Sahabat,
Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu. Semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati. Surat dan segala pemberianmu menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di kolej, aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita dan menegakkan syiar Islam.
Terima kasih di atas doronganmu untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampu aku hindari. Setiap detik bersama menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidk pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwamu sama sepertiku.
Namun aku mengerti mimpiku tidak mungkin menjadi kenyataan kerana antara kita dipisahkan oleh sebuah tembok yang cukup tebal. Kau yang menjadi idaman ramai pasti dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan reda dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tidak menyesali fitrah diri.
Sahabat,
Percayalah walaupun kau tiada di sisi, jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamaku dan untuk kali terakhir, izinkan aku menyebut kalimah yang tak mampu kuluahkan dihadapanmu selama ini….Aku cinta padamu…..
Sahabatmu.

Februari 16, 2008, 7:53 pm
cinta x semestinya ‘bersatu’…huhuhu
Februari 18, 2008, 5:19 pm
[...] Warkah Buat Sahabat [...]
Februari 26, 2008, 4:23 pm
kekadang ada juga sahabat yang tikam dari belakang…seperti yang telah saya alami …terasa sediah sangat…kerana selama ini terlalu mempercayai nyer…:-(
Februari 26, 2008, 5:11 pm
asalamualaikum…saya adalah wanita kesepian yang mengharapkan kaseh seorang sahabat yang tidak pernah menghargai saya malah dia amat membenci saya … tp masing 2 tunjuk bahwa kami sahabat sejati…saya rasa amat terkilan sekali..
Mac 5, 2008, 11:01 pm
tidak semua sahabat akan bersama kita tetapi persahabatan yang jujur dan ikhlas akan sentiasa bersama biar pun dia sudah tiada di dunia ini, jujurlah pada persahabatan tanpa mengharap apa-apa balasan.saya juga mempunyai sahabat yang baik malangnya kami pernah berkecil hati disebabkan meminati wanita yang sama…
Mac 12, 2008, 11:40 pm
assalamualaikum. dulu, sy pnya s’org kwn yg amat rapat sekali. kemana sja kami slalu bersama..sehinggakan teman yg lain amat arif ttg diri kami. Namun, stlah khadiran pelajar baru, perhubungan kami berantakan. saya selalu makan hati dgn perlakuannya. sehingga kini sy masih tersinggung dan dia tdk pula cuba memahami sy. Bg sy..biarlah semuannya berlalu. sekrg sy bgitu tidak mharapkan seorang kawn rapat.. sungguh myakitkan..