Putus cara baik

Sememangnya bukan mudah bagi seseorang meluahkan hasrat perhubungan yang sudah sekian lama terpendam, apatah lagi sekiranya ingin memutuskannya.


TANYA diri sendiri, inikah perhubungan yang kamu inginkan selama ini? Adakah si dia menerima kamu dengan seikhlas hatinya? Adakah kamu berdua dapat menyelesaikan konflik bersama? Adakah hubungan kamu selama ini berjalan dengan baik? Bagaimana komunikasi antara kamu berdua?

Sekiranya keseluruhan jawapan yang diberikan adalah ‘tidak’, sudah tiba masanya untuk kamu berundur atau dalam erti kata lain, lebih baik kamu memutuskan saja tali perhubungan dengannya.

Mungkin ada yang berkata perpisahan itu amat menggembirakan tetapi hakikatnya, ia terlalu memeritkan sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan hati dan perasaan.

Harus diingat, kekecewaan dalam bercinta tidak akan berterusan sekiranya kamu bijak menurut kata hati dan bukannya perasaan. Jangan sesekali menyesal dengan pengucapan yang belum dijelaskan atau sudah dilafazkan.

Sekiranya kamu tidak sanggup lagi meneruskan perhubungan ekoran sikap atau kurang persefahaman di antara kamu berdua dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan perpisahan, ikuti beberapa tip di bawah ini.

Tip ini diberi agar kamu tenang melafazkan perpisahan dengan baik, tanpa berlakunya sebarang persengketaan.

Pertimbangkan masa dan keadaanSejak kebelakangan ini, kamu merasakan begitu sukar untuk meluangkan masa atau mencipta sesuatu keadaan dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Adakalanya kamu terpaksa mencipta satu masa yang emosional. Ia adalah perkara penting dan merupakan jalan terbaik untuk kamu memulakan perbincangan.

Kamu juga tidak harus mengelakkan berjumpa dengan si dia, takut nanti kamu pula yang akan ditimpa musibah. Ikuti langkah di bawah ini.

*Tidak salah untuk kamu meluahkan hasrat yang terpendam selama ini, tetapi sikap memahami keadaan yang berlaku ketika ini haruslah diambil kira. Jangan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa menyedari apa yang dirasai si dia ketika itu. Contohnya, jangan sampaikan niat kamu itu di saat si dia baru saja berhadapan dengan masalah peribadi atau kerja.

*Had perbualan kamu berdua di telefon sebelum memutuskan pertemuan yang terakhir. Jangan sesekali memberikan sebarang maklumat yang menyatakan kamu bersedia berjumpa dan meminta kata putus.

Buat keputusan terbaik atau tepat Biarpun ini adalah perkara yang berat untuk dikatakan, terutama apabila kamu terlalu rapat dengannya atau menyintainya, kamu perlu bijak membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.

Kamu perlu membuat kesimpulan dalam hal berkaitan percintaan ini. Segala keputusan terletak di tangan kamu. Contohnya, kamu seharusnya memikirkan perbezaan persefahaman atau ketidakserasian yang melanda diri kamu.

Tiada seorang wanita pun yang ingin mendengar cintanya diputuskan dek angkara dirinya kurang menarik atau kamu sedang tergila-gilakan sahabatnya.

Kamu seharusnya melakukan keputusan yang positif untuk diri sendiri dan bukannya disebabkan faktor orang ketiga atau sebaliknya. Untuk membantu kamu mencipta keputusan yang terbaik, cuba senaraikan alasan munasabah sebelum kamu berterus-terang dengannya secara matang.

Bicara di antara kamuWalaupun tujuan kamu ini dianggap baik, jangan sampai diketahui umum. Dengan kata lain, cara penyampaian kamu itu seharusnya dilakukan secara peribadi, bukannya di khalayak ramai.

Ini kerana, segala tindakan yang kamu lakukan itu boleh membuatkan dirinya berasa tercabar dan menambahkan lagi keegoannya. Pilihlah tempat yang privasi untuk kamu meluahkan keputusan itu.

Tidak dinafikan, begitu sukar bagi seseorang meluahkan hasrat untuk memutuskan perhubungan yang telah sekian lama dijalin. Oleh itu, kamu juga boleh menyampaikan hasrat ini secara bukan lisan iaitu menerusi surat, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel.

Harus diingat bahawa jangan sampaikan kata putus itu tanpa dia sedari atau di belakangnya. Lebih baik, berterus-terang secara langsung.

Profesional dengan pengucapan Kamu sudah memikirkan untuk memutuskan hubungan dengannya sebelum ini, tetapi segala keputusan yang dinyatakan itu membuatkan si dia berasa bersalah. Ketika itu, kamu seharusnya bijak mengatur langkah dan keadaan sekiranya si dia terkejut dengan keputusan yang kamu lakukan.

Untuk mengelakkan perkara ini berterusan, jangan hubungi si dia sebelum kamu berjumpa dengannya untuk memutuskan perhubungan. Ini akan menyebabkan berlakunya reaksi yang di luar jangkaan.

Fahami personaliti pasangan kamu, sebelum memberi kata putus. Walaupun kesedihan si dia boleh dilihat pada wajahnya, kamu harus bersikap profesional dengan apa yang akan diucapkan.

Jangan mengakhiri perhubungan dengan perbuatan di luar jangkaan seperti bergaduh atau memukul.

Ikuti tip bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan:

*Kamu haruslah memahami keadaan si dia ketika itu, walaupun dia memperlihatkan reaksi yang kurang menyakinkan kamu untuk melafazkannya.

*Ucap kata maaf sebaik sahaja kamu menyampaikan keputusan itu kepadanya.

*Lakukan persiapan bagi setiap persoalan dan alasan yang hendak dijelaskan. Perhatikan semula alasan yang disenaraikan sebelum kamu menjelaskan kepadanya.

*Cuba elakkan bahasa tubuh ketika berbicara dengannya.

*Yakin dengan diri sendiri. Jangan sesekali berasa diri gagal untuk menyatakan keputusan.

Pelihara hubungan berdua Ini adalah keputusan yang berat untuk kamu lakukan. Jangan sesekali menjauhi si dia sebaik sahaja kamu memutuskan perhubungan. Pelihara hubungan, biarpun tiada lagi ikatan cinta di antara kamu berdua.

Tidak perlu menelefonnya pada setiap minggu. Tetapi sudah cukup untuk menanyakan khabar pada hari jadinya.

Jangan mengatakan:

*”Mungkin suatu hari, kita akan diketemukan kembali.”

*”Sebahagian diri saya hanyalah menyintai dirimu.”

*”Saya tidak dapat menyintai orang lain selain dirimu.”

*”Okey, berikan saya waktu untuk menerima kamu semula.”

Sumber: http://www.lovesagame.com

About these ads

13 responses to “Putus cara baik

  1. Tips yang baik untuk pasangan yang inginkan perpisahan secara baik….

  2. tips yang patut di ambil sebagai panduan

  3. saya ngn kekasih saya dlu..
    kini sahabat..
    mgkin dia berat hati lagi nk lpskan saya camtu je..
    n masing2 taknk kehilangna diri masing2..
    punca nya sikap saya kecoh dalam hbgn..e2 jer..
    rasa cam boleh btlkn balik..
    p tak tahu lah saya..

    • sye sdg brcinta..
      dan sye sgt2 mncintainya…
      tp…dlm hti ini kuat mngatakn yg sye bkn utk die..
      dan skrg…hbgn ini msih diteruskn…
      krna bg sye…cnta ini tiada pghlgnya..

  4. putuz cinta emang nyakitin tapi klo ne jalan yang terbaik z knpa nggak..tips yang sngat membntu

  5. salut dueh buat tips kamu. TOP abiz

  6. hmmmm……
    berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikulnye…
    yg melafazkan mungkin berat untuk melafazkan…namun yg menerima, lebih berat lagi penanggungannya….
    bukan mudah bile putus cinta….bukan mudah merawat hati yg luka……..kalau awal2 hati xkuat pada die, rasenye lebih baik jangan bercinta….sebab kelak akan melukakan……….luv takes time to heal when its hurtin so much…..

  7. thnx atas tips tu…ia akan membantu ku di suatu hari nanti..n wat lagi tips2 berguna..peace~

  8. Sukar untuk hati ku melupakan nya,tapi ada satu cara untuk ku melupakan nya…… Minggu terahir,terahir ku hidup di dunia……..GOOD BYA Yani…I love u yani forever….

  9. postingannya sangat bagus,,,bisa dijadikan cerminan untuk sikap yang lebih baik,,,putus cinta tapi tak putus ukhuah islamiyahnya,,,
    terima kasih….

  10. sy syg dye p dye menkan prasaan sy…

  11. hmmmm,,,,thankss tipsny,,,,,semogaaa ini membantuuuu saya untuk mengatakannya,,,,,dannn semoga dy menerimaa dengan iklass,,,,,krn saya sudah tak cinta lagiiii,,,,hikksss maafff.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s