Aku Dapat Membaca Hatimu

Kutelahi lakaran tuturmu
yang terpapar di kanvas sopan
adalah siraman air rindu
yang mengalir ke muara
sayang.

Kutahu di sebalik pelangi
hatimu
terlakar potret cinta
yang kausembunyikan
di celah-celah kelopak ragu
yang masih membeku dan
padu.

Kunanti mentari jujurmu
memancarkan cahaya kasih
setelah kulabuhkan ceritera
peristiwa

Laila Majnun dan Syah Jehan
setia
tapi bibirmu masih
dibelenggu malu.

Usah lagi kaumelipat helah
kerana aku dapat membaca
hatimu
yang sarat perlu dan mahu
untuk kutakhtai satu persatu.

Kupasti manik-manik iman
yang tertanam di sanubari
akan mengalungkan seutas
takdir
merungkai kusutan yang
melanda.

NORDIN SAAD
Sri Tunjong, Perlis.

11 Respons bagi “Aku Dapat Membaca Hatimu”

  1. erin Berkata:

    kerana cinta manusia selalu lalai dan lupa.cinta juga buat manusia hilang pertimbangan.

  2. Acen Berkata:

    bagus buanget kata kata -kata aku bisa membaca hatimu.kalau bisa buat kata-katanya yang lrbih romantis

  3. Acen Berkata:

    karena cinta sesorang selalu membuat kita terpaku,cinta juga membuat kita menjadi orang yang tak bertg jwb dengan tugasnya

  4. sue Berkata:

    aku hidup kerana cinta..tiada cinta siapa lah..

  5. razak raizan Berkata:

    tinggi sgt r bahasa ni..
    kalu buat ayat yg simple br sy blh memahami..

  6. kumbang patah sayap Berkata:

    aku x berapa faham (x faham langsung..hehehe) .. dia punya ayat tunggang terbalik daaa.. no komen :-)

  7. Maulana Ridwan Berkata:

    Cinta??? Janganlah terlalu mengagungkan ‘cinta’.

  8. dyra Berkata:

    AnDy…………..aQ sAyAng bgt ma u???tpi knapa u tk prnh thu isi hatiku……..cinta yang ku rsakan hnyalah LuKa

  9. Dyra Berkata:

    Aku ingin Andy yang dulu yang sllu ada buat Aku.bkan Andy yang sekarang..cintaku besar bgt bt u…tulus bgt,,,,,,,,,,tpi knpa hatimu kni berubah,Aku masih disini untk u,,msh stia

  10. ryan Berkata:

    bagus tapi klo lbh baik pake bhsa seperti khairl gbran……….

  11. RINA Berkata:

    jika kau percaya pada cinta,cinta akan datang padamu bukan kau yang mengejarnya

Tinggalkan jawapan