Tanda kekasih curang

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
 

  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
  • Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

  • Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
  • Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

  • Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

    Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

    Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
  • Tidak lagi rajin menelefon anda
  • Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

     

    19 Respons bagi “Tanda kekasih curang”

    1. alone Berkata:

      Ada benernya..
      Tapi kemungkinan itu teramat sangat banyak..
      Mungkin pacar kita emang punya kesibukan lain,
      atau lagi ada masalah apa dalam hidupnya,
      yach banyak kemungkinan lah…
      Kalo udah gini ya mending ditanyain aja heart2heart ama pacar, pasti ada sesuatu yang terbaik….

    2. amred Berkata:

      Setiap sesuatu berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sama ada kita memperolehi yang terbaik atau terburuk. Ini bergantung kepada apa yang kita telah dan sedang lakukan.

    3. dd Berkata:

      aq ngga setuju dengan anda coz aq yakin bahwa dia ngga bakalan hianatin aq. biarin dia berpetualang mencari yang tarbaik untuknya. toh aq yakin bahwa aq yang selalu ada di hatinya dan akan tap kembali ke aq, krn klu tidak, aq lapor di pa hansip n aq suntik mati, biar tau rasa.Ei satu lagi dia ngga bakalan macem2 salx sebenarnya dia itu bae jadi ngapai juga ya aq khawatir.ok bos

    4. daratasia Berkata:

      yup..stuju sgt dgn point2 tanda di tinggalkn tu…kita hanye merancang,tp tuhan yg akn menentukan segala2nye…org yg terlalu sygkn kita blum tentu or blum pasti tidak akan tinggalkn kita..so,be carefull n trimelh sumernye dgn hati yg terbuka..life must go on…

    5. sab Berkata:

      saya suka dan tips ini…panduan utk gadis2 yg selalu tertipu dengan cinta. klu jatuh bangun dan fikir positif.selalu ckp kat diri diri yang kita mampu hidup tanpa dia.

    6. nenQzz Berkata:

      ada benarnya tuh..

    7. balqis Berkata:

      trima hakikat dan sedarlah siapa kita nak mempertahankan rasa sseorg pada kita..
      yakinlah semua yang berlaku msti ada hikmah yang tersembunyi..

    8. mastura Berkata:

      kadang2 sy rse runsing n curiga…….tp apabila sy mnanyakan dia,seolah2 jwapan atau alasannye sperti bnar…..aku syg pdanya hinggakan apa yg die ktekan aku mmpercyainya………………………..apalah hrus aku lakukan!!!!!!!!!

    9. fara_yard Berkata:

      erm… mgkin ada betulnya …. cm bertepuk sebelah tgn… right…

    10. ellysyah Berkata:

      kalau kekasih kamu curang baik tinggalkan aje la nanti tambah sakit hati….!!!!!

    11. PUSPA Berkata:

      saya setuju dengan isi bcan ditas,krna saya sudah mengalaminya….
      jika pasngan anda seperti di atas ya ditanya dunkz maslah pa,n cari jalan keluar
      jika tdk jelas PUTUSIN AJA…………………………………………..

    12. cute88 Berkata:

      apabila kekasih kamu curang…
      pecayala kita akan dapat merasa sesutu yang tidak enak disanubari kita…..
      perasaan itu akan timbul sekiranya insan itu amat kita cintai dgn setulus ikhlas…..
      i belive dat i saying…..
      b’coz i dah 2 kali melaluiny…….
      d most important trust ur heart whteva u feel…….
      almost its truth…..

    13. ima Berkata:

      memg kita tau die curang tp si dia xnk mengaku….sampai kita yang patt ckp yg kite nk putus…dengan itu die akan ckp kite yg punca hubungan ini putus kn….

    14. Quintas Berkata:

      sb tu tme cari tu kene tgk elok2..mate kne bukak luas2 hehe

    15. normiey Berkata:

      bila die cri slh kte,x smstinya kte curang….. mybe die juz cri excuse 2 tuk kpntingan die sndr……………………………………………………. makanye,jaga2 dong sama cowok yg gitu 2……………ati2 ya….huhuhuhuhu……..

    16. fredi dan agnes Berkata:

      ADA GA BENER Y,TP ADA BENER Y JG MLES W KASIH PENDAPAT SOAL Y KGAK PENTING TAU KLO DIA CURANG Y KITA CURANGIN LG SAMA KN

    17. cewek Berkata:

      BOSAN DAN BERJAUHAN BOLEH SEBABKAN SI DIA CURANG…

    18. erin Berkata:

      ada hikmah disebalik yg berlaku. tabah kan hati. buat bodoh jer kalu dia nak break. jgn nmpak bodoh. tapi jgn mengata or mengutuk dia. biarkan dia. tuhan akan balas balik. biar dia menyesal!!

    19. roh_88 Berkata:

      di dalam al-quran Allah s.w.t telah b`firman ;”lelaki-lelaki yg baik adalah utk perempuan-perempuan yg baik dan lelaki-lelaki yg jahat adalah utk perempuan2 yg sebaliknya.”

    Tinggalkan jawapan