7 Sebab Cinta Tak Dihargai

Kerana rindu padanya, namanya sering bermain-main dibibir dan pelbagai lain perasaan yang melanda hanya kerana kamu telah jatuh cinta padanya. Adakah kamu mahu mengakui kebenaran ini iaitu kamu sudah jatuh cinta padanya? Jika ya, kamu perlukan keberanian untuk berhadapan dan berterus terang dengannya.

Jika kamu memilih untuk memendam rasa atau pun menanti si dia yang akan meluahkannya, kamu perlu bersedia untuk menanti segala risiko.  Sama ada si dia menerima kamu atau pun melupakan kamu kerana penat menanti jawapan jawapan dari kamu..

Sukar untuk menduga hati seseorang jika kamu tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan kamu, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuak mencipta helah…

7 sebab CINTA tak dihargai…

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak.  Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…

About these ads

6 responses to “7 Sebab Cinta Tak Dihargai

  1. Pingback: cinta pertama

  2. selamat membaca…!!!

  3. jika kita tidak bisa mengungkapkn cinta
    apakah cinta itu akan pergi…………………………………………………………..?

  4. kalau anda tidak bahagia dengan cinta yang ada, tidak ada gunanya untuk meneruskan cinta itu.

    cinta seharusnya buat anda bergembira, bukan rasa kesunyian hingga menyesakkan dada.

    biarlah cinta itu lepas pergi daripada ada dalam diri tapi tidak mendatangkan hasil yang diingini.

    saya sedang alaminya dan saya rasa aman betul bila melepaskannya, cubalah sendiri.

  5. tapi saya sayangkan dia..sayang sangt2.saya tk mampu nk lepaskan dia walaupun kdg2 hati merintih rasa diri tidak dihargai oleh dia.saya tkut menyesal kalau saya pergi dari dia

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s