Rahsia Gaya Tidur

Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.

TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.

PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.

ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.

FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)

Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.

PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

About these ads

10 responses to “Rahsia Gaya Tidur

  1. Aku suka tido menonggeng..serius aku tak tipu..Tapi biasanye aku tido menonggeng lepas bangun pagi nak pegi sekolah, tapi still taknak mandi.. MAsa tu laa aku tido menonggeng..

    Ape Rahsia tido camtu?

  2. Enak tuh kalo punya istri yang kebiasaannya kayak Rizwan!!! (sayangnya cowok), kalo pagi2 mo bangun tidur, nunging, tinggal sodok aja, kan enak tuh tiap pagi, rutin buat penyemangat menyambut hari.. emhhhh mak nyosssssss deh kayaknya… asal jgn sambil kentut aja, beda lagi urusannya.. hehheeeee.. :p

  3. enaknya bangun di pagi hari… sejuk dingin… sentiasa terpacak mencari yg sudi.. hehe.. trimas kpd sesiapa yg amat baik hati menyediakan bacaan ini.. aku amat memerlukannya untuk sesi presentation esok..

  4. mcm mne palk klu tdo mengiring sambil msuk kn 3 jari kat dlm mulut ape mksudnye.
    Hee3

  5. suka tidur miring ke kiri n sambil peluk bantal..
    apa rahsianya erk?

  6. agak2nye la kan..
    ape rahsia tidur meletakkan bantal kat bwh kaki ek??
    aku suke letak bantal bwh kaki..
    mesti nk cari bntal port kat ctu..
    xtau ar nper..
    tp se tau aku la, xelok perangai cmtu kot..
    kan?
    :)

  7. tidur telungkup la…ape rahsianya…

  8. tdor mengiring smbil plok bantall…
    pe rahsie lak..?
    hehehe

  9. AKU SUKA TIDO TERLENTANG LA

  10. aku suka tdor mengiring apa maknanya ye….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s