Elak Bercinta Dengan Suami Orang ~ Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri

Ramai gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan hubungan sebegini.

Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?

Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.

Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.

Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.

Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.

7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.

Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

About these ads

41 responses to “Elak Bercinta Dengan Suami Orang ~ Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri

  1. lebih baik jadi isteri dari terus disimpan tak bertali

  2. macam mana plak nak tgk pompuan yang dah ada pakwe/suami tapi tak ngaku ada suami???

  3. Weird ah.. my bf adalah suami org..tapi semua ciri2 tersebut d atas tak ada kat dia…
    He is sincere… really sincere…

  4. hey babe,
    situation sama, he is a married man, I know he is married since he told me he has 2 kids. We are in love, he called his wife in front of me, I even helped him out with his wife stuff. Up til today, very healthy relationship, but am sure if the wife got to know bout me she will go ballistic. Wot say you babe?

  5. hehe..bf sy pun laki org gak…sy kawan ngan ngan die sebelum die kawin ag.dulu sblum die kawin..die ade ajak sy kawin..tp sy xready ag time 2..n wat kptusan…msing2 wat hal sendiri.1 thun pastu..tibe2 sy thu die da kawin.hancurnye hati..hanya tuhan yang thu.tp skung i still loving couple ngan die.kdg2 gaduh ngan wife die gak.walaupun skung die ajak sy kawin..i masih lum ready lg.wife kedua..hahaha..tp..ciri2 yang kat atas nie..1 pun xde kat die…so happy…sy xminat kawan ngan bujang coz…da 2 kali frust atas sebab yang same…ade girl len…sekian…

  6. oke laaah….

  7. salam….
    aku pon same…. huhuu… atu die da kwen… mule2 kawan jer… tp xsgke leh sgkut… sape sgup kongsi… ni ngah lam usehe nak lari la ni… nak tglkn die.. tp aku syg… org skllg mmg la tau mrh jer diorg xfhm c2asinyer… tau nak salahkan jer… aku de niat pon nak rmpas… aku lam usehe tglkan die… aku dalam usehe… just dont blame trus… ckp mmg sng suh tglkn jer… xtau ke ati ni jd cmne… susah.. tp aku akn usehekan jugak brmbos dr idop die… doakan aku bjaye…

    • aku pon sama mcm kes kau..dia yg mulakan nk bkwn dgn aku dulu walaupun aku dh dpt tw yg dia sudah bkhwin..lama kelamaan aku jtuh ati dgnnya..tp aku ada perasaan dndam,cmburu,bla dia brada dgn isteri n fmly dia.dia pnah ckp akulah sgala2nya buat dia..aku sja nk uji dia suatu ari 2..aku try cri fb dia ngn wife
      dia..dpt jugak akhirnya..aku p mgaku
      asndiri kt wife dia yg aku msih bkwn dgn husbnd dia..pe lg.,mgamuk la wife dia 2..last2 laki dia tglkan aku jgk..wlaupun aku msih sygkan laki 2,tp aku tetap redha.biarlah mreka happy kn..tp,sbnarnya aku dh ada bf..aku mula sygkan bfku seperti dulu.

  8. kumbang sunyi

    PUNYALA BERLAMBAK JEJAKA BUJANG YG DAH BERKAHWIN JUGA DICARINYA..
    APALA DEPA NI.. SYE KAN ADA APA SUSAH HATI. BUJANG LAGI. HEHEHEHE

    TAPI KALU DAH TAKDIR BERKAHWIN DGN LELAKI YG DAH KAHWIN. NAK WAT MCM MANE.

    SEKARANG JEJAKA BUJANG YG BERKUALITI DAH KURANG.. SBB TU BEREBUT2 BUNGA NAK PIKAT KUMBANG SUPAYA TERTARIK DGNYA..

    APA-APA PUN BERDOA . ITU YG PENTING. DLM MASA YG SAMA KENA JUGA USAHA MENCARI. TAK MGKN JODOH DTG BERGOLEK DI DEPAN MATA..

  9. Aku pn brcinta dgn laki org gak.. Laki bujang xleh arap..ske amik kesempatan.. Boring lak 2.. Lgpn cri2 kt ats ni xde pn kt die.. Tp aku kne ptuskn hbngan dgn die sbb family aku yg suro.. Sengsara idup aku cmnì.. Mmng btul ckp
    ia 2..susah nk tgglkn sbb bnde dh libatkn prasaan..org skeliling plak sdap2 mulut je ckp tp yg rse bkn dorg.. Tp xpe aku akn cbe tngglkn die.. Walaupn susah..Arap aku akan brjaye kelak.. Amin..

  10. aku pun pernah bercinta dgn suami org tp baru jer break sbb family (mak)dia dapat tahu. dia dah janji ngan mak dia disebabkan janji tulah dia break ngan aku. kitaorg mmg love each other tp nak buat camner..mmg sengsara. ciri kat atas tu satu pun takde kat dia. sejak mula kawan lagi aku dah tau dia dah kahwin..he’s very nice. org yg tak rasa tak akan tau camner..diorg just nampak kita ni yg kejam. kitaorg mmg ikhlas sayang satu sama lain..anyway..aku doakan dia bahagia…amin.

  11. Noaniza Muhidin

    AKU LAK SKG TNGH BERCINTA NGAN SUAMI ORNG, DH 2 KALI NYARIS KANTOI…AKU X TAHU SMPAI BLA….NTAH2…KALI KE 3 LG TERUK KOT.AKU SYG GILER TU KT DIER.DIA LAK X TIPU AKU CKP DH KAWIN….JUJUR R….LG R AKU SUSH NK TINGGKLKN…SENGSARA R AKU SKRG…

  12. aku skrng bercinta dgn laki org sbb aku tau die memahami aku sgt-sgt berbanding keluarga aku sendiri..
    sebenarnye skrng..aku dah banyak kali kena pukul dgn abg aku gara-gara ni tapi aku tetap tak peduli sbb aku sayang sgt kat die..aku tau ape yang aku dah wat..aku dah tekad ape nk jadi jadi la..org leh ckp yg rse ttp kite..aku hanya blh berdoa dan aku hanya blh berserah..

  13. sekarang aku pon bercinta dengan suami orang,tapi lepas baca je blog ni,ada betul jugak.nak lepas sayang tapi dier hak orang anak pun dah 2,takkan la aku yg baru 20 ni nak jdi mak pada 2 orang anak dier.2 tahun bercinta akhirnya dier kantoi jgak ngan aku.

  14. aku ngah buntu. bcinta dgn suami org.. dia ni bos aku lak 2. penin2… nasibla dia bnyak opis, at least x slalu dia dtg opis tmpat aku keje. aku da nak blah dr opis ni. nak betobat r.. sian kat bini dia. syg mmg syg.. tp aku mst kuat. rakan2 yng sma terjebak dgn aku, mudah2an kita semua dapat kesedaran…. doakan aku..

  15. Aku dah 4 tahun bercinta dengan suami orang. Kenyataannya dia memang x kan kwen dgn aku selagi bini dia idup. Sgt jelas kan? Tp aku masih x leh idup tanpa dia. Dah 2,3 X cuba berak off tp x bley. Rindu hanya Allah yg tau. Aku sedar aku dah korbankan masa remaja aku. Tua mcmni la smpi kesudah agknya. Kenapalah bodoh bangang sgt aku ni. Aku syg giler kt dia padahal dia selalu wat aku sedih. Fizikali dia sgt hebat pd mata aku. Bekerjaya, berkereta hebat, berkaliber, x kedekut, muda lg bukan yg kerepot. Mgkn aku terlambat bertemu dgn dia. Sebab bini dia x la lawa sgt. Tp baik la bini dia tu.. Memang aku ksian kt bini dia sbb smpi skrg bini dia still terbaca sms aku dlm hp laki dia. Mmg bini dia makan ati tp ape pun dia tetap sygkan bini & ank2. X penah abaikan tjwb cuma dia simpan aku la yg bodoh ni. Ntahla, x tau bile smua ni nk over. Aku cuba berkawan dgn org bujang skrg ni. Harap2 ada jodoh aku dgn org bujang yg lain. Need more advises from u all. pls pray for me..

  16. aq pun skrg tgh in love ngn husband org. sshnye nk hdpi. die abg angkt aq mulenye tp sejak lewat sebulan ni kami intim. ntah ar aq pn x tau nk bt ape skrg. aku da syg gler kt die. aq mmg tau die suami org tp x tau la cmne blh sangkut kt die. die pun da ngaku syg sgt2 kt aq cume die x sanggup nk bgtau kt wife die skrg. kt org cinta tu anugerah yg tindah dr Allah utk umatnya slh ke aq mghrgai anugerah tu. mmg slh kot sbb die suami org. tp mcm mane nk lupekn die aq mmg da syg die sgt2. mgkn sbb mulut aq ni jgk dulu aq slalu ckp aq x nk jd bini no 2 sbb aq x nk share…tp skrg aq jth cinta ngn suami org…abg angkt sndri plak 2.mmg gler kn…aq buntu sgt2 skrg sbb die mmg nk wt aq jd bini die…tp aq x sngp plak nk lukekn ati bini die…dlm ms yg sm aq x sngp nk psh ngn die…aq btol2 tsepit arr…

  17. ermm. dulu bercinta dgn suami org gak.. last2 break, tp aku terkawen dgn adik dia.. ape lg. klu time balik kg mentua, mmg x berani tgk mata dia la. mmg aku masih sygkn dia. tp nk wat cmne, aku sedar aku kawen dgn suami ( adik ex bf) bukan sbb syg. tp sbb jodoh. aku x taw yg dia adik ex bf aku, sampai la time lps akad nikah baru taw..
    tp nk lps 3 thn kawen, dpt anak sorg. laki aku plak wat hal. sedey sgt, ade pompn lain. nk menikah sesgt dah.. aku redha.. bermadu la..
    skg ni aKU hny mmpu menangis, mgkin ni la balasan tuhan..

  18. aq pown bercinta dgn laky org.dulunya dy hnylh abg angkt aq.aq dh knl dy lbh kurang 4 thun.aq pown x taw r cmne aq leh syg gler2 kt dy.aq tau dy dh ad bini n ank.dy sdri duk mngaku kt aq.aq skew skap dy yg amk brat sal aq.tp aq rs bslh gk kt bini dy bb aq rmpas laky dy.actually bini dy xtaw hbngn aq dgn dy smpai skunk.dy xprnah pown bwk bini dy kuar,lau kuar pown kdng2 jew….ms dy byk hbzkn kt aq drpd bini dy…ap bnda yg aq nk,smua dy akn uat…itu yg aq syg sgt2 kt dy…kwn2 dy n kwn2 aq pown dh ta hbngn aq dgn dy….kteowg xksah dh pown ap owg nk ckp…brani uat brani tnggung….insyaallah lau ad jdoh kteowg kwin…jdoh prtmuan d tgn tuhan….

    • aq pn cm 2 gak…istri die xtau sal aq tp sume fmly n mmbr2 die ngn aq sume tau…tp k0 pham2 laa kn manusia…ade y bg pndpat negtif n ade gak y bg pndpt positif…cm2 dugaan kami terima..alhamdullah kami ttp bersame lg skang…

  19. dulu aku pn bcnta ngn laki org gak. tp at first, xtahu pn dia tu laki org sbb dia pn aku xknal sgt. cume knal mlalui sms n mms je. even dia pnah tipu aku dgn gmbr dia bg, tp aku trma jgk maaf dia. mmg bodoh aku ni. smpai 1hri kantoi dia da kwin. tp mslhnye, syg aku pd dia ni da bgai nk rak kot. gila2 pnye syg smpai aku sggup nk bmadu. 1hri mse hari rya, aku ngn fmly g braya umah sdara mara. aku tgok fmly2 bkumpul, besalam2, beramah mesra, btukar2 crita. aku tpkir sjnak, kalu aku kwin dgn laki org, mcm ni ke pnglman raya yg akn aku rasai?? nk pegi braya rmah sdara pn takut kott..sdara mara dia msti xsuka kt aku yg prampas ni. sjak tu, aku btekad nk tinggalkn dia dn aku mmberitahu kisah sbnr pd ibuku. terlerai sudh 1beban. tggl mslh hati dn prasaan yg msih syg je. bnda tu bole kikis lame2 bila aku btol2 nk lupakn dia. aku screen no dia drpd fon n msg. then, aku tukar no fon. lpas tu, aku mnyebokkan diri dgn kerja dn aktvt luar. lpas tu, aku pn da biasa dgn cara hdup yg xperlu msg slalu sbb kwn2 kn ade..so, skrg aku hdup aman tnpa lelaki bnama kekasih d smping ku.. ntuk kwn2 yg nk brubah, bniat dn brusahalah brsungguh2!. ntuk bsenang2 pd esok hari, bsusah2 dhulu lah pd hri ini. =)

  20. salam….aku pun dlm situasi yg sama..sukar nya nak lupakan si dia….tolong aku kawan2…….aku down skunk ni…down sgt2.. =’(

  21. sejak pkenalan dia da gtau dia da kwin pnya anak 1..tak sangka koz mc muda.sepanjg kmi knl dia x pna mnipu ,sebelum tu dia kata saja nak kawan ngan sy n ceta y bini dia slalu mara2 n tak bg nafkah batin.dia nak kenal kan sy ngn kwn lelaki dia y bujang koz dia da kwin wlupn dia kata suka kat sy tp last2 dia plak taknak. dia bbangsa cina,ensom,owner bisnes sndiri,muda dr keluarga y kaya tp tak luki slalu bg sy duit blanja..tp………………….sy sedar dia uda kwin..klu bini dia tau malu sy nanti kna serang..n sy tak tau time tu dia backup sy or tak??syg mmg syg koz sy jatuh at dgn sikap terus trg dia dlm semua pkara..atau kerana rupa paras dia mduakan isteri dia??sy bolehla tahan dr segi rupaparas , simple n pnya kerjaya..adaka faktor itu dia nak kat sy bkn kerana ikhlas cintakan sy??oh tidak…x apa y dpat sy ptahankan dgn rupaparas y akan tua n rmi lg cntik d luar sana..skg i start lepaskan dia pergi..n buka ruang at untuk org len muda2han ada hero selamatkan sy dr cinta suami org……………….sakit…

  22. aku pun bercinta dgn suami org.. aku nak lari tp x dpt. hati dah jatuh cinta sgt2. ktorg da 3thn lbih brsama bru aku tau dia da kawin,ada 2org anak. dia keje kat negeri aku. anak bini dia kat negeri lain. setahun skali je dia balik negeri dia..arrghh..da terjebak sshnya nak lari..x snggup.. dia kata x bahagia,tp x ceraikan bini dia pun.alasan kesian kat anak2..huhu..aku pun xtau nak percaya ke x.byk sbnrnya aku nk luahkn tp xtau nk mula dr mana. kdg2 mmg rasa bodoh,tp soal hati ssh nk d jelaskan. org yg senasib je yg dpt fhm keadaannya..kan? skg ni aku hnya mampu berdoa meminta yg terbaik dari-NYA dan diberi kekuatan..

  23. Saya ada menghadapi masalah yg sama. Tapi kuat dgn Allah.. Solat hajat, tahajjud, selalu ke usrah akhirnya saya hubungan terlerai. Dia meyanjungi saya kerana ilmu agama sy manakala sy menyukainya kerana peribadinya. Memng sudah tapi dekatkn diri pd Allah. Suka sgt bila yg hadir sekarang ini seorang ustaz yang bakal saya nikahi beberapa bln lagi. Llangit tak slalunya mendung

  24. 4 tahun aku aku trjebak bercinte ngan laki org anak 3….mule2 aku kwn ngan die saje2 jer sbb time 2 bru putus cinte..konon nk hiburkan hati yg ngah DUKA LARA nie…tup2 aku tangkap cintan plak ngan die..memang x dinafikan ayat2 cinta laki org nie sangat power smpikan bleh mncairkan ati wanita…aku try brcinte ngan bdak bujang..tp sume nye hampeh, x menepati ciri2 lnsung..emm ade gak la org yg pndang serong kat aku..aku wat x taw jer coz diorg x rase ape yg aku rase, aku sbnar nye x nk sume ni jd,nk wat cm ne da nk jd kan…aku da x sngup hadapi sume nie, prasaan cemburu aku membuak2 kat bini die..pas nie aku harap,aku akan dpt lupekan die walaupun sgt payah bg aku utk lupekan sume knangan kami…

  25. Sahabat….. Maadfl

  26. dia memang mengaku sudah berkahwin. mulanya hubungan dengan saya sekadar kawan biasa. tetapi disebabkan usikan rakan-rakan akhirnya kami berdua terjatuh cinta. sekarang masing 2 nak putuskan cinta terlarang tetapi tak tau macam mana sebab dah SAYANG…

  27. Saya faham…. Sgt paham…. Sabar… Moga ada jalnnya…

  28. Kalau takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai.Bercinta dengan laki org memang ada risiko,byk dugaan,no2 kena sabar,jgn cepat naik angin.

    Kalau da suka cari masa sesuai slow talk dengan wife dia ada berani?

  29. aq pn mgalami kdn y sma..dh byk kli kmi nk break tp xjd gk..sbb msing2 xnk..ak syg sgt kt dia,dia pn cm 2gk..=(

  30. Sahabat… Siapa kita untuk menilai manusia lain… Soal perasaan dtg dr siapa? Allah yg memberi.. Kun Fayakun maka jadilah perasaan itu anyata adam dan hawa biarpun dia tu suami org, tok wan orang atau apa pun. Sabar… Dugaan buat kalian dan si dia… Semua tak nak situasi yang begini… Konsisten dgn ibadah.. Moga ada jalannya… Syer masalah dgn kawan2 yang rasional kerana mudah mudahan mereka turut mendoakan kita .. Sabar…

  31. salam…sy pn bercinta ngn laki org & dh nk kawen pn…sume fmly die & fmly sy dh tau y sy kawan ngn die…pd mulanyer mmg sy x blh terima knyataan y sy bercinta ngn suami org…tp ble sy dh wk smyang hajat & istkrah…alhamdulillah sy blh trema die…sy bersyukur sangat2 fmly die blh trima die seadanyer…tp y membuatkn sy risau istiri die nk wk guna2 kt die…per yg patut sy bt ekkk?????

    • Amalkan membaca surah an-Nas. Kerana pengertian surah itu membawa kpd Allah itu penguasa,raja segala alam. Apa pun x kan bisa mencabar kuasa Allah. Selamat beramal

  32. aku sangat mencintai kau,tapi apakan daya kau sudah dimiliki terlebih dahulu.kau berkahwin dalam usia yang terlalu muda,already 26 his got 2 child and ofcourse aku anggap kau sama macam lelaki bujang yang lain. cuma bezanya kau lebih penyayang dan bertanggungjwb. ramai lelaki yang aku kenal,kata mereka aku mudah didekati tapi sukar dimiliki.tapi dengan kau hati aku mudah menyerahkan segalanya.mana mampu aku bertahan,berhubung dengan kau hanya pada lewat malam sehingga sebelum pagi menjelma.aku tak sanggup dikecewakan lagi..aku terlalu cintakan kau.aku tidak berniat untuk menjauhi,cuma aku sentiasa berdoa Allah beri aku yang terbaik.andai ada jodoh kita,aku ikhlas menerima.i love u,tapi orang punya :)

  33. aku punbercinta ngan husband org gak..mula2 kenal die single..tp ex gf die frame die.. skang ni kami masing2 mendiamkan diri utk bg ruang pada diri masing2..dah byk kali aku mintak die lepaskan aku..tp die xnak.. skang ni mmg aku tekad la nk tinggalkan die slowly..hope aku berjaya lepaskan diri dari die..syg mmg syg..tp die hak org….

  34. aku pun sedang melarikan diri sekarang..aku kenal dia nie sebelum dia kawen and bertunang lagi..tp masa tu dia dh couple dengan wife dia 4tahun and aku pun dh da bf n dh couple 3thn..silap ny both of us terhutang budi dengan pasangan masing2 n tak sampai hati nk break off the pasangan masing2..dia anggap aku xkan tinggalkan bf aku sebab dia n aku pun anggap benda yg sma,tp kami still berhubung rapat..n we love each other..dan kebetulan kami da masalah dengan pasangan masing2..nie yg bt kami bertambah rapat..tp dia akhirnya bt keputusan untuk berkahwin dan aku antara orang yg sibuk tlg dia siapkan majlis perkahwinan dia..banyangkan betapa sakitnya hati aku..majlis perkahwinan dia pn aku xmiss..aku ingat semuanya akan berakhir.tp kami tetap sayang satu sama lain lagi,n aku betul2 terkilan sebab aku dapat tau,walaupn baru saja kahwin, wife dia still xberubah..asyik angin je.xabis2 ckp menyesal kahwin dengan dia..sebelum kahwin dulu pn ckp menyesal sbb terpaksa kahwin dengan dia, tp xnk putuskan pertunangan tu sebab takut family marah..aku sendiri tengok mesej dalam hp dia wife dia ckp menyesal bagai tu,sakit betul hati aku,walaupun bergaduh tentang perkara kecik je dah cakap menyesal, tp hubungan intim dorang aku tak pernah ambil tahu la,tp aku pelik jgak sebab dia yang aku kenal xpernah kluar rumah untuk pergi tengok bola pukul 2,3 pagi masa bujang dulu,tp pas kawen boleh pulak kluar kul 2pg g tgk bola walaupun bukan fav team dia main..memang aku kenal dia baru setahun, wife dia kenal lagi lma, tp kteorang banyak abiskan masa bersama selama setahun tu.ye la, keje tmpat yang sma..sbb tu aku rasa aku lebih kenal dia..xde sape2 pn tau pasal perasaan kami, tp semua kawan2 kt tmpat keja ckp kami sepatutnya yg berkahwin..aku dengan bf aku pulak ada merancang untuk berkahwin,tapi aku keliru,betul ke tindakkan aku nie.tapi takkan aku nk tunggu si dia yang suami orang tu, ape kesudahan nya nanti.aku memang tak sanggup bermadu..aku ikhlas biarkan dia bahagia, tapi bila dia ada masalah camnie,aku tak tau apa nk buat..bf aku baik,tp baran sikit..aku sebenarnya nk putuskan hubungan aku dengan bf aku, bkn sebab lelaki nie,tp sebab aku xrsa sayang lagi kat dia, tp dia taknak lepaskan aku,aku pun takut nk move on..camne aku nk larikan diri dari semua nie.aku ada bt istikharah,tp aku tak pasti pe jawapanya..setiap kali pas istikharah, aku mesti bergaduh dengan bf aku, and dia mesti akan jadi orang pertama send msg good morning kat aku….aku buntu..aku tau, cinta tu memeng buta, aku xpernah ceritakan perihal hati aku dekat sape2, so pls la korang yang xbuta nie, tolong bagi pendapat korang..aku betul2 down sangat..

  35. ak pun bercinta ngn hubby org gak ,, tp ciri2 kat atas 2 mmg x de kat die ,, sbb die jujur ngn ak ,, semua hal die ngn wif @ anak2 die , die akan cerita kt ak ,,, klu kami kuar pun mmg die caring sgt ,, kadg2 die lyan ak sama mcm wife die ,, die kata die nak adil ,, kalu die jln ngn wife die pgang tgn so ngn ak pun sama ,, cuma wife die xth lg pasal hub kami ,, ak boleh nmpak cinta die btul2 ikhlas thadap ak ,, ak plak xnak mengharap sgt dgn die ,, tp bile da lama2 perasaan SAYANG & CINTA 2 mula menguasai ak ,, ak skrg da xkisah klu hati ak nie sakit ,, sbb ak da blajar utk fahami keadaan die ,, cuma ak harap hub nie akn berakhir dgn kebahagian dua2 pihak ,,,

  36. salam, sy pon mnghadapi mslah yg sama,ter falling in luv wth someone husand,mula2 knl dia ckp single,then dah bnyk kali kluar i bolh feel somethng yg xkena,so i siasat n finally got 2 noe dia dh ada isteri,but till now im still falling in luv wth him,we are in same office,but dferent dpartment,n he is weekend husband,,huk6 sedey,,mcmne nk lupakan die

  37. salam saya pun terjebak dalam hal cinta suami orang
    dia baru berumur 31 tahun tapi da beristeri.saya da tau dia beristeri lama dah dari awal kenal.walaupun dia mengelak untuk bagitau saya hal dia lepas saya siasat saya yg bodoh ni teruskn lagi sampai dah dua taun bercinta.dia pun asyik buat janji palsu nak kawen dengan saya and at the same time memang susah nak keluar hari minggu.

    dah lama macam ni bila dah sangat2 sayang pada dia baru saya dapat tau kebenaran yang dia ada dua isteri.isteri kedua dia perempuan berada tapi da tua la.isteri pertama mungkin kurang cantik so dia rasa nak cari lain.tapi kebenaran yang saya tau sangat menyakitkan bila isteri pertama dia kata si dia takkan ceraikan dua2 isteri dia hanya utk saya..dalam masa sama dia taknak lepaskan saya dan mengamuk bila ada lelaki lain cuba dekat dengan saya..

    ape ni?sampai bila saya macamni..kenapa saya perlu bercinta dengan lelaki yang da kawen dua.dlu ingat dia da beristeri pun xpela saya sanggup bermadu kalau tu dah jalan hidup saya..tapi saya anak dara takkan saya nak jadi isteri ketiga?

    masalahnya sekarang..saya sangat2 cintakan dia..Allah sahaja yang tau..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s