Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. 

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil. 

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. 

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya. 

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga. 

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya. 

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa. 

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki. 

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat. 

Syawal 
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki. 

Zulkaedah 
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan. 

Zulhijjah 
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
 

22 Respons bagi “Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran”

  1. akula7 Berkata:

    macam mana kita nk tau dlm bln hijriah kita lahir bln apa?

  2. cinta « Dh0n4’s Weblog Berkata:

    [...] cinta Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran [...]

  3. yeenn Berkata:

    ermm..
    kepada akula7..
    anda buleh tahu kite lahir bulan hijrah ape kat
    http://www.rabiah.com/convert
    tq..

  4. umi Berkata:

    Hurmm… macam tak kena jer..?

  5. Aina Berkata:

    klu bulan april, ape bulan hijrannya pada tahn 1994?

  6. amal Berkata:

    ak lahir bulan muharam ..huhuhu

  7. arul Berkata:

    RAMALAN TAK LEH PERCAYA SANGAT. CTH LAHIR TAHUN 1982 BULAN 2.
    HAA.. MCM MANA NAK TAU KITA LAHIR BULAN APA ??? MASA TAHUN TU..

    • adnir Berkata:

      salam. refer pada lmn web islamicity terus pad date converter. boleh cek kita punya tarikh lahir hijri dan hari sekali. buat semua…. tidak ada satu pun kejadian dimuka bumi ini yang Allah jadikan sabagai satu yang sia-sia. sumenya ada hikmah dan rahmat yang tersembunyi terutama kepada orang2 yang rajin dan mahu berfikir. kita sebagai hambaNya hanya layak untuk memuji dan berusaha untuk mencapai redhaNya….

  8. aisyah Berkata:

    ape la awk arul, kat surat klahiran xkan xde kot… umm, rabiulawal, hty xla keras, cme kdang2 jer,,, hehehe… but wlpn ‘teruk’ ramalan utk bulan klahiran kita, xksah la, sb e2 hnye ramalan jer… kan???????????

  9. Mie Berkata:

    Mcmne nk tau tarikh bulan islam kite yang sebenar,
    sedangkan bulan islam dengan bulan masihi x sama?

  10. JLaa Kimster » Blog Archive » rahsia personaliti berdasarkan bulan islam Berkata:

    [...] Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran [...]

  11. LaYaR KeHiDuPaN » Blog Archive » rahsia kelahiran Berkata:

    [...] Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran [...]

  12. namaku Berkata:

    salam..
    nk mintak izin nk copy post ni bleh?
    nk ltk kat my blog
    bleh la ek?
    tnkiu..

  13. property Berkata:

    askum sume….rmlan 2 x lah 100% slh,but da btol ny coz juz kta sndri yg ley nilai dri & k’mmpuan kta…mmg x d nfi’n dlm al quran mmg t’catat sgalany yg t’takhluk d langit & bmi…mna k’lemah’n kta..2 dtg dri kta sndr…dan mna yg bgus dlm dri kta s’hrusnya kta b’syukur coz suma yg bek 2 dtg drpd-NYA….allahulam bisawahab….

  14. pengantin baru Berkata:

    huhuhuh..riso lak memikirkn ank yg bakal lahir ni..klu berdasarkan kt situ,tarikhnya antara 2 iaitu rabiul awal atau rabiul akhir..cmne ni klu kne time rabiul akhir?haruskah ak percaya?

    • adnir Berkata:

      salam… semuanya telah tersurat dalam loh mahfuz bila bayi anda akan lahir. ibu dan ayah bertanggungjawab mencorakkan bagaimana akan jadinya anak itu nanti.Nasrani atau majusi? muhasabah semula diri ibu dan ayah 10 tahun yang lampau… sebelum bermulanya alam rumah tangga itu lagi pun akan mempengaruhi sifat anak dan generasi yang ke depannya… tapi kita kena yakin Allah tidak tidur dan sentiasa akan mengabulkan doa hambaNya..so….fikirkan… dan berusahalah mendidik diri sendiri dan anak untuk menjadi insan yang menjadikan agama paksi hidup…

    • lady bug Berkata:

      alah..takdenyerr..ajar anak ko baik-baik.biar jadi orang berguna.sedangkan anak terbiar kalo betol cara didiknya jadi orang jugak.jangan riso tak manempat lah. tapi alhamdulillah aku lahir bulan rabiulawal.boleh tahan positive hidup aku…tapi camne pun mesti lah aku pernah melalui benda yang tak best.tapi tu kan namenye experience.mendewasakan.

  15. mohd sani Berkata:

    nk tgok kalendar hijrah tahun klahiran,try surf website calendar converter…mcm2 ada.semua jenis kalendar ada..k,guys.

  16. isa Berkata:

    tipu la. ulama tmpt ana belajar lahir bulan syawal. tak keras pun?

  17. lady bug Berkata:

    aku rasa ramalan tu sebijik macam diri akujer…bolehlah dipercayai.

  18. lola Berkata:

    i rase i x berkenan ckit la ttg komen 2 coz sume yang buruk2 jew psl i…..x suke..x suke..

  19. islamic gurlz... Berkata:

    assalamualaikum…
    erm, boleh sye bertanya?
    menurut bulan islam,
    saya lahir pada 25 safar…
    jadi, adakah bermaksud saya berkelakuan dan bertabiat buruk???
    wassalam…

Tinggalkan jawapan