nak kenal I tapi cuma berani dari jauh. Cuba kalau you datang, approach berdepan, dah lama kita berkawan.” Aku melepaskan geram. Penat aku mencari dan meneka. Rupanya Fadzli adalah jiran depan rumahku!

“You la…jual mahal sangat. I ingatkan u dah ada boyfriend, sebab tak pernah ada respon. Kita mulakan sekali lagi ya… I, Mohd Fadzli memberi Aida sejambak bunga ini sebagai tanda bermulanya satu ikatan persahabatan…” Aku menyambut pemberiannya. Fadzli menggenggam tanganku. Erat…hangat. Matanya merenung tepat wajahku. Betul kata Ayu, bagai nak gugur jantung hatiku!

“Aida, mungkin terlalu awal bagi you. Tapi i sudah dapat rasakan sebelum i mengenali you lagi, I know and I’m sure, I’m falling in love with you. No need to say anything about it, not now. I tahu you perlukan masa. Tapi i pasti akan perasaan i terhadap u.”

Dan petang itu, aku habiskan masa bersama dia. Jiran depan rumah dan teman dalam telefon. Aku sukakan MC Hammer dari kejauhan. Aku terpikat pada Fadzli melalui telefon. Kini, aku jatuh cinta pada MC Hammer ataupun Fadzli dalam pertemuan ini. Aku pasti perasaan itu. Alangkah indahnya dunia ini!

Pulang ke rumah, aku diburu pelbagai soalan daripada Ayu, Ros dan Kak Mar. Pandang ke rumah depan, kelihatan situasi yang serupa. Pasti soalan yang sama, “How’s you date?”

“Begini aje la…just wait and see. Aida ada dinner dengannya nanti. Ayu, kalau rajin tunggu kat balkoni, dia nak panggil Aida dari balkoni rumahnya nanti. Fadzli dah boring bercakap kat telefon. So, dia nak laungkan nama Aida nanti”

“Nak laung dari tingkat 13? Ini sudah hebat ni” Ayu menggeleng-geleng kepala.

Pukul 8.30 malam, aku sudah siap berpakaian. Cuma menunggu Fadzli memanggil aku. Tersipu-sipu aku menahan ketawa, gembira dan lucu bercampur-baur.

“Aida…!!! ” Fadzli melaung dari balkoni.

“Hai! Macam mana dia tahu nama hang, Aida? Berani pula dia laungkan nama hang” Ayu kehairanan. Teman serumah Fadzli turut menjengah keluar.

“Ok Fadzli, I dah siap. Jom!! ” Ayu dan Ros saling-pandang memandang. Terkejutlah tu! Teman-teman Fadzli bersuara riuh rendah.

“Jadi, selama ini, Aida tu budak depan rumah?” temannya bertanya.

“Yalah..itulah Aida Sabrina, buah hati aku. Saja taknak cakap dekat kau orang, nanti kacau daun pula.”

Apa yang terjadi, pasti terjadi juga. Sesungguhnya, ketetapan dan perlaksanaan adalah dariNya. Pasti itulah yang terbaik untuk kita. Hidup, jodoh dan maut ditentukan Ilahi. Jadi, kalau sudah jodoh, ia tidak ke mana bukan? Untuk itu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Amin…..

Tamat…….

Nukilan: Amisha

About these ads

36 responses to “Cerpen Cinta : Jiran Depan Rumah

  1. best gille cite nie!
    suke sgt baca!

  2. Alhamdulillah jume jugak. Alahai, ciput je ending dia! tapi sangat sangat membahagiakan. smile 24hours

  3. best2…..
    hahahahaha

  4. besh..sangat la besh..hehe

  5. alangkah bahagianye jika aku yang berada di tempat AIDA…sayang……aku bukanlah aida….aku hanya ziella…yang sentiasa dahagakan kasih sayang…….but….that is really nice….for sure, i like it…….thanks…..

  6. teringat mamat depan rumah yang suka meneropong dari jauh…

  7. so sweet…..life is unpredictable and things happen inevitable…tq for d lovely story

  8. eeii….bestnyer bce cter nie…………………

  9. citer …ni amat best nyerrr……

  10. best crite you…tapi x semua crita cinta ending macam tue kan???

  11. cerita cinta macam kisah dongeng…

  12. okay banget tuh
    arigato gozaimasu

  13. okay banget tuh………!!!!!!!!!?????????
    gua suka juga dengan cerpen itu………!!!!!!!!!!!
    arigato gozaimasu

  14. Best r cerpen ni….aku pulak rase bahagia.hehheheheh…….:D

  15. best la cite nie…!!!!!mmg bhgia sgt.

  16. besh lah cerpen nie… baca byk kali pun tak-pa… ni yg rasa nak lepak kat sini selalu…

  17. besh lah citer nie… rasa dah kuar byk bunga3 dah nie…

  18. emm…
    cite ni ade dlm cerpen remaja kan……
    you taip balik ke?? ke copy n paste………

  19. best dan kelakar la cite ni………… klu la knyataan msti bruntung org 2 kan

  20. Rase syiok abis…
    Cerpen komedi romantik yg besh…

  21. aku pn kwn ngan jiran dpn umh gak,tpi ending x cmtu pn..huhu..tpi cte nie mmg sweet siot..

  22. tersangat2 lah best citer nie.penuh dngn plot.dan ada klimaks yg bagus.tidak streotaip..very original…..

  23. hmmm not bad…
    bole mnarik hti utk bce wt kali ke2..
    papepun haja2 fighting!!!!

  24. hm…citer ney best sgt!!! X Boring lngsung n watak2 yg kt dlm citer ney mnrik…haja2 fighting2,,,

  25. jorjus hehe…best ngat…truskan usaha huhu

  26. akhirnya.. benar juga kata org.. mungkin jodoh di sekeliling kita je sbnarnya.. klau la aku mc hammer tu kan best… huhuhu :)

  27. Aq tlah jt0h chentah dgn ini crpen…c0ngrate!

  28. huhuhu..mcm situasi akuh je ni..aku kenal die tp die tak prsn aku sapew..tapi tak tau la ending cemane lak nnti..congratz tok writer nih..bez sgt2, antara sweet love story that i’d read..

  29. waaaaa……….. sweetnye cter ney….
    gud j0b, writer….. WELL DONE!!!!!!!!!!

  30. sweet aaa jlan ciitee yee.. arap2 ada agii cite2 bes camnii huhuu!!! g00dz worrk!!!

  31. sweet giler2.. aq nk try usha mamat sblh umh la.. hehe

  32. aku TER bayangkan fadzli kawan aku pulak , =3
    takde la hensem mane , ..
    KAHkah , !

  33. best le jgk..sweet.trgn nk brada kt stuasi aida..xpi jirn sblh aq xensem.haha

  34. Download the free PSN code Generator now !
    http://www.facebook.com/pages/PSN-Codes-Generator/482282838487037
    Like and download the new PSN Codes generator, enjoy unlimited PSN Games and hidden contain

  35. Nurliana adilla

    SUMPAH SWEET..Jealous><

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s