Ina Naim Dan Suhaimi Bertunang

Ina Naim bertunang dengan bekas anggota kumpulan nasyid popular In-Team di Kota Tinggi Rabu (6.6.07) lalu “Walaupun pernah putus tunang, tak bermakna saya takut menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup saya,” kata Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina ketika memberi komen mengenai pertunangannya dengan bekas anggota kumpulan nasyid popular In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 27.

Bekas tunang kepada Penyanyi Paling Popular Asmawi Ani atau Mawi itu sewaktu dihubungi mengakui majlis pertunangannya selamat dijalankan pada Rabu lalu di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Berita pertunangan ini pastinya mengejutkan peminat Ina mahupun Mawi sendiri kerana penyanyi yang popular dengan lagu ‘Duhai Hati’ itu bertemu pengganti dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Bukankah saya sendiri sering dikaitkan dengan pelbagai kejutan,” ujarnya cuba bergurau di samping menegaskan apa yang berlaku antara dia dan Suhaimi sudah ditakdirkan.

“Sebelum ini, selepas putus tunang saya tak pernah menetapkan akan menolak kehadiran mana-mana lelaki dalam hati saya. Sebaliknya, saya pernah menegaskan jodoh dan ajal ditentukan Tuhan. Saya terima apa saja yang datang, cuma sama ada ia cepat ataupun lambat,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai tunangnya itu, kata Ina, dia mengenali Suhaimi sebelum mengikat kontrak sebagai penyanyi di syarikat rakaman Hijjaz Records.

“Saya banyak mengikuti perkembangannya menerusi majalah dan mendengar nyanyian kumpulan yang dianggotainya, In-Team di radio. Kebetulan apabila menjadi artis Hijjaz Records kami berada satu bumbung. Apabila bertemu kami seperti sudah lama kenal dan punya keserasian,” katanya

Sementara itu, Suhaimi yang kini tampil solo dengan album Kias Cinta sewaktu dihubungi berkata, status Ina yang pernah menjadi tunangan Mawi bukan satu masalah dan halangan.

“Apa yang berlaku antara saya dan Ina bukan dirancang. Sewaktu pertama kali bertemu di syarikat rakaman Hijjaz Records pun saya hanya anggap Ina seperti adik saya tapi ini yang dikatakan jodoh.

“Saya menerima Ina dan yakin mahu menyuntingnya menjadi suri hidup saya kerana dia nampak benar-benar ikhlas dengan hubungan ini,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana dia meyakinkan Ina untuk bertunang dengannya, Suhaimi berkata dia percaya kepada keikhlasan kedua-dua pihak.

“Susah sebenarnya untuk saya menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana kami baru saja mengikat tali pertunangan. Ia belum menjanjikan apa-apa yang kukuh, sedangkan ada pasangan berkahwin, bercerai.

“Sebagai hamba-Nya, apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa supaya hubungan ini berlangsung seperti dirancang dan itu juga yang saya pinta daripada peminat di luar. Doakan perkara baik buat kami,” katanya lagi.

Ditanya lanjut mengenai majlis pertunangan dijalankan, kedua-dua pasangan ini tidak mahu memberi komen, sebaliknya menjelaskan satu sidang akhbar khas mengenainya akan dilakukan demi janji mereka kepada peminat yang tidak akan merahsiakan sebarang perkara berkaitan pertunangan mahupun perkahwinan.

———————

Selamat Bertunang Ina! Moga cepat melupakan Mawi dan memulakan hidup baru yang lebih bermakna bersama Suhaimi!

About these ads

22 responses to “Ina Naim Dan Suhaimi Bertunang

  1. moga ina-suhaimi kekal ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat… amin…

  2. tahniah di ucapkan pada nordiana naim dan suhaimi diatas pertunagan mereka semoga kekal hingga jinjang pelamin hendaknya,saya sentiasa doakan untuk ina.

  3. Tahniah ina dan shuhaimi…semoge bekahir dengan perkahwinan. jdoh pertemuan di tentukan oleh-NYa. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik Ina setelah apa yang berlaku…….selamat bertunang Ina………………

  4. selamat bertunang ina kulai…apa yg terjadi sebelum ini ada hikmah yg tersendiri…

  5. Tahniah Ina-suhaimi……semoga kebahagian sentiasa menjadi milik anda berdua.

  6. alhamdulillah…semoga berbahagia di dunia dan di akhirat yerk… ^_^

  7. Elokla dapat orang lain, in case kalau pa-pe berlaku lagi…jangan buat cam dulu. Anggap je benda-benda ni dugaan tuhan sama ada baik atau pun untuk diri sendiri.

  8. Tahniah atas pertunangan yang telah berlangsung dengan lancar & kita berjumpa lagi pada hari perkahwinan anda berdua enam bulan kemudian. Moga kekallah hbgn ini dr dun-ya sampai akhirat & diberkati Allah s.w.t. selama-lamanya. Benarlah kata pepatah: Pahit akan manis akhirnya.

    Bahkan, semoga kita semua mendapat berkat & rahmat dariNYA oleh terjalinnya hubungan suci ini.

    We’re waiting hopefully for one of the happiest moments in our lives.

    Sekian.

  9. rasanya ina dah ‘patut’ renti nyanyi, kih3!

    p/s: pembebel penah makan semeja tetiap malam ngan suhaimi masa belaja kat uia dulu. huhu.

  10. tahniah ina..jgan dengar sangat “pembebel” tue cakap pe…die saje jek..ina, saya kagum dengan kamu…

  11. semoga segala kata-kata buruk ttg ina stop dgn pertunangan ini…

  12. Ina… sya stujju gak ngan pandangan pembebel 2… kalu bleh stop la nyanyi… semoga bahgia.. jaga maruah islam… apa2 yang berlaku hadapi dengan tenang jgan gelojoh mcm dulu…

  13. ina kene hadapi dengan sabar ape saje yg berlaku sebab semuanya ada hikmah…
    ina sepatutnya gembira sebab dah dapat lupakan mawi sepenuhnya,… semoga ina terima suhaimi dengan ikhlas ..

  14. suka la tgk diorg….
    hrp diorg kekal bahagia hendaknya

  15. setuju dgn vida…
    harap ina bhenti je dr dunia hiburan.
    jd isteri n ibu yg solehah…utk SUHAIMI.. (“,)

  16. kak norhatifah hj zahar

    tahniah ina & suhaimi.. percayalah wanita yg baik untuk lelaki yg baik begitulah sebaliknya, ini janji allah. setiap apa yg terlepas itu mesti ada hikmahnya dan tuhan nak beri kita yg lebih baik dari apa yg tak dapat dulu… tahniah sekali lg… semoga hubungan ini kekal hgg ke nafas terakhir. amin

  17. Kiki. Saper sokong Ina berenti nyanyi? Nge he he..

  18. congratz utk ina-suhaimi..
    sy sokong ina brenti mnyanyi..ade bnd yg lbih baik dr tu..

  19. setuju sangat Ina bertunang dengan Suhaimi. Pilihan yang amat tepat. Dia terpelajar, tidak popular dan berpendidikan agama.
    Kalau suami yang bijak pandai insyaallah anak-anak Ina nanti bijak dan pandai mcm ayahnya. Kalau kawin dgn org popular atau kaya ahlak anak dan Ina belum tentu terjaga. Nasihat saya pada Ina tumpukan pada r/tangga. Elok berhenti nyanyi tapi jadi model bertudung untuk majalah atau bisnes.

  20. Ina: Sukatiku diriku..
    Pang! Suhaimi lempang ngan senduk muka rata.. Ekeke!

  21. tahniah ler kat ina.. lupekan kisah lalu…huhuuu,

  22. pembebel..ikut sedap mulut ang je jer ar..baik ang bertaubat dari kutuk2 dorang..aku tau ang kempunan ggit jari sebab tak dapat jadi dj radio..stop la ari kutuk dorang..satu lagi aku nak pesan kat ang….MAMPOS PEGEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s