Jauhi zina ketika bercinta

JIKA seorang bercinta dan terjebak dalam maksiat tetapi tidak sampai melakukan zina, adakah dikira berdosa dan apakah dosa seseorang diampunkan selepas dia sedar melakukan banyak dosa, lalu insaf dan menyesal dengan apa dilakukannya?

Dalam satu situasi pula, adakah si A berdosa jika dia mengaibkan si B, walaupun memang betul si B berkelakuan seperti yang si A ceritakan kepada orang lain?

Mengenai kegagalan seseorang mengerjakan solat fardu, apakah ia perlu diganti jika individu terbabit ingin kembali ke pangkal jalan dan bagi lelaki, bagaimana pula dengan solat Jumaat yang ditinggalkan?

SITI BALQIS,
Kedah.

Jawapan:

MELAKUKAN maksiat kepada Allah dengan mengingkari suruhan dan larangan Allah tetap berdosa. Bagaimanapun, apabila seseorang insaf dan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, dosanya akan terampun.

Bagi dosa kecil boleh terhapus dengan beristighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah. Mengambil wuduk juga dapat menghapuskan dosa kecil.

Dalam bercinta, nasihat saya supaya anda tidak keluar berdua-duaan kerana boleh menjurus kepada dosa yang besar iaitu zina.

Sebagai ingatan, zina termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Ini kerana ia mempunyai akibat buruk di dunia dan akhirat. Akibat dosa zina, amalan baik tidak dikira kecuali dia kembali bertaubat, beriman dan melakukan amal yang seterusnya.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqan (25): 68-70).

Perbuatan mengaibkan seseorang dikira berdosa. Seorang beragama Islam hendaklah menjaga aib dan maruah seorang Islam yang lain. Membuka aib orang lain walaupun ia adalah satu kebenaran termasuk dalam dosa mengumpat.

Solat fardu yang ditinggalkan hendaklah diganti (qada) seboleh mungkin di samping bertaubat kepada Allah dan memastikan solat fardu seterusnya tidak ditinggalkan.

Di samping itu, seseorang dinasihatkan banyak melakukan amal soleh seperti solat sunat dan bersedekah memandangkan qada solat tidak menyamai solat fardu itu sendiri.

Sekiranya meninggalkan solat Jumaat, individu terbabit hendaklah menggantikannya dengan solat Zuhur (jika dia tidak menunaikan solat Zuhur pada waktu terbabit). Ia sama seperti mereka yang tidak dapat bersolat Jumaat hendaklah solat Zuhur.

Petikan Utusan

About these ads

7 responses to “Jauhi zina ketika bercinta

  1. saya ada dengar beberapa orang cakap, kalau seorang perempuan sms dengan lelaki ataupun sebaliknya… merupakan satu penzinaan???

  2. Saya ada mendengar bahwa seseorang yang murtad lalu islam lagi lalu murtad lagi lalu islam lagi, maka keislamannya tidak akan diterima lagi, tetapi ada juga yang mengatakan berapa kalipun menjadi murtad lalu menjadi muslim lagi tapi bila pada akhirnya dia bertobat sungguh-sungguh maka ALLAH akan mengampuninya. Mana yang benar. Saya juga pernah mendengar bahwa dosa syirik tidak diampuni ALLAH tetapi ada juga yang mengatakan dosa apapun akan diampuni bila bertobat dengan benar. Mana yang betul?

  3. untuk menghindari berzina ketika barpacaran, anda harus hindari juga kontak fisik yang bisa membuat nafsu kita memuncak. untuk itu dianjurkan berpacaran secara islam atau pacaran sesudah menikah…………….

  4. tpi zaman zaman sekrng ini jarang yg ad pacaran sesudah nikah malah sebaliknya,,ya jga sieh ? untk menggindari penzinaan emng hrus dngan cra hrus menjauh dri kontak fisik tpi..? ? lo sudah imron bangun pasti iman tidur,,iman bisa dithan tpi imron susah…

  5. salam…
    adakah wajar jika mnyerahkan mahkota kita untuk membuktikan kesetiaan kita terhadap pasangan? jika kita melakukan zina,,adakah bentuk badan kita akan berubah..?bagaimanakah cara menghangatkan ghairah terhadap pasangan?itu sahaja soalan saya..

  6. adakah berdose bile kite couple mase tingkatan 1,2,3,4,5 ??????????????????????????????????

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s