Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……
———————
Untuk membaca lebih banyak tips cinta, cerpen cinta, mutiara kata, madah cinta, kisah tauladan, bicara cinta, motivasi dan rahsia personaliti, sila klik Koleksi Cinta (LOVE)









Januari 15, 2008 at 12:01 pm |
adakalanya manusia terlau mengejar kesempurnaan hingga terlupa bahawa segalanya telah ditentukan OlehNYA yang maha berkuasa lagi maha mengetahui segalanya.
Januari 15, 2008 at 1:42 pm |
Kesempurnaan? takkan wujud kerna kehidupan itu memang dilahirkan dengan serba kekurangan… maka kitalah yg patut berusaha untuk menyempurnakannya…
Januari 15, 2008 at 11:10 pm |
apapun tentang percintaan, yg pntg adalah dari hati masing2. dengarlah dan ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah menipu kita.
Januari 18, 2008 at 2:45 pm |
kadang kala cinta itu menyakitkan n ada kala amat mengembirakan. tapi mencari cinta yang ikhlas bagai embun di hujung daun………jangna salahkan pertemuan andai terjadinya perpisahan tapi salahkan perasaan kerana terlalu cepat membuat keputusan
Januari 23, 2008 at 12:59 pm |
assalamualaikum,,,,,
tapi memang begitulah kenyataannya ,,,,,
memang kesempurnaan yang dicari
bukan kekurangan…
manusia sering mencari kesempurnaan walhal tahu bahawa diri sendiri
serba kekurangan….
hakikatt……
Januari 27, 2008 at 1:23 am |
jika kita telah mula jatuh cinta dengan seseorg,
mmg susah untuk melupakan dia apabila terpisah..
tp kita kena jugak terima..
sebab semuanya keje tuhan..
kalo Dia da tetapkan mcm tu..
maka itulah y terbaik untuk kita..
dan Dia xkan turunkan kesusahan terhadap
hambaNya..jika hambaNya tidak mampu…
Januari 27, 2008 at 12:04 pm |
Kecantkkan bukan hanya ada pda wajah
tp…,d`hati
Cinta bukan apa yg d`prkatakan N d`heboh-hebohkan
tp…,keikhlasan yp lahir dari hati sanubari.
mmm…renung2 kan..
Januari 27, 2008 at 2:35 pm |
nice entry…
so inspiring
thanx yaa
Januari 27, 2008 at 11:38 pm |
sempurna???cri mcmnepn xkn sempurna..spttnye kesempurnaan tu dibina bersama..sakitnye nk time..die yg forwad kat aku teks ni…tp die yg sakitkn aku..aku cam org bengong dok pk die,,,sdg die ntah dok igt org lain…kalo sndri menipu,knp nk tuduh org lain penipu..dasar manusia..ingkari ape yg diucap..!!!!
Januari 29, 2008 at 12:30 pm |
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati
seandainya dia pergi dan tidak kembali
anggaplah cinta itu tidak wujud sejak dari awal lagi..
April 23, 2008 at 4:19 pm |
Sedihhhnya…bila diri di khianati.
patutkah terima ucapan maafnya?
terasa sukarnya utk melupakan apa yg terjadi.
betul ke dia tak akan ulangi lagi.
sedangkan dulu dia pernah berjanji, tp tetap dia mungkiri
betul ke dia boleh berubah??
Julai 8, 2008 at 10:33 pm |
Apakah pula madah selepas ini
yang kau akan berikan padaku
diatas kebisuan mu….diam mu…
setelah aku tersangkut pada mata kail mu
setelah sepinggan nasi yang kau hulurkan kepadaku
telah mampu mengenyangkan ku
Nasi yang kumakan ini
hanya sekadar untuk aku bertapak meneruskan penghidupan
yang aku sendiri tak tahu dimana penghujungnya
dimana bahagianya..
terima kasih …….z……..n
Ogos 8, 2008 at 4:57 am |
zzdzdzzzdz
Ogos 8, 2008 at 5:12 am |
setiap insan,di antara 2 insan merasakan kasih & sayang dari seseorang kekasih yang dicintai.kasih & sayang tu terlahir dari hati naluri,bukan terlahir dari ucapan sj.ada kala nya bila seorang insan merasakan kasih & sayang tu ingin di rs kan sepanjang hidupnya.tetapi rs kasih & sayang seseorang insan tu tiada ap nya di bandingkan dngn kasih & sayang allah kpd umat nya yg dekat kpd nya.mulai sekarang marilah kita insyaf sebalum terlambat. WASSALAM
November 13, 2008 at 1:38 pm |
cinta sempurna…………………
November 20, 2008 at 7:47 pm |
[...] Renungan Kata Pengisian Jiwa [...]
Mac 14, 2009 at 7:28 pm |
Nikmat cinta sesama insan itu adalah satu anugerah dari Ilahi. Maka, yakinlah degan ketentuanNya. Jika perpisahan berlaku, bersabarlah. Mungkin ia satu ujian atau hukuman kerana kelalaian kita mengingatiNya.Tanya pada diri,kita lebih mengenali diri kita sendiri.Jgn dgn mudah menyalahkan org lain.Kembalilah kepadaNya,pasti ketenangan yang ada temui.hidup ini bukan mudah!!!!
April 10, 2009 at 10:20 am |
aku tak berani nak kate aku menyesal mengenali cintanya, sebab aku pernah bahagia dengan cintanya, namun aku boleh katekan cintanya terlalu ingin sempurna sehinggakan aku dilihat tidak semprna untuknya, cuma aku terlalu sayangkanya hingga tidak sanggup melepaskannya… sebab itu ajar aku untuk melupakannya. .
Jun 7, 2009 at 12:11 am |
tak usah lah kecewa dengan cinta dan mengejarnya. suatu hari nanti kita akan jumpa juga dengan cinta sebenar kita iaitu jodoh yang di tetapkan oleh allah ini lah cinta sebenar kita. fkirkan….
Julai 1, 2009 at 12:52 am |
…cinta tak semudah yang diucapkan.
bersabar menempuh segala dugaan yang akan dihadapi