Kasih Sayang Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang… !” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg… .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat… ..

“Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak… .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya… .”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

About these ads

14 responses to “Kasih Sayang Seorang Adik

  1. Ya Allah, menitis air mata saya baca entry ni. Kasih sayang adalah sesuatu yang lebih berharga dari segunung emas permata.

  2. betapa habatnya kasih sayang adik beradik
    teringat ketika adik saya yg masuk di ICU semasa dia ada operation…
    melihat setompok darah kering dipipinya sudah cukup membuatkan saya tidak henti2 mengalirkan air mata…sampai saat ini, jika teringat, saya pasti akan menangis…
    adik saya sangat tabah tanpa setitik airmata menghadapi saat2 masuk ke dewan bedah..
    syukur semuanya selamat…

  3. Kebetulan baru selesai menonton “Tears for You” (Nada Sou Sou), kasih syang seorang abang terhadap adik perempuannya..Ayat power dalam filem ini,”Sebaik teringatkan kau, airmataku mengalir tidak henti henti”…very touching

  4. sedihnye kisah nie……tp sy ske!!

  5. sedihnye!!!saya pun ader adik pompuan, walau dia nmpak tegas dr saya, tapi sy tau dia syg kat saya..dua bln lepas, sy masuk hspital, dia jaga saya..mandikan , suapkan makan…bersyukur ada adik!amin

  6. saya ni memang ratu nangis. Iri hatilah dgn kakak dlm cerita ni sebab ada adik yg begitu mulia. sedihnya cerita ni.. ratu nangis dah nangis lagi!

  7. memang cerita ini buat aku minitiskan air mata…

  8. Tahniah… olahan yg begitu menarik.. very touching.. tak jemu saya baca & baca & baca… tiap kali baca pasti meleleh ayaq mata (kalu org tengok malu wooo jantan nangis).. Kisah yang penuh tauladan. apa kata tuan punya cerita ni panjangkan lagi kisah ni. buat drama pon ok gak ni.

  9. yap betapa besarnya pengorbanan seorang adik..menitis airmata aku..aku juga terkenang dlm kehidupan aku..amin.

  10. menitis air mata sy tak kal membaca cerita ini
    terkenang kan peistiwa kesusahan yg terpaksa aku alami….

  11. assalamualaikum..
    adeih
    menitis airmata ila bace kisah ni
    so touching
    pergorbanan adik ,,, hhmm
    sedih r,,
    :(
    xleh nak olah panjang2
    rase nak nangis,,,
    :|

  12. salam semua….
    YA ALLAH, sy sedih bc kisah nie, terharu sgt2… sy memahami perasaaan adik dlm kisah tersebut, krn sy juga seorg adik kpd kakak… Perasaan sayg memg unik…
    – Sy juga terlalu saygkan kakak sy,.. dia seorg kakak yg baik, yg memahami sy, yg sentiasa melayan sy bagaikan budak kecik…
    – Kalo sy adik dlm citer tu, sy juga akn melakukan perkara yg sama, mungkin lebih dr itu… kite sanggup wat aper jer untuk org yg kite sayang…

  13. bestnye cite nie…sdih pn ada jugak…

  14. Ya Allah…betapa ku bersyukur mempunyai adik2 lelaki yang bnyk memberi sokongan dan dorongan kepadaku…walaupun kami dah kehilangan ayah tercinta…adik2ku..aku amat menyangimu..buat angah dan adik(kedua2 lelaki)
    terima kasih kerana dikau berdualah penguat semangat keluarga..
    kita berkongsi masalah bersama,bergembira bersama2,bermain bersama2…..walaupun adiku lelaki dan aku prempuan hubungan adik beradik tdk akan putus smpai akrh hayat…kerana kau akan mjd wali bgku nnt…
    aku amat mnyanygi adik2ku serta mama..love them.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s