Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

About these ads

19 responses to “Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

  1. i do agree with this fact!
    i have try 3 times with bongsu-bongsu
    mesti ada yang tak kena… sebab ciri2 dah sama..
    tobat!

  2. persefahaman & tolak ansur penting dlm p’hubungn…
    x th blh p’cy ke x, kp’cyn org tua2 dulu..
    yg baik djdkn tldn, yg buruk djdkn smpdn… :)

  3. aah… tul la… sye anak bongsu n die anak tengah..
    stkat ni kitorang mmg serasi sebab die very protected.. (^^,)

  4. errm. 3 years still stand wit sulung-sulung.

  5. Kdg2 kate org tue2 nie leh jadi gak….Tp apepn prasn cinta, ksh syg n kprcyn atr psgn jg m’mainkan peranan…..

  6. kalau macam tu sayalah kena banyak bersabar sebab dapat suami anak tunggal sebab saya adalah anak sulung. tak tahulah sejauh mana nak bersabar…

  7. dc kategori tengah-bongsu..

    kdg2 dc lebih menguasai dlm hubungan ni…

  8. btul kot..or myb kebetulan..sy bongsu n sulung, dia bnyk ajar sy, itu apa yg sy harpkn dr seorng lelaki. bleh pimpin hdup kita yg sntiasa bengkok..

  9. mmg btul pun..
    sy sulung n sulung..
    kami slalu bertegang urat..
    TP YG PLIKNYE KLU SMS MSTI GDUH.
    KLU KUAR XDE PLK.
    musykil2

  10. umm..da btl gak pe yg dipadamkan tu.

  11. Leeya pulak antara sulung dan bongsu..Setakat ini alhamdulillah lagi lah walaupun yang buat perangai biasanya Leeya..Namun sidia tetap maintain sahaja..

  12. Saya da jugak mendengar perkara macam itu, terpulang pada masing-masing nak percaya atau x..bagi saya memang ada betulnya sebab kebanyakan kawan saya berkahwin, pasangan diaorang mesti sulong sama bongsu, tengah sama tengah..itulah kekuasaan allah. allah tu maha adil. setiap pasangan saling melengkapi.

  13. erm..btol tu…setiap pasangan yg ditentukan Allah adlh utk melengkapi antara satu sama lain..kekurangan kite dilengkapi oleh kelebihan die, dan kekurangan die dilengkapi oleh kelebihan kte…so..kte xperlu asyik mencari persamaan antara psgn yg dikatakan bleh membawa kebahagiaan…kerana perbezaan itulah yg bleh menolong antara satu sama lain…btol x..trust me!

  14. saya anak tengah dengan anak tengah kehidupan kami kurang ceria tapi kami tetap bersyukur dengan nikmat dan rezeki yg allah telah kurniakan .

  15. hahahaha..blh masuk akal la kan ape yg di katakan tentang
    pasangan Sulung ngan Bounsu..
    aweks sy ank sulung dan sy ank bongsu..masing2 memberi nasihat
    antara 1 sama lain..

  16. ermm saya quite disagree sulung-bongsu..mmg sbnrnya kombinasi yg st bgs..but the problem is…bila si bongsu msh bergantung kpd ibu bapa n kakak even dah ada anak sendiri..sering tak matang dan ‘lalang’ (tak mampu buat keputusan..beza dgn sulung yg sering independant n mampu mengatur hdp dgn lbh baik (planning)…

  17. agree! saya anak tgh n sy dah 5 tahun bersama dengan yg tengah jugak! :) kami takde masalah sangat except sikit2 tp semuanya settle dgn sikap toleransi :P apa pun doa perlu sentiasa ada utk kehidupan lebih sempurna dan bahagia. cuba lah terima pasangan seadanya :)

  18. saya sulung-sulung.. memang banyak cabaran dan tegang urat tu memang sah akan timbul.. kene berjiwa besar la bersabo.. nak hubungan kekal kalu bertekak tu ne ade tinggi dan rendah.. tapi biasanya yang pompuan la lebih mengalah.. udah lumrah.. yang tengah mencari psangan tu kalu buleh elakla sulung-sulung .. kalu tak dapat elak, maybe ade hikmah tuhan jodohkan dengan sidia..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s