Cinta palsu suami orang

APA yang saya cuba sampaikan di sini bertujuan memberi peringatan kepada remaja sebaya saya dan sesiapa yang berkaitan. Saya berumur 21 tahun dan pelajar diploma di tahun akhir.

Saya berkawan dengan teman lelaki hampir dua tahun. Umurnya sebaya saya. Dia melayan saya dengan baik sekali dan dia juga baik kepada keluarga saya. Ibu saya juga suka kepadanya.

Namun apakan daya, saya jatuh cinta pula dengan orang lain yang umurnya enam tahun lebih tua. Biar saya namakan dia H. Lebih menyedihkan, orang yang saya jatuh cinta itu sudah berkahwin.

Disebabkan janji manis dan layanan baik diberikan kepada saya, saya buta dan tinggalkan teman lelaki saya, biarpun ketika itu saya baru mengenali H tidak sampai seminggu.

Awal perkenalan kami, semuanya berjalan lancar. H berjanji untuk tidak buat saya rasa dia sudah berkahwin dan dia berjaya lakukannya. Bagaimanapun selepas beberapa bulan, isterinya dapat menghidu hubungan kami.

Saya cuba untuk undur diri, tapi H menghalang saya. H masih nak teruskan hubungan kami. H berjanji akan berkahwin dengan saya. H kuatkan semangat saya dan berkata sayalah yang ada di hatinya, bukan isterinya.

Dia tidak pandang isteri di depan mata. H cuba ugut saya dengan berkata, kalau saya tinggalkan dia, isterinya juga akan dia tinggalkan. Saya jadi takut kerana tidak mahu perceraian berlaku disebabkan saya.

Saya langsung tidak tahu saya diperbodohkan. Selama 10 bulan perkenalan saya dengan H, macam-macam yang saya lalui. Walaupun masih belajar, saya tetap buat kerja sambilan di tempat kerja H semata-mata untuk bersamanya.

Duit saya banyak habis untuk H. Saya penuhi segala permintaan dia, sedangkan teman lelaki saya dulu tidak pernah sedikitpun susahkan hidup saya. Saya bukan saja habis duit, tapi maruah diri saya juga tergadai. Semuanya kerana cinta.

Selama hampir dua tahun bersama teman lelaki saya dulu, kami tidak pernah buat kerja terkutuk itu. Kini H dengan senang hati meninggalkan saya. Baru saya tahu lelaki memang ayat manis. Banyak yang saya pelajari sepanjang bersama H.

Saya juga terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana H tidak benarkan saya sambung belajar. Dia nak saya bersama dia, tapi semuanya tipu belaka.

Di luar sana, saya nak nasihatkan remaja wanita supaya jangan mudah percaya pada lelaki. Hargailah apa yang ada di depan mata. Jangan sesekali benarkan diri anda dinodai.

Yang paling, penting jangan percayakan suami orang! Cinta mereka hanya kerana seks semata-mata. Jangan jadi seperti saya yang kini menyesal seumur hidup.

YANG MENYESAL

———————-

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di ruangan ini untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

Rasanya, tidak perlu Dang Setia mengulas panjang lebar mengenai nasib yang menimpa saudari.

Sebagaimana saudari, Dang Setia juga berharap pengalaman pahit saudari mampu memberi pengajaran kepada pembaca. Sekurang-kurangnya ia memberi perspektif baru kepada penggemar ruangan ini.

Maksudnya, jika Dang Setia menyatakan jangan bercinta dengan suami orang kerana mungkin mereka hanya inginkan tubuh anda, mungkin ramai beranggapan Dang Setia tidak betul dan lebih percayakan teman lelaki mereka.

Namun, apa yang saudari alami secara jelas membuktikan betapa besarnya kesilapan yang saudari lakukan. Selain kehilangan teman lelaki yang baik, maruah diri saudari juga tergadai serta gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kesimpulannya, kepada remaja wanita, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di luar sana yang kini asyik mahsyuk bercinta dengan suami orang, beringatlah sebelum kena. Janganlah sudah terhantuk, baru nak tengadah.

~ Keratan Dang Setia, Metro Ahad

About these ads

28 responses to “Cinta palsu suami orang

  1. memang suami orang ni nakkan sesk semata-mata bila berkawan dengan sorang pompuan.saya ada pengalaman bercinta dengan suami orang. mereka akan cakap yang isteri diorang ni tak boleh layan diorang lagi. tak nak layan diorang macam dulu. dah tak cantiklah,tak tau nak jaga badan la,macam2 lagi yang buruk diorang cite pasal isteri diorang. pengalaman saya,saya bercinta dengan suami orang. dia bagi kata-kata manis. mula2 kenal,ok je. tapi bila dah lama,dia mula nak mintak macam2. kawan2 saya nasihatkan saya supaya tinggalkan je suami orang tu. ada satu hari tu isteri dia serang saya,ugut saya. saya pon amik keputusan nak tinggalkan dia. tapi dia cakap yang dia sayangkan saya. tapi saya taknak teruskan sebab saya tahu yang dia hanya nak puaskan nafsu semata2. so,saya tinggalkan dia…

  2. mengikut pada cerita tersebut, boleh dikatakan saudari tersebut mmg mudah diayat sehinggakan tergadai body…. teman lelaki yang punyer baik boleh ditinggalkan….. saya lelaki tapi boleh saya katakan perempuan sekarang bukannya tidak pandai… semuanya pandai-pandai belaka…. tapi yang pandai ni tak pandai nak gunakan kepandaiannya…. kena ayat sket dah cair…… saya ada pengalaman dimana ada seorang perempuan yang akan bertunang jatuh cinta dgn saya… walaupun saya tak amik berat, tak amik kisah pun pada dia.. tapi dia mahukan cinta sejati saya juga, tiap -tiap malam call saya… ajak jumpa
    tidak dinafikan dia seorang yang menarik.. tetapi memandangkan sudah dipunyai orang bukan taste saya utk memilikinya walaupun ada peluang utk diayat….. penah jugak dia meminta saya utk jumpe family saya.. tapi saya tak benarkan… 1st time in my life jumpe perempuan jenis yang mcm ni…. mmg seorang yang bodoh dan tidak kenang budi terhadap teman lelakinya…… yang berusaha utk mencari duit untuk berkahwin dgnnya…… nasib baik…. selepas saya meninggalkannya… dia kembali ke teman lelakinya dan terus berkahwin….. tapi walaumcm mana pun terus terang saya katakan di juga penah buat hati saya cair…. tapi keegoaan saya sebagai lelaki menyelamatkan hubungan dia dgn teman lelakinya….. syabas utk saya dan saya benci ditemukan dgn wanita yang suka mencari kesempatan keatas orang lain….

  3. Ni lah salah 1 sebabnye kebanyakan pempuan@lelaki lambat jumpe pasangan.Semua org akan kate ” Kau memilih sangat kot? jangan memilih..dapat suami org ke,tunang org ke,kau rembat je”.. Saya rase terkilan kalau org kate lelaki @ pempuan yg lmbt dapat pasangan sebabnya diorang terlalu memilih. Pada saye memilih tu perlu tapi bukan terlalu memilih.Yang lambat dapat pasangan tulah yg kdg2 menyatukan pasangan2 lain.Tapi ape2pun,hanya tuan badanje yg tau mcm mane sedaya upayanya die nak cuba cari pasangan yg sesuai,last2 dikatenye..”kau memilih sangat kot?”.

  4. btoilah kadang2 ayat yang digunakan laki org ni pada pompuan yang kesunyian mmg mengena ……sebab tu laki org ni berjaya
    pada masa yang sama pompuan yang dlm keadaan sebegini tidak sedar dah diorg kena jerat percayalah……….

  5. yup… betoi lah cakap korang semua itu. aku budak indon.. aku laki.. tapi aku sedar, banyak dari kaum aku yang dah bersuami, lakukan perihal camtu.. kitorang kena ingat diri kiter sendiri.. jangan mudah kena bujuk rayu. siapappun anda.. aku prnah duduk kat kl 2 tahun.. aku tahu sedikit tentang budaya melayu yang kalian jalani… janganlah terlalu menundukkan diri pada aturan yang ada.. ini jaman moden.. kitorang kena punya wawasan luas, dan berpikir jernih.. doa aku untuk semua pompuan dan laki melayu.. jalani hidup dengan benar.. am i right..?

  6. sy sbg cewek sih kesel liat para perempuan jd korban lelaki spt cerita di atas..tp ya mau gimana lg,ceweknya jg yang gak pikir panjang,mau aja dijadiin madu..udah tau jadi cowoknya udah married,masi aja dijabanin.apa kabar kesetiaan??!!apa kabar harga diri sbg perempuan!!

  7. @Lina … cewek indonesia yah..? gue sebagai lelaki emang jengkel juga.. tapi kalo mbak lina pernah hidup di malaysia.. mbak akan sedikit berpikir lain setelah melihat budaya hidup di sana, yang saya rasa sedikit berbeda dengan yang dijalani di indonesia.. saya banyak melihat status perempuan yang cenderung menjadi obyek daripada subyek di sana.. kelemahan dari budaya islami yang cenderung mengkondisika perempuan sebagai insan lemah, sering terjadi di sana.. saya kurang mengerti perkembangan kejiwaan kebanyakan perempuan melayu… tapi menurut saya, kondisi ekonomi yang baik dan budaya serta teknologi yang meningkat pesat di malaysia terlalu banyak mempengaruhi perkembangan perempuan di malaysia.. mestinya semua orang saling instropeksi atas diri masing masing.. menjaga diri sendiri dari apapun adalah langkah terbaik.. saya mengagungkan wanita, selayaknya saya mengagungkan ibu saya..

  8. aku ingin pulang

    kepada krol…tahniah kerana anda seorang lelaki yang bencikan kecurangan wanita. Tapi nasihat saya, jalan hidup kita tak selalunya lurus. Selagi anda bergelar manusia, seorang lelaki, apalagi kalau belum mencapai umur 40 an, atau di ambang 40an tapi belum mencpai 50an, sesuatu yang tak terduga sentiasa menanti anda!…Saya bercakap melalui pengalaman saya dan kawan saya. Jangan terlalu merasa diri sudah cukup kuat melawan nafsu, kerana kita tak tahu apa yang bakal lalu di hadapan kita!. Kisah saya hanya untuk teladan. Saya seorang yang kuat agama. Semasa bujang, dating berdua pun ada la sekali sekala dengankekasih tapi tak pernah berpegang tangan apalagi berpelukan. Saya sentiasa takut berdosa. Bila kawin memang, saya taat dan patuh kepada suami.Saya sembahyang 5 waktu, mengaji sebelum subuh atau sebelum sembahyang maghrib, anak-anak terdidik sempurna, rajin sembahyang, sejuk mata memandang.Bila terdengar cerita isteri atau suami curang, saya mengucap panjang. Jijik dalam hati dan berkata kenapala ada orang sanggup buat begitu kepada diri sendiri dan keluarga. Apa lagi yang dicari?…..tapi apabila tanpa diduga, saya melalui sendiri perkara itu, barulah saya tahu, rupanya ada masanya kita akan terjatuh ke lobang dalam perjalanan hidup ini, dan ada kalanya jalan hidup teralu berliku…..bila tersungkur, saya tersedar rupanya diri saya yang saya anggap dah banyak amal ibadah rupanya kosong dari petunjuk!Diharap tidak ada pembaca yang macam saya. Tapi ini hanya mengingatkan saja….jangan lah rasa bangga bila tidak melakukan kejahatan/maksiat, sebaliknya berdoa kepada Tuhan dan bersyukur kerana masih berada dijalanNya. Moga bermanfaat kepada semua. yang baik dari Allah dan yang jahat dari saya sendiri.

  9. aku ingin pulang

    Kisah teman saya, hanya untuk renungan. Dia juga seorang yang kuat agama. Rajin sembahyang, amat bertanggungjawab. menurutnya, bila dia dengar kawan sekerja yang dah beristeri tapi ada girlfriend, mengucap panjang dia!…dia mengakui, semasa bujang dan tengah bercinta, memang tak pernah dating berpegang tangan apalagi berdua-duaan di tempat sunyi. Katanya, memang ada keinginan untuk memegang tangan kekasih dan memeluknya tapi sentiasa ada halangan di dalam hati untuk berbuat demikian. Setelah kawin, dia memang sangat bahagia. Isteri layan dengan baik dan dikurniakan anak-anak yang comel. Malahan dia mengakui dia tidak akan tergoda dengan mana-mana perempuan pun kerana dia tahu dosa pahala. Juga dia mengatakan dia tidak ada nafsu dengan perempuan lain selain isterinya……pendek kata, orang alim, kawannya mengakui dia seorang yang warak! Tapi, dia juga akhirnya jatuh cinta lagi dengan seorang perempuan, isteri orang!! akhirnya menjalin semula cinta lama dan terjadilah beberapa pertemuan yang tidak sepatutnya berlaku!! Memang dia mengakui merasa bersalah, merasa berdosa tapi dia juga mengakui tidak dapat menolak perasaan itu!! Dia sendiri tidak percaya, dia akan melalui perkara begitu, apalagi setelah perkahwinan menjangkau 10 tahun, dan umur memasuki angka 40! Tapi itulah kehidupan yang perlu kita lalui. Jalan hidup ini tak selalunya lurus, kadang berliku……….ini hanya untuk renungan, agar kita sentiasa muhasabah diri sendiri…esok lusa kita tidak tahu apa akan terjadi…..sekian adanya! Yang baik dari Allah, yang jahat dari saya sendiri, semoga bermanfaat untuk semua!

  10. assalamualaikum…
    sy ade citer tok dkongsi bersama…. bkn niat nk buka pekung di dada,hanya sbg 1 ikhtibar… sy pena bcinta 2 tahuN lps…pkenalan bmula apbl bf sy(biarla sy kenalkan sbg z) tsalah no… dsbbkan sy mpunyai suara yg agk LUNAK,z tertarik utk mgenali sy…wlau bagaimanapun,di awl pkenalan sy yg sbuk2(ala2 perigi mcari timba)… z biasa shj hgga sy mberanikan diri utk mluahkan kata2 syg yg tak pernah diucapkn… indah sungguh kali pertama merasai cinta… sy boleh dkatakan seorg gadis yg pemalu,tidak terlalu sosial n tidak suke mlayan lelaki @ menuruti khendak llaki… ttp z ini seorg llaki yg tlalu kuat nafsunya…. puas dia mengajak sy menemaninya ketika dia mahu mlancap*….stiap pujukan sy cube utk tolak,tp dsbbkan tkut khilangan z sy sggup mnuruti kehendaknya… sy myesal krn shgga 17tahun, tak pena sy dsentuh llki walupun hya mmegang tgn skalipun…. myesal!!!!!!!! awlnya, z m,ajak dgn alasan sy perlu mlayaninya krn dia mahu b,ubh….ahernya sy yg t,ingin mahu mlakukan pkara terkutuk itu… boleh dkatakan hmpir stiap bulan kami akn bgaduh kerana pelbagai hal… sudah bbrapa kali z curang tp sy ttp memaafkan dan menerimanya kembali krn sy sllu tfikir bhw semua manusia boleh b, ubah… slama hmpir stahun kami knl, z mula b,ubh ht….. wlau bagaimanapun,sy juga yg thegeh2 utk menawan htnya kmbali hgga smpai ke satu saat bila dia mlafazkan tidak kata perpisahan… slama sy bkenalan dgnnya,sy sllu mnuruti kata2nya dlm sgl aspek…nak kluar bgtahu,nak blik kg kna dpt k,izinn, sampaikan hal2 yg agk sensitif juga z akn ambil tahu… begitu naif hdp sy ketika itu….sy tlh mnanggung pderitaan slama lbh kurang 2bln kerana pd ms tsebut z tidak mahu bhubung dgn sy lg…ttpi sy ttp mencuba…hgga bila z mlafazkan kata2 perpisahan,sy ttp cuba mmujuknya…duit hbs bpuluh2 ringgit smata2 ingin mmujuknya…sms dan cll tidak bjawab… kdg2 jwb ttpi hnya utk mmuaskan nfsunya dan tglkan semula…bkali2 sy diperlaku begitu…hgga sy tpakse mcari sorg llki utk mnemani diri ini…sy cuba utk kuatkan smgt…ahernya sy cube utk bcinta dgn llki tsbut dan akhrnya sy bjaya lupakan 1st love sy…. mgkn berkat doa bulan Ramadhan…ALHAMDULILLAH..bberapa hr,sy dpt tahu bhw 1st sy sudah berkahwin…rupanya 1st love sdh ada ank dan isteri…hancur luluh hati mdgr walupun sudah ada pganti…dats mean sy tlh bcinta dgn suami org..ASTAGHFIRULLAH!!!!!!!! hga kini 1st love sy masih mganggu hdp sy… z tidak tahu bhw sy tahu dia sdh bkahwin… ikhlas di dasar ht ini sy tlh mmaafkannya s,ikhlas mgkn… semoga dia bbahgia dgn isteri n anak2nya….
    MORAL OF THE STORY:
    jgn mdh percaya pd pujuk rayu n janji lelaki…
    bkn semua manusia boleh b,ubh dgn sng….
    jgn korbankan ape yg kite msh ade
    sentiasa hdp dgn prinsip apbl bcinta
    jgn risau dgelar ortodoks atau kuno atau tidak open minded.

    mereka yg gemar cakap atau mlakukan ape2 bkaitan seks adlh manusia yg close minded krn mindanya tidak dpt berfikir ape yg baik dan buruk… otaknya ttutup dgn pkara2 yg negatif dan sentiasa mhalalkan yg haram..mereka yg dpt membezakan ant yg baik dan bruklaa manusia yg boleh dgelarkan open minded krn mindanya sentiasa tbuka utk menerima apa yg d,ajr,dlihat,dbaca dll…

    JG LAH DIRI ANDA SEADANYA….

    INI SKADAR UTK DKONGSI BSAMA… MGKIN AGK MBOSANKAN… MMFKAN SY,,, HYA SKADAR INGIN BKONGSI CERITA BSAMA ANDA….

  11. saya faham masalah saudari kerana saya berada di tempat yang sama. Malah saya lagi teruk kerana mencintai suami makcik saya sendiri dan pernah melakukan perkara yang tak sepatutnya di lakukan bagi pasangan yang bukan suami isteri. Sejak akhir-akhir ini, perangai dia dah berubah. Saya banyak kali ungkapkan kata nak berpisah dengan dia tapi saya tidak dapat melupakannya. Akhirnya saya menerima dia kembali. saya mengakui tidak dapat menerima dia menyayangi isterinya dan pernah memberi kata dua sama ada dia nak pilih saya atau isterinya. Saya benar-benar tertipu dengan pujuk rayu dan layanan beliau dengan saya suatu ketika dahulu dan amat menyesal kerana mencintai lelaki yang layak saya panggil bapa.

    • ya..penyesalan akan dtng kemudian..knpa lah sia tdk trfikir sblum sia terlanjur jauh..abis manis sepah d buang….kpd lelaki2 d luar sna jgn lah buat bgitu..pd kaum wanita…kmi kaum yg mahu di lindungi…perhatian..bukan kesemptan..tlong lah…

  12. Selalu ingat kata2 ini “lelaki yang baik untuk wanita yang baik”. tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan. kalau dah buat silap cepat2 menyesal dan bertaubat. Balik kepada Allah . itu aja yang terbaik.

    Pengalaman saya walaupun saya sudah bersuami saya masih juga diganggu oleh suami2 orang di luar sana yang ingin menggoda walau pun tahu saya isteri orang. Kalau tak kuat iman boleh cair dibuatnya. Tapi selalu ingat suami kita dan keluarga kita adalah yang terbaik. Kita maintain apa yang ada. Kalau kawin lain dan tinggalkan apa yang ada tak tentu kita lebih bahagia atau lebih kaya.

    So moral of my short story…… suami orang ni bukan saja akan test market pada orang2 single walhal bini orang pun kalau boleh dia nak test market. Saya tak kata semua suami orang tak baik, tapi yang segelintir tu lah. So hati2 lah dengan tipu daya mereka segelintir ni yang tak puas dengan 1 perempuan.

    So to all ladies out there “be smart”. Apa juga yang sudah berlaku baik atau buruk balik lah kepada ALLAH. Bersyukur lah kerana kita islam dan kita tau mana nak tuju dalam keadaan susah dan senang.

  13. i study bru sem1 so utk hilangkan boring n mencr info 2k pelajrn sy tlah brkenalan ngan sorang jejaka.dlm 3oan.mula2 nk brkalan je well boring sskali brknlan ok gk ramai membr.i rsa dia orang ny caring .ntah mcmna plak ble syg kat lelaki 2.setelah menerima pelawaan dia 2k brjupa so adala jumpa dlm 2kali.then xjumpa da coz i p praktikal.stlah blik dr praktikal i tringin sgt nak jumpa dia.pun nak sgt jumpa sy.di telh brjanji 2k jumpa sy dlm msa terdkat 2.tgu punya tgu smpai arinya xsmpai n hndset tutup.ble jd gla gk.i pun wtla bzkan diri sy.ptfny dia col nk bgtau la dia kt kg.mak dia sakit.so le tma gkla alasn dia.membr sy ckap bek tanya tul2mana dia p coz i pun xkesah gk sb alasan munsbh mak dia sakit.1 ari dia accidnt n mlm 2 dia kat uma adk dia pnjm keta.n guna no adk dia coz xda cdt.esoknya i colla adk dia 2k tanya dia da kwin ke blm.ambk ksmpatan 2k nakkn kebenaran.kenala do kan???dgn cara i sndr rahsia dia trbongkar.n shngga dia mengaku ank 3.i kecewa sgt atas nama sumpah dia le prmainkn sy.ya allah..ada gk orang gne ngatkan dia le tau pa 2 sumph.ada gk jumpa dia last RINDU.nk wt cmna . p i da jnji xkan jumpa dia lg.fk kan anak bini dia sedihnya hati saya.dia xnak lepaskan i coz dia sgt sygkan sy.bengong gk i coz i pun mmg sygkan dia.tp fk fmly dia XNAK sy gnggu rmhtga orang.skg dia da mcm xnak brhubg sgt.tp immg sygkan dia RINDU 2mmgla nak wt cmna da syg.TAPI LAKI ORANG>I HARP dapt lupakn LELAKI INI INsyALLAH>>>!!!skg xnak da bcinta kot FOBIA.yg dluar sana 2 janla bcinta ngn laki org n laki 2 pulak JGNLA menipu je keje KECIAN anak bini ANAK 3 pulak 2….CIKGU PULAK 2 adeh dunia dunia shhhhahhh

  14. JGNLA BRCINTA NGN SUAMI ORANG>>>>>SUAMI ORANG @ PULAK JANGLAH MAGTAL JE kEJE

  15. Inilah tajuk yg saya cari selama ni sebab saya pun dulu pernah terkena “bahana” ni. Saya pernah menjalin cinta dgn suami orang. Begini ceritanya….

    Ketika itu saya sudah bertunang. Saya bekerja di KL, tunang saya di JB. Bekas tunang saya itu seorang yg sangat baik (bagi saya la…). Jumpa mmg sangat jarang dan masa tu penggunaan HP masih belum “dasyat” cam skrg. Sekrg ni sape tkde HP kira kuno giler kan?

    ALAMAK!!!!! Sambung esok boleh tak, ada keje urgent!!!!!!

  16. mungkin gue gak ngerasain cinta,,
    tapi yang gue rasain sekarang cuma sebuah kasih dan sayang,,
    tapi,,apa mungkin rasa sayang gue ini bakal lanjut terus sampai nanti,gue juga gak mau kehilangan orang yang gue sayang sekarang…..!!!!

  17. sia ingin kongsikan bersama dan memohon kekuatan dr kmu yg prihatin..sia mangsa suami orng…sia mgenali nya bernama…j…hanya krn msalah mula2 tempat brtanya krn tugasnya dpt menolong mslah sia…lepas tu pandai dtng perasan rindu yg tdk dpt d control..bayangkan merindui seseorng yg tdk dapt sia ingat wajah nya bagaimana…krn fikiran yg benar2 bagai kan merindui..dgn seseorng yg udah lama menjalin kan hubungan cinta..bayangkan…sia berusaha mcari jalan keluar brjumpa sesorng yg bergelar bomoh..trnyata dia meyeru nma sia agar rindu stengah gila dgn nya…tpi tu tdk kekal hanya sementara aja…akhirnya dia dpt megambil ati sia..mecintai sia, myangi sia..hingga ketahap yg sgt trkutuk…dn akhirnya dia meninggalkan sia begitu aja alasanya..dia Tension, stress, dgn kluarga pekerjaan…Lelaki ni jgn kita layan kalau d layan akan mejadi2…tpi sia pasrah dgn nin smua krn dia mana ada kelemahan di situ ada kekuatan….smoga lelaki yg bnma j tu dpt insaf dan balilk ke pangkal jalan…

  18. hatiku milik Allah

    saya sangat berminat dengan topik ini “suami orang”…

  19. hatiku milik Allah

    sy remaja yg berumo 20 thn..tp sy ada pengalaman bercinta dgn suami org..percintaan kami hanya btahan setahun shj.(sy kenalkan dia sbg A) x dinafikan A mmg pndai bermain ayat2 cinta..semasa sy kenal dgn A dy dlm proses perceraian..sbb tu sy berani ambil risiko utk terus jalinkan hubungan dgnnya..mcm2 janji A nk kawin dgn sy..dia slalu bercerita buruk psl wife dia..sy sangkakan hubungan kami berjaya tp akhirnya dia sendiri pergi meninggalkan sy semata2 utk rujuk semula dgn wife n anak dia..alasan dia adalah x sanggup tgk anak dia kurang kasih syg ayah (ank sorg)..
    x sangka sy ditendang begitu shje..pengalaman ini buat sy jd lebih matang dan berhati2 dalam bercinta…kini sy lebih bykkan masa bersama family sy..semoga dia terima balasan atas perbuatannya..sy akan terus berdoa semoga Allah temukan sy dgn seorang lelaki yang lebih baik dan boleh membimbing sy ke arah kebaikan..aminn..

  20. mmg x nk somi org.tp yg sering mncul….somi org gk.bngung sb dri sy hnye ‘m’trk p’hatian’ somi org.pe yg m’trk nye pl,x thu lh.smpai t’pk,x kn la jdh aku…somi org.mtk djauh kn.pe pn,al hamdulillah msh mpu b’thn.mslh nye skg ni,yg t’bru ni…sy dpt mklmt yg x bpe psti,c die dh pn kwin.sy cbe lps kn n lpe kn die.sukar.tp sy NK LPS KN DIE N LPE KN DIE.mge trs dbri k’kuatn n k’tguhn iman dr-Nya

  21. betul kata penulis..
    suami orang nie ayat sume manis2…
    bile kite cakap nk tggalkan mereka..smpai hujung dunia dorang sggup cari kita…suami org nie memg pandai berlakon..mahukan kesenangn n habiskan duit
    pandai berpura2 kadg2 sehgga mngalirkan air mata pn sggup…

  22. tapi maccam mane law semua janji2 nyer di tepati tanpa mengabaikan keluarganyer,,disediakan segala keperluan termasuk rumah kereta n segala galanya??kasih sayang yang x berbelah bagi ,,adil membagi waktu..x pernah menyembunyikan dari pengetahuan isterinya??x nak saya susah ..risaukan keselamatan saya..??setakat ni cuma ada bantahan dari seorang anaknyer sahaja..delima saya memikirkan..kerana saya terlalu sayang kannya..

  23. saye berusia 23 tahun tika berkenalan dn suami org..dorg memg caring dan sgt ayat manis..mereka pandai menunjukkan yg dorg betul2 memahami dan bertanggungjawab..sewaktu saye bsame die, saye tau dia dh ade anak sorg, tp kerana pujukn dia..saye x mampu nk tolg,,,hingga la sekrg hbgn mncecah hmpir 5 tahun..dh sekarg die dh ade anak 4..kami masih bersama, dan akhirnya berpisah sbb saye dpt tau yg dia ade mjalinkan hbngn lain dgn isteri org pulak..hgga pmpuan tu sggup minta cerai..
    dan lelaki tu masih mahu menjalinkan hbgn kmbali dgn saya..saye sudah serik…hati2 lah dgn laki org nie..ramai yg jahat dari yg baik..!

  24. Amazing! Its actually amazing post, I have got much clear idea regarding
    from this article.

  25. Ermmm bercinta suami orang nii,mulut ja manisss..kadang jadikan tempqt hilangkan kebosanann atau kepuasaan nafsuuu jer….pengalaman aku bukan bercinta dengan suami orang tapi bakal menjadi suami orang…aku bercinta hampir setahunnn.ayat dia memang power klu dengar mmg conferm cairrr.aku berumur 24 dan dia dah 29, so lebih matang la pikiran dia tuuu banding aku niii.aku kenal dia melalui media sosial,tu yg kdng2 aku dah x percaya couple melalui benda tu sumenya dusta belaka…yg dijadikan cerita yg aku boleh sayang kat dia sgt tu,sbb dia pemberi sinar baru kat hdup aku selepas aku putus dgn ex lama akuuu….apabila jumpa diam asalah aku menjadi kurang dan x stress mcm dulu dahhh…hampir tiap2 malam call,klu x call rasa hidup x sempurnaaaa…..selepas setahuuunnn,tup2 dia kata nak pi indon.aku tunggu la selama 2 mingguuu…rasa sunyi gila x dapat call……saat2 yg ditunngu pun tiba,dia pun blikkk,excited gila dah aku niii….yg aku pantang sekali x boleh terima hakikat,dia kata nak kawin lainn atas permintaan keluargaaa.mana x nya tersirap darah akuu n meroyan la jugakkkk..tak ada angin ribut tup2 nak kawinnnn.bukan ngan aku,tapi orang lainnn la…..dia cakap kat akuuu,ni bukan kehendak diri dia,tapi kehendakkk keluarga..apakan daya…tapi masih stilll cakap kat aku cinta hati saya x pernah lupa kat awak….majlis persiapan perkahwinnnanya bakal menyusul tiba x lama lagiii,tapi masih still say i love you,,,,mmg aku pun aku ada perasaan lagi kat dia…..tapi sumerr tuuu sudah terkuburrr…..so,dalam 1.5 ni dia bakal mendirikan rumah tangga…so aku terpaksa undur diri bawa hati yg lara ni pergi jauhh.maaf aku x mampu nak menghadapinyaaa n selamat pengantin baru untuk awak n semoga bahagia ke anak cucu……..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s