Kekasih Cemburu Buta

Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.

SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Intim minggu ini berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

* Sering melemparkan tuduhan

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.

Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

* Cuba mencari kesalahan anda

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

* Sanggup bunuh diri

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

* Sentiasa ingin bersama

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti sosial

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

* Wartawan dan polis

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

* Suka buruk sangka

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.

Sumber: Kosmo!

About these ads

39 responses to “Kekasih Cemburu Buta

  1. tak dapat dinafikan orang yang kuat sangat cemburu ni menyiksa batin pasangannya!
    Sy punyai kekasih yg kuat cmburu, senarai TANDA-TANDA CEMBURU kat atas ni sume sy dah alami…Y Allah…kalau xsabar,alamatnya dah lame putus… orang yang mcm ni ada jg kebaikannya… prihatin, bertanggungjawab,sentiasa sayangkan kekasih krn dia akan ambil berat kekasihnya lebih dari diri dia sendiri. cuma memerlukan kesabaran yg tinggi untuk berhadapan dengan mereka2 ni. kadang-kadang mereka boleh bertindak panas baran walaupun pada asalnya mereka bukanlah seorang yang baran.
    gunakan kelembutan yang ada pada diri,cakap elok2,terangkan,jelaskan,sentiasa buat pasangan yang kuat cemburu ni faham akan situasi kita,supaya syak wasangka mereka tu xmelampau2. manusia berubah, 1 hari mereka pasti berubah…..InsyaAllah…

  2. org kata cemburu tu tandanya sayang…
    betul ker?
    tapi aku rasa betul la jugak..
    sebab aku penah rasa..itu pun kat orang yang aku sayang
    i mean pakwe..
    tapi cemburu ni x bleh la melampau..nanti buat pasangan rasa terseksa lakk..
    aku pun rimas kalau pasangan terlampau cemburu..
    tapi kalau x cemburu lansung tu… pelik la..
    ada ke org mcm tu..
    whatever pun..cemburu mesti ada tapi jangan melampau…

  3. Bf sy nie blh dikatakn cemburu buta gak la cz stiap prgerakan sy dia nk ambk tau..cara sy berpakaian,pergaulan sy n apa2 ja la ttg diri sy semua dia nk ambk tau..kalau sy dok tepi laki ja dia akn mrh..dia kata dia terlalu sygkn sy sb 2 dia jd cmni..dia tkt jd apa2 kt sy..mmg la bgs cara dia cz dia ambk brt&ada rasa tggjwb tp kdg2 sy rimas keadaan cmni..x dak mslh x pa la,kalau ada 2 mula la sy rs benci kat dia n prnh sy minta pts..bila minta pts dia ugut sy plak, dia kata nk bunuh diri,sy pun x tau nk wat cmna..sy x jd pts dgn dia cz sy tkt dia bunuh diri..nnti kluarga dia slhkn sy plak..wat ms skg hbgn km ok lg..tp jujur sy kata bila kwn dgn dia sy rasa terkongkong..cemburu ni kdg2 tu baik tp kdg2 tu buat pasangan rs terkongkong bila cemburu 2 di tahap yang melampau…

  4. hmm.ckp pasal cemburu nih…i mmg de masalah besar pasal nih…
    tatau nak explain mcm mane…i lelaki…seme yg pasal org cemburu
    kat atas tuh ade kat i…i da try nak buang seme tuh….tp bila pk2 balik…
    mmg sakit ati…i punya perangai cemburu mmg maximum…kalu
    girlfriend i ckp ngan laki2 yg satu klas ngan die pon i bley sakit ati…
    da bnyk kali nak break ngan Girlfriend i…tp x bley… i syg die sgt2…
    sumbody..plezz help me…

  5. ERm…. mmg perlu bersabar dalam menghadapi org yang cemburu… klu tiada kesabaran yang tinggi mesti dah putus… mmg ada kebaikan org begini… tp kesabaran ada batasnya… sanggup ker anda menerima segala tohmahan serta hinaan yg timbul dari mulut sidia gara2 cemburu buta?

  6. cemburu ni mmg perlu dalam perhubungan tp jgn la mlampau sgt sampai klau nk kuar angkat kain jmuran pun ingat nk ngorat jiran sbelah..biar ada btas jgn smpai dh break bru nk nyesal..

  7. CEMBURU!!!! rasanya tak salah. bak orang kata,cemburu itu tandanya sayang. tapi kalau cemburu buta,baik tinggalkan je….

  8. sy ade bofren yg kuat sngt cmbru die. suka sngt pk yg bukan2. kalu sy nk kua g mna2 dia ingt sy ade jnji ngn laki lain. siang2 pn nk kuar die bsing, apetah la lg mlm2. kalu tak dnga ckp die kang mula la dia nk wat perangai protes die. tp sy syg sngt kat dia. dia jga sy dgn baik dn kdng bla dfikirkan alasn die tu masuk akal gak. tp… sy nk jugk kua jln2 jmpa kwan2, amik angin..hbungn kami bhgia je. tp kpantangan dia adlh klu sy kuar g mana2. dlu sblum sy couple ngn pakwe skng, xde pakwe yg leh kntrol ape sy nk buat, tp kali ni yg sorang ni lain mcm..kawan2 sy pn tgur n ckap sy da brubah sdngkan dlu2 xde sape leh kntrol2 ape sy nk wt, nk g mna, nk wat apa, hatta mak ayah pn tak ckp pape sbb diorang prcya sy leh jga dri. sy pn tak fham knpa sy blh lpakan prinsip sy bhw xde laki leh kntrol ape sy nk wat. tp skang lain lak jd… sy kna hembus k atau sy mabuk cinta luar biasa!

  9. cemburu..aku pun ade same problem gak.aku cemburu tahap max.walo aku cube buang perasaan cmburu tue.tp tetap ade.contohnya kalu aku kuar dgn gf aku.setiap kali kuar dgn aku ade jer mesej atau call yg ganggu.kalu sekali atau 2 kali xpe gak.nie punya la byk.ntah dr lelki mana tah.bile tny ckp member ofis. aku rase mcm nak lempar jer hset die.kalu ikut hati mmg nak tinggalkn jer gf aku nie.tp die kata kat aku,die betul2 cintakn aku.die da xde sapa selain aku.aku jd keliru.aku xtau nak buat apa.boleh sape2 leh bagi pandangan x?

  10. aku paling benci laki cemburu buta ni…cukup benci…terkongkong hidup ni dibuatnya, semua pergerakan aku nak di kawal.samapai nak kuar dengan kawan, nak kuar g keje pun susah. paling aku agin bila aku nka tido cepat kerana letih seharian bekerja, dia boleh paksa aku lkayan dia cakap kat tel kerana dia sangka aku tak nak layan dia dan nak menggatal dnegan jantan lain. aku ada jugak putuskan hubungan dnegan dia, tapi dia ugut nak matilah, apalha, aku tak heran, aku bagitau kat dia, kalau nak mati sangat, dipersilakan…menyusahkan hidup aku je.sakit hati dpat pakwe cembnuru buta ni, g matilah lagi baik…

  11. SBNRNYA X BAGUS N 100% I X STUJU DGN SIKAP GINI…XBGS UTK PERHUBUNGAN…DAN MENJADI PUNCA PORAK PERANDANYA SSUATU RELATIONSHIP…TIADAPKMBANGAN LANGSUNG DLMHBGN JIKA SIKAP CMBURU TERUS MEMBELENGGU

  12. i pun dah rasa macam tu.. i lg teruk rasa dikongkongd ari u all sume..

  13. aku hanya cemburu bila wife aku buat sesuatu yg tak digalakkan agama je spt ADAB PERGAULAN. aku ni sensitif sangat kalau org kesayangan aku bergelak sakan dgn laki lain. sebab bagi aku, perempuan terutama yg dah kahwin ada nilai kehormatan yg amat tinggi.

    kita perlu ingat, dalam hidup ni tak ada istilah kebebasan mutlak. ramai juga la yg langsung tak mahu dikawal. ni puncanya ikut akal lah dan letak Agama no 2. so kalau suami cakap benda baik tu, terima je lah ye. sama lah si suami, kalau si isteri tegur benda baik, sama2 lah terima. jangan berat sebelah.

    pendek kata, kalau cemburu tu pada benda baik, maka janganlah rasakan ia satu kongkongan. jangan ikut sangat diri mahu bebas sebebasnya. setiap benda ada hikmahnya walau kita rasa ia menyekat pergerakan kita.

    solution: jadikanlah AGAMA sebagai dasar pertimbangan dalam segenap perkara.

  14. cemburu memamg racun sgala racun

  15. bermain mesej dgn bekas pakwe…ape tindakan perlu dilakukan?

  16. buktikan la kt org yg cemburu tu…
    slalunye bile org cemburu tu meminta .. explain aje lah….lain la kalau ade benda yg disorokkn.
    mmg cemburu tanda syg.. tak logik la cemburu kosong..
    pada saya sbgi sorang lelaki..lelaki ni ade sifat “protective” sket sbb syg kan buah hati dia..sy punyai masalah yg sama..
    bile sy minta si dia buat sesuatu.. dia leh pertikaikan pulak itu dan ini ape yg saya suruh… ikhlas ke namenye tu??.Dalam perhubungan sgt penting keikhlasan…ni tak…leh lak pertikai… cemburu ni kita leh atasi kalau kita terapkan keikhlasan dlm diri setiap pasangan…

  17. sudah 2 thn aku berkawan ngn tunang aku ni. 3 mggu lepas baru bertunang. tp lepas tunang ni cemburu nya kat aku ni melampau2 la. sampei aku dah naik bosan dengan tunang aku ni. dah 2 mggu aku off hp. serabut sgt.. dia duk carik aku la tu. semua adik2 aku dia kacau. tujuan aku wat gitu bkn nk siksa dia. tp nk ajar dia betapa sakitnya hatiku bila terkongkong sebegini..

    apa pandangan korang semua?

  18. single is simple…
    couple is more than trouble…..
    so x nk cemburu2…. x yah la ber bf @ ber gf…
    kalo ada faedah x per la…
    tp kalo nak wat serabut kpla otak… bek x yah…..

  19. hello…saya ada masalah..sya hndk mmtuskn kekasih saya kerana jarak umur kami yang begitu jauh(jarak 18tahun)..dia slalu brkata ingin membunuh diri jika saya meninggalkan dia. Adakah dia akan bnr2 membunuh diri? saya sangat tertekan dan seerba salah mengenai hal ini.

  20. saya plak lain..baru taw cemburu ni sejak berkenalan dan berpasangan dengan seorang lelaki ni.kalau dulu aku yang dicemburui dgn exbyfn..isy2 baru aku taw cemburu ni menyakitkan. Tambahan plak lelaki yang aku cintai ini seorang yang terkenal, banyak kenalan perempuan, baik hati n peramah di kampus.

  21. Wat Adeeb.. cne nk terapkan keikhlasan tu kalu hati x ikhlas? Perlu ke kita ikut semua apa y org y kta syg tu suruh? Knp kta je y kna ikhlas n fhm jiwa die, sdgkan jiwe kta die x pnh nk fhm? Salah ke kta bckp ng kaum len jnis, skadar kwn..untuk bnd2 y btl2 penting? Kta mgkn akn susah 1 hari, kalu kta x pnh nk btgur sapa ng org lain.. how come org nk tlg kta? I got a very jealous bf. So hurt bla dia psg spy utk thu aktiviti kta. D lrg pegi reunion, d lrg bgiat dlm pe2 aktvti, d lrg senyum npk gigi.. so hurt. smp dh x tahu nk behave mcamne. but syg.

  22. Kalau cemburu 2 tandanya syg.,tpi melebih lebih cemburu 2,uat org rimas.hm,bole jga cemburu tpi mestì pda tptnya,selidik dulu hal yg sbnarnya bru nak protes.kkdg cemburu bole uat kita mlkn prkara diluar jgkn kita.so,harap korang yg ada bf@gf sama2 memahami pasangn anda supaya dpt mengawal cemburu buta

  23. hmmm,,..saya seorg cembura buta…saya terima hakikat tuh..buat prtame kali sye rse jles sgt ngn bf sye kalu dye ngn mane2 prempuan even mreke kwn..sblum nie sye kpel..xprnh rse jeles pn..tp ngn dye tbe2 sye jdi cembura bute.mungkin syg sgt kot…sya sbolehnye nak buang perasaan tuh..InsyaAllah..

    Mmg btl bile kte dh cembure ..kite akn kluarkan kate kesat or kate yg ley mnguriskn hati psgn kte,,Percaye lah wanita cemburu kerana mreka rse kurang slmt ngn pasangan nye..ini bkn ape..skali dh kene tpu ..mungkin curiga itu ade and then rse cemburu gle..so stiap pe yg dlakukn akn dipersoalkan..ke mana ? kenape ?

    itu yg saya alami skrg..insyaAllah ingin mngubahnye

    pada mulanye sye xsedar sye seorg cemburu buta,…pastu saya search kt internet psl tips atasi cemburu and terbce artikel nie..bru sye sedar sye seorg cembure buta..nak tergelak pn ade..pe yg tertera kt ats…sume saya alami..tp nak ekori tuh xde la..sye pn gah stdy..so xde mse kot ;) tp itu tak mustahil terjadi kepada si cembura buta yg len..

    so penyelasaian kpd si cemburu bute mlalui pe yg sye dh lalui..
    pd peringkat awl..

    1.bgthu perkare sebenar pe situasi anda..ringkas betul dan ikhlas..kalu msg tuh..jgn nak tpu2..especially gurl la..skali dh kne tpu..dye akn tertnye2 n cemburu akn dtg..

    Biasa lah syaitan kan sentiase dimana2..so pkare begitu mudah bg iblis2..

    2.mohon pada tuhan..agar si dia dapat mngubah perangainye tuh

    3. kalu tak jugak..ckp ngn elok mungkin ngn gurauan bgthu jgn jles sgt..gurauan yg boley dterime..selitkn kt dye..betape u syg kt dye ;) insyaAllah berkesan..

    Itu shje yg saye ley bg..sye pn dlm proses pembaiki dri sye..cemburu perlu ade..cemburu kn tnde syg..tp..berlebihan membawa bencana dlm perhubungan..

    insyaAllah..doakan sye tak menjadi seorg cembura buta lagi ye.. :)

    • aku cemburu gak..tp masih blh kawal kalau sidie x terus tipu aku..tp skrg aku dh putus ngan die..sbb die tipu aku lg..tp aku maafkan die wlau pown sidie x mtk maaf ngan aku..ape yg aku harap die berubah..n aku doakan die bahagia..peace ;-)

  24. ntah la.aq ni sering je d tduh cmburu buta oleh bf aq.smpai dy dh kuar kt kesat n bosan ngan aq.tp bla hbungan hmpir nk brakhir,dy lak xnk brpisah ngan aq.a syg dy tp tlg la korg bntu aq utk mgubah skap aq y ske kongkong ni.aq bru je cple ngan dy,dy pn dh ungkit y dy n aq msih bru cple lg….dy xnk aq lyan dy cm tunang n suami.aq sdih..:(

  25. cemburu……………suma owg cemburu…….

  26. Tunang sy seorg y suka berkwn dengan pompuan..sy cemburu gila bila tgk dia duk mesra ngan pompuan dlm fb..pompuan tu pun 2×5..dah tau bertunang..jgnlaa smpai call ke apa..ni time aku kuar dating pun..dia call laki aku..tension betul..aku ke y mslh kat sini..atau memang tunang aku ni jenis gatal..sakit ati!!!

  27. hmm,aku cemburu, cenburu bute, hamba cinta. cube nk berubah, tapi susah. Klu dapat bf yang cemburu buta gak, agak2 camne, boleh aman ke

  28. saya suka sangat artikel ni. memang tepat sekali. saya baru je putus tunang disebabkan cemburu buta si lelaki, padahal lagi 4 bulan dah nak nikah. apa nak buat jodoh tak ada. bekas tunang saya ada semua ciri2 yang tersebut di atas.
    nasib nasib…..

  29. cmburu ni 1pnyksaan dlm hdp,tung sy srg cmbru bta.sy rasa ttkn sgt

  30. stuju..!! stuju..!! sume di atas ade pd bf aku, cemburunye ya Allah.. hany tuhan je yang tahu. tahp ape pn aku x tau.dh setahun kami couple tp prangai cemburu butanye smakin menjadi2.. pening pale aku dibuatnye..tension pn ada. aku nk pg mane sume xbleh dh skang ape aktiviti, majlis or ape2 aktiviti yg melibatkan ramai org TiDAK DIBENARKAN!! , tgur or cakap gn kwn laki 1 opis pn xblh.. bli brg pn sume dia akan bwk aku. nk pg kuar mkn gn kwn opis aku pompuan pn dgn org tertentu jer yg dia knl br bleh. tension2.. nk blik kg jmpa fmily pn dia yang akn tentukan bila blh blik kg.. nk kuar gn fmily sndiri pn susah… ya allah.. aku btl2 tertekan saat ni… gaduh dah xlarat nk gaduh dah, tiap kali gduh mcm2 dia akan lemparkan kta2 pd aku… aku sedih yang teramat sgt. sayang mmg lah sayang coz dia xpernah abaikan aku, tp sampai bila lah seksaan aku ni akan berakhir… bantu lah aku..
    hri2 aku fkir ape ksudahan hbungn aku gn dia nie.. adakah ini CEMBURU TANDANYA SAYANG???

  31. sy geram sgt kat sowg pempuan nie,,,die da taw bf saya nie da KAPEL tp ada ke die antr2 msj,,i miss u tu sume,,hemmm,sy pn x taw sy ke salah bila sy msuk cmpur jer die kate sy cmburu sgt kat dyer,,mmg pkataan SYG,LUV U 2 universal ea,,smua bleh share,,so apa gnenya die KAPEL ngan sy kalau mcm 2,,,n die ckap yg nie sume bgantung pd die perasaan,, die x ada perasaan paper pn kat pmpuan 2. yg die sukakan saya je,,tp korg akn prcyer ker bler da tjadi bnda cm nie sume,,,

  32. Salam semua..sy pn ada nk share cite. sy ada bf yg sgt2 cemburu. mmg sakit hati ni dibuatnya smpy kene tuduh mcm2 even sy xpnh curang or wt benda xbaik blkg dia. dulu sy ramai je kwn laki n pmpn, tp sejak dh kapel ngn dia 2tahun ni, kwn laki sy sume lari sebab takut kne marah dgn bf sy. sume kwn2 laki sy kat yahoo messenger(ym) n facebook sy dia dah delete. sy xdibenarkan tegur mane2 laki even coursemate sndri, tp kalau hal pnting or discussion ttg pelajaran, baru dia benarkan.pada awalnya, mmg sy sgt tertekan n minta putus, tp dia pnh bgtw lbh baik dia mati dpd berpisah dgn sy. sy tahu dia amat sygkan sy tp tlg lah faham n mengerti apa yg sy buat. sy ni sgt setia, xpnh pn ada rasa nk mainkan2 dia. tp dia tetap xboleh terima kalau sy xikot cakap dia. dia mmg ada ciri2 polis pnyiasat yg suke tny detail ttg hal sy. sy xbole mengelak lgsg. kwn2 sy ada bgtw bhw laki2 yg cemburu buta tidak bole dijadikan suami. apa pandangan anda? ada sapa2 yg bole tlg bg pandangan ttg mslh sy?

  33. YA ALLAH..BANTULAH HAMBAMU INI…
    KLU INI BUKAN JODOH YANG TERBAIK BUATKU,
    ENGKAU JAUHI LAH DIRI INI DARI NYA, PISAHKAN LAH 2 HATI INI.. SESUNGGUHNYA AKU REDHA DAN PASRAH DENGAN TAKDIRMU YA ALLAH.
    ** SAYA DAH PENAT !!PENAT!! PENAT!! MELALUI HIDUP SLAMA 2 TAHUN DGN ORANG YANG KUAT CEMBURU….
    ( BANTULAH SAYA CARI JALAN PENYELESAIAN..????

  34. Pxakit cmburu buta tu mlandaku, capek..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s