Panduan Bercinta Bujang Bertemu Janda

Masyarakat sering memandang serong seandainya lelaki bujang bercinta dengan golongan janda.  Alasan kebanyakan ibu bapa, anak bujang mereka masih teruna dan hanya sesuai dijodohkan dengan anak gadis juga. Lebih mengkecohkan keadaan seandainya perbezaan usia agak jauh di mana golongan ibu tunggal tadi lebih berumur dan memiliki anak.

Tanggapan keluarga si bujang bagaimana anak mereka harus berhadapan dengan situasi tersebut serta lain-lain hal lagi. Pernahkah anda berhadapan dengan situasi sebegini atau anda baru cuba berjinak-jinak berkenalan dengan golongan ini? Di mana, anda lelaki bujang dan bercinta dengan si janda. Ikuti sedikit tips bagaimana anda tersu menjaga hati si dia dan dalam masa yang sama perlu menghadapi keluarga juga.

Mereka Sangat Sensitif
Harus difahami semua manusia memiliki perasaan. Sama ada seorang itu terlebih sensitif atau dia boleh menerima apa sahaja keadaan, soal ini jangan dipandang remeh. Namun kebanyakan ibu tunggal amat sensitif dalam soal mencari kenalan baru. Lain situasinya jika ibu tunggal itu tiada anak dan masih muda. Bercerai pula kerana suami mempunyai wanita lain. Perasaan sakit hati lebih menguasai keadaan dan mereka juga mungkin mengambil jalan yang sama, mahu mencari kekasih. Jadi kalau anda mahu bercinta dengan ibu tunggal, pastikan tutur kata dijaga kerana tersilap kata, hubungan anda tidak akan kekal lama.

Jangan Terlalu Mendesak
Wanita ibu tunggal ini pastinya mempunyai trauma dalam perkahwinan mereka. Ada yang mungkin pernah dipukul oleh suami, menderita zahir dan batinnya serta lain-lain masalah yang timbul dalam perkahwinan terdahuluny. Justeru itu, jika anda mahu memiliki cinta mereka, jangan sesekali mendesak agar mereka dapat menerima anda di awal perkenalan mereka kerana trauma yang masih wujud akan membuatkan mereka sering berfikir banyak kali untuk perkahwinan keduanya. Mulakanlah perhubungan dengan niat yang baik dan jika anda sudah benar-benar memahami dirinya dan si dia juga sudah benar-benar mengenali diri anda, maka hubungan cinta itu boleh diteruskan.

Jangan Sesekali Mahu Terus Mencungkil Rahsia
Sesetengah orang cukup suka mencungkil rahsia orang hingga ke peringkat akar umbi. Bagi mereka, selagi rahsia tidak diketahui selagi itulah pertanyaan demi pertanyaan akan keluar dari bibir. Jika anda memilih untuk berkawan dengan ibu tunggal, cukuplah serba sedikit anda mengetahui kisah hidup mereka. Misalannya bagaimana perceraian itu terjadi. Tidak perlulah menjadi seperti ‘polis pencen’ bertanya pelbagai soalan sehinggakan wanita yang ingin anda kenali itu merasa curiga di atas perkenalan yang ingin anda bina. Lagipun perkara sudah berlalu dan anda tidak perlu mengungkitnya lagi.

Jangan Terarah Kepada Hubungan Seks Semata-mata
Umumnya, golongan lelaki sering memandang rendah kepada golongan ibu tunggal seolah-olah mereka terlalu dahaga mahu melakukan hubungan seks. Bagi wanita, cinta yang tulus ikhlas, sifat penyayang dan lain-lain situasi yang menyenangkan mereka adalah pandangan pada cinta pertama. Tidak semua wanita ‘dahagakan seks’ biarpun mereka telah lama putus hubungan di ranjang. Mungkin anda perlu menetapkan pendirian, apakah tujuan utama anda berkawan dengan ibu tunggal ini, semata-mata kerana seks atau anda benar-benar mencintainya dan mahu mengahwininya? Jika anda seorang Islam, ingat hubungan seks sebelum nikah itu haram. Jangan mengambil kesempatan ke atas kaum wanita.

Jangan Terlalu Memikirkan Si Dia Bekas Orang Lain
Wanita amat sensitif dan perhubungan anda pasti tidak akan berkembang jauh jika anda sentiasa memikirkan dia merupakan bekas orang lain. Perasaan itu mungkin terbawa-bawa begitu jauh dan anda terlupa akan statusnya semasa anda mula-mula menguratnya. Mengetahui dia seorang ibu tunggal sekaligus bekas orang lain, cukup untuk pengetahuan anda sahaja. Jalinkan perhubungan berdasarkan cinta yang suci dan percayalah, jika hubungan dibina atas dasar cinta, anda tentu bahagia bersama si dia.

Menjalin Hubungan Baik Dengan Anak-anaknya
Berbeza situasi jika anda berkawan dengan ibu tunggal yang punya anak dan mereka diceraikan tanpa anak. Bagi mereka yang tiada anak, tiada apa yang perlu difikirkan malah mereka mungkin bebas ke sana ke mari tanpa memikirkan perasaan sesiapa. Namun situasi ini tidak sama dengan ibu tunggal yang punya anak kerana mereka perlu menghabiskan sebahagian masa untuk anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Jika anda dapat menawan hati si anak tadi lebih baik kerana hubungan baik anda akan menambahkan kemesraan sekaligus senang untuk anda terus serius menjalin hubungan dengan emaknya pula.

Berterus-terang Dengan Keluarga
Jika anda mahu mengakhiri perhubungan ke jinjang pelamin, anda harus meyakinkan keluarga tentang wanita pilihan anda. Anda perlu berpendirian tetap kerana kebanyakan hubungan begini pasti akan mendapat tentangan. Jelaskan juga mengapa anda memilihnya dan apa baik buruknya telah anda kaji lebih mendalam. InsyaAllah, jika anda bertegas pada pendirian, pastinya hubungan itu akan berkekalan. Ini kerana golongan ibu tunggal adalah manusia biasa dan mereka juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, bukannya disakiti selalu. Kalau perlu, buktikan juga kepada masyarakat khasnya sanak saudara yang akan masuk campur menjadi ‘nasi tambah’ jika anda mahu mengahwininya.

About these ads

31 responses to “Panduan Bercinta Bujang Bertemu Janda

  1. panduan berguna utk lelaki nie..thankz

  2. LOVE your blog… :)

  3. kepada sesiapa yg ingin kenalan dgn saya boleh hantar e-mail zaimirrul@yahoo.com.my

  4. wahai masyarakat…buka la minda masing2, jgnla byk sgt tuduhan. perjalanan hidup ini Pencipta yg aturkan..!!!

  5. setuju..aku suke2 tengok sharifah shahirah dgn ijoy…loving kopel hehehe

  6. Ada plak yang berkata bila janda berkawan dengan bujang, janda itu mempunyai selera muda…sedangkan janda itu lebih muda dari bujang dah terlajak tu…tak faham betullah…janda itu dah pasti jandanya tapi anak dara..pastikah daranya?

  7. sye nak cri calon istri ni x kesah jande aslkan mude ,sye berumur25 klu bminat e mail kt afernelastis84@yahoo.com insyallah

  8. jika agak-agak dah terjatuh cinta dengan golongan ‘Janda’harap bacalah tips diatas.memang bagus tips nie……bukannya ape nak membina perhubungan yang ‘best’ memang bagus untuk sesiapa yang berminat.ok…….

  9. janda dah tentu jandanya yg anak dara tu belum tentu darnya .. x perlu kita pertikaikan ttg status..
    klu si teruna dah suka sama suka ..niatnya baik..

  10. mcm2 aku survey pasal lelaki bujang kahwin janda ni…akhirnya aku terjumpa plak artikel ni…sbb aku dah terjebak juga dgn permasalahan ni…pasal tips ni mmg bagus…aku puji org yg tulis ni…aku dah buat benda2 ni sebelum aku baca tips ni lg…cuma apa yg aku risau pasal ayah & mak aku je…nampak gaya mcm x berapa nak restu je…kena pulak aku ni anak sulong tunggal lelaki…bukannya sebelum ni aku tak usaha cari anak dara…tp sume yg aku jumpa x berapa ngam lah…ibu tunggal anak 2 ni gak yg betul2 faham apa aku nak…ai…poning kepalo den…

  11. Buat k.hafiz ,adik buatlah sembahyang istikhara, minta petunjuk dari ALLAH. Sesungguhnya DIA mengetahui apa yg kita tidak tahu.

  12. aku baru kawan dengan janda umur 39 thun umur aku 25 thun ntah mcam mane time dia susah aku slalu ada bg dia smangat last2 kitorang jtuh cinta tp aku x tau sjauh mana penerimaan keluarga…..adeiiii

  13. saya pon dh jatuh cinta dgn sahabat baik satu pejabat saya dan dia merupakan seorang janda anak 1…saya amat menyanyangi dia dan anaknya seikhlas hati saya dan sy ingin menikahinya tapi sy ada sedikit masalah…ibu saya xsetuju saya menikahinya…mcmmana cara saya nk yakinkan ibu saya dan membuatkan hatinya lembut agar dapat menerima pilihan hati saya…saya tiada niat utk memainkan perasaan dia saya ingin menjaga dan menyintainya dan menyanginya seumur hidup saya…tolonglah saya

  14. tq blog…
    sesiapa mahu kawan gan saya add sy di ym daa.bspp@yahoo.com

  15. ermmm..sya pon dah jatuh cinta dgn janda anak 3..16 tahun beza umur dia dengan sya ( 26 tahun )..situasi sya sma dgn k.hafiz :(..parents mcm x setuju je..b4 ni sya ramai kenalan tp xde yg serasi..

  16. fulahmak….blog baik punye….

  17. sya ada minat seorang ibu tunggal nama dia lc edwin tinggal kat kg barambangon sikuati kudat……pertama klai sya jumpa dia di giat mara kudat ..kami sama2 belajar kat sana..mula2 sya buat dia macam kawan biasa saja..tapi lama kelamahan kawan2 sya asyik kena kan sya dgn dia…hati sya mula tepikat sama dia……tapi sya x sure kalo dia suka kan sya……….coz kalo say sms dia…sekejap2 ja dia balas and kalo sya call dia langsong x sambut sya rasa dia dah ada orang lain kot..em x tahu lah hanya allah saja yg tahu……tapi sya memang dah jatuh cinta kat dia..x pe lah sya hanya mampu minat je x salah kan…..kalo da dah ada orang lain tu teserah kat dia…..yg penting dia bahagia….lc ell…..q hanya mampu berangan2 aja sama ko hehehehehhehe lol xdd……(paca bibir)

  18. tenkiu 4 dis artikel..sy ini termasuk dlm golongan J yg beranak 1 juga..n skrg bercinta dgn lelaki bujang yg berusia 26 tahun..2 thn muda dr sy..mslh parents sblh lelaki mmg akan jd isu..bkn sume orang boleh menerima keadaan kte yg berstatus ibu tunggal..

  19. Saya lbh suka kat janda,coz mereka penyayang,ambl berat ttg diri kita,ada sifat ke ibuan,memahami.

  20. Mencari janda yang betul2 memerlukan kasih sayang dri seorang lelaki yang inginkan ke bahagian dlm hdup utk selamanya.msg@kol 0198864880

  21. Aku nak kawin janda muda asalkan dia mau trima apa adan x.

  22. trima kasih … wlupn aku ni msh muda tapi aku juga tak lama lagi akan khwin dgn kekasih ku{janda} aku harap parents aku stuju…

  23. aku bujang kawen dengan janda anak 2, 10 tahun lebih tua.. dapat tentangan keras dari keluarga, aku kawen juga.. aku bahagia kerana dia menjaga aku dengan baik sekali. aku amat sayangkan dia. Tapi aku sentiasa makan hati bila bekas suaminya datang mengambil anak anak. Dulu aku terima seadanya tapi makin lama makin sakit.. makin aku sayang pada nya makin sakit hati aku bila lihat bekas suami dia. Just bayangkan girlfrend korang jumpa ex boyfrend dia. Amat sakit, cuma aku pendamkan, sampai bila aku tak tahu dapat tahan. Sakit itu kadang kadang aku lepaskan dengan sikap kasar aku saja.. Aku masih cuba bertahan kerana dia menjaga aku dengan baik sekali walaupun makan hati tak tahu punca kenapa aku yg dulunya kuat ketawa menjadi panas baran.

  24. aku cuma share pengalaman aku. kalau korang rasa boleh hadapi situasi macam aku ni, go ahead. sekarang sudah 15 tahun perkahwinan kami. sudah ada anak sendiri pun. kami amat bahagia, tapi dalaman terasa perit sangat jiwa aku ini. Sampai sekarang dia tak tahu punca sikap aku yg tak stabil ni.. bertambah aku sayang kat dia, bertambah perit jiwa aku. bertambah perit jiwa aku, bertambah panas baran aku. akibatnya pada aku, dia dan anak anak.. apapun isteri aku adalah seorang yg terbaik pengorbanannya, sabarnya, baiknya, rajinnya, bijaknya, cantiknya, moralnya, careernya, masakannya, agamanya dan macam macam lagi baiknya jika aku bandingkan dengan semua perempuan lain . nak cari yg lain pun aku tak pernah jumpa yg lebih baik dari bini aku, bezanya dia dulunya janda dan yg lain tu anak dara. kalau tidak dah lama aku tinggalkan sebab sakit sangat jiwa aku ni.. Ini just sharing..

  25. Jiwa Perit…u kena let go perasaan tu…kalau tak sampai bila2 u akan sentiasa sakit hati….mmg janda byk keistimewaan sebab dah pengalaman…..Nabi pun pilih janda2 tau…. :)

  26. Rozzy, dari awal dah try let go perasaan tu… still trying.. :(

    • Jiwa perit : jika isteri kamu berjumpa dgn bekas suaminya,TIDAK SESEKALI bermaksud isteri kamu syg/suke die lg.Saya pasti isteri kamu MESTI TIDAK mahu jumpe die.die hanya TERPAKSA kerana anak2.buang perasaan itu kalau kamu syg isteri kamu.

      Soalan sy: sy juga ada masalah untuk dikongsi.sy kenal laki ni dah lama sejak umur 16 thn.skrg umur sy 29 thn,sama dgn die.sy janda anak 5,bukan nak angkat bakul sndiri tapi bentuk badan masih cantik,wajah muda & paras rupa yg ok..die seorang bujang.sy jumpe die balik di fb,& sering tanya khabar.skrg slalu ajak kluar makan,tgk wayang.masalahnye skrg,dia jujur kata dia ada gf.tapi dlm pd yg sama,dia amat sukakan sy.sering tanya jika ada org meminang,u terima x? Mcm tu la bunyinye..adakah die nak mainkan perasaan sy @ ingin serius dgn sy? Minta bantu,kerana sy tidk mahu lg dipermainkan…

  27. Pesanan Mak Bapak

    Emak Ayah aku berpesan, kalau bujang kahwin Janda cerai mati still ok la, kalau kahwin janda cerai hidup, terlalu banyak sangat dugaan yang kena tempuh nanti, kena sanggup tengok bini jumpa bekas laki, kena tahan perangai anak anak ready made. kena la sanggup pikul extra baggage nanti… tengok paper pun banyak lelaki bujang yang buat hal bila dah berkahwin dengan janda.

  28. Lelaki bujang muda kahwin dengan Janda jauh lebih tua “muda dan tidak matang”, sukar mahu dijaga perasaannya, mudah terguris dan tidak tahan dengan dugaan. Jangan kahwin kalau tidak mampu berkorban segalanya untuk menjaga hati dia, dugaan untuk janda kahwin bujang juga amat tinggi. Bila sayang semua dia sanggup, tapi semuanya akan cepat berubah bila tak tahan dengan dugaan.

  29. saya juga punya kekasih seorang janda,.. umurnya tua 15 tahun dari saya -_- tapi bukan atas dasar umur saya sayang dengannya,.. tapi sifatnya, cara tegurannya,… memang saya tidak nafikan, dia seorang yang pemarah -_- tapi sifat pemarahnya itu terlalu kecil di bandingkan dengan kebaikannya,… saya sayangkan dia, tapi di undang pelbagai masalah, dari keluarga saya yang tidak setuju, dan masalah besar adalah faktor agama yang berbeza, dia xnak kalau perkhwinan kami tidak di restui oleh keluarga saya,.. -_- oh my,.. besarnya dugaan MU terhadap ku

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s