Kenali hati, cinta lelaki

Romantis

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
 

About these ads

29 responses to “Kenali hati, cinta lelaki

  1. betul jugak apa yg diperkatakan 2……. mcm sayang aku….dia x ske kalau aku kritik benda2 yg dia ske ni…… bleh jgak buat panduan bg aku….heheheh

  2. Erm, panduan yang sgt bagus buat pasangan yg sedang berpacaran. Espcially untuk panduan WANITA.

    http://penamaya.wordpress.com

  3. cinta. ia memang telah menjadikan aku :wong cilek”.aku mengenalnya akan tetapi aku tidak bisa mengakrabinya. Aku menceburkan diri ke samuderanya tetapi selalu saja aku tenggelam tanpa pernah bisa mati. hai teman2, bila kalian mau mencari referensi tentang cinta, bisa mengunjungi blogku. http://www.maknacintasejati.blogspot.com. ……(wajib beri komentar lho).WAJIB AIN

  4. CINTA mEnJAdikAn y9 kUat mEnjadi LeMaH…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    jnGan tErGila2 dEngan cINta kaReNA CiNTA mEmbwt Kita GiLa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  5. insan kecewa

    aku tak tahu mgapa aku mudah jatuh cinta pd lelaki walhal aku th kelaki x mdh pndg pd diriku….lelaki skrg xpndg pd hati tp pd rupa yg cntk..BETUL KN??

  6. aku cinta padamu…jom sedutmp3

  7. cinta lagi cinta lagi.kok g bosen2 y.mf ku ikut mbaca tulisan n aku mo.q dah buat buku tentang cinta judulnya KEAJAIBAN CINTA. Belajar mencintai dan dicintai

    emailku.>>>>www.zaza_bigboas@yahoo.com

  8. no hp 081392497244

    q suka diskusi ttng cinta, aku utnggu

  9. cinta begitu indah pada saat kita bersama kekasih kita masing2 !

  10. wow!! minat2…

  11. @ sedang bingung tentang cinta yg sesungguhnya ne.Kt2 ne pas bgt untk hati @ Lhoo

  12. EMMMM….KADANG NYAKITKAN HATI JE LELAKI NI..TAPI YANG HERANNYA..KITA TAK PULA DAPAT BERHENTI MENCINTAI MEREKA…SAYE ADE BOPREN YANG ADE SIKAP MACAM D ATAS NU…

  13. cmne kalo org yg kte mnt,ske kt kwn baik kte..ape nk wt??

  14. kata ibnu al qayim aljauziah…cinta itu luas, teramat luas….hingga seorang manusia seperti kita terlalu sulit untuk mendefinisikannya…karena kalau kita sedikit melirik ilmu mantiq…definisi harus jami’ mani’ (in’ikas muttaridh). dan ketika kita mendefinisikan cinta, tapi masih ada hal yang memang secara ghalib tidak masuk pada area cinta, tapi secara bahasa itu bagian dari cinta, maka definisinya bathil.contoh…cinta adalah..bla…bla…artinya benci, marah, itu bukan cinta.karena anda mendefinisikan cinta secara ghalib, tapi tidak meliputi harfiah.harfiah….(hubbudunya, hubbullah).dan kalau anda mendefiniskan tapi tanpa meliputi isti’mal kata itu dalam penggunanya, maka tidak mani’. kalau tidak mani’, maka tidak jami’….dan itu bathil.ok!jadi..ga usah lah mendefinisikan cinta, cukup dirasakan kalau itu memang indah, dan ditinggalkan kalau itu memang menyedihkan.

    email: http://www.zaza_bigboas@yahoo.com

    blog: http://www.maknacintasejati.blogspot.com

  15. em…kdg atitude bf aku pun sukar nak diramal
    walaupun da 7 tahun kami berkawan…
    emmm…die suke tol wat aku naik angin….
    pastu die pon brangin same….
    pelik kan….
    orang kate api tak bley bertemu api….
    makin marak le jadiknye….
    agak2nye ape yang harus kitaorg wat utk mengatasi masalah ni,,

  16. dlu ak ada bf yg cm kt atas tau..ego n suke kongkong hdup ak.
    tp skang ak da bebas cm trlpas dr sngkar.skang ak da jmpe pngnti yg lbih memahami dri ak skang ne.smoge cnta kami brkekalan..amin

  17. prahara cinta

    tika lafaz ijabqabul termeterai….si isteri mempateri seluruh jiwa raga selaut cinta seluas alam. untuk yg bergelar suami..namun si suami ….tetap ada ruang untuk cinta baru dihari 2 yg mendatang…
    tiada lagi percaya pada cinta…… dambakan kisah kasih adam & hawa.
    .

  18. hmm….btul jgk ape yg kt atas tu…cik abg saye pun camtu……..tp entah lah…walau die wat mcm mne skalipun…hati ini x pernah berhenti mencintainya….hmmmmmmmm……

  19. cinta skr ditasir……….. lelaki jga skar difahami….. aku dah bertunang, tp Xknl2 n Xphm2 ngan skp tnang yg pelik2…… penin eden…

  20. fuh!!cinta sesuatu yg interesting!!hahahaha..berknlan ngan sorang lelaki melalui sms, terus mengatakn rase cintanye kpd ku..tnpe berjmpe..camne erk???lu pikir la sendiri!!!

  21. org kata cinta itu buta? betol ke? takut la nak jatuh cinta

  22. Fuhhh…….apakah itu ” CINTA ” ???? Pengertian cinta bagi diri ku begitu mendalam dan mempunyai makna tersirat dan tersurat di sebalik makna cinta itu sendiri. “CINTA” itu memberikan ku kebahagiaan yang luar biasa kepada diri ku… dan kekadang cinta itu bagaikan neraka hidup yang membawa kesengsaraan hingga di luar kawalan dan bisa menjadikan seseorang seperti insan terbodoh di dunia ini… kerana terlalu taksub dan terlalu memuja insan yang bergelar “LELAKI” fantasi cinta itu begitu meluas… pandai2 lah seseorang itu memdalami maksud cinta yang sebenar2nya… ketahuilah cinta itu sangat indah , menarik dan tertarik….

  23. Wakakaka..”cinta dah x dah maknanya lh pwen”

  24. Wooii….kmu crita pasal cinta’watpe nak pikir cinta mati ni’hidup kita nak enjoy jak lh pwen.

  25. cintailah cinta selagi ia msih ada untuk dicintai.dan hanya cinta padaNya cinta hakiki……..

  26. wakakakaka….mmg btol laa ape yang di tulis tuh..aku stuju sgt..laki mmg jenis c tuh

  27. aku dicintai…aku menyintai…perlu berkorban…siksanya diri ini…oh!lelaki…tidak sedarkah apa salah silapmu…kisah kita…hanya kita berdua yg tahu…berat mataku memandangmu…berat lagi bahuku memikul bebanan…bebanan yg kau alihkn padaku kini…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s