Madah-madah Cinta

April 29, 2007

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


Mutiara Kata Cinta

April 27, 2007

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya  anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.


Orang Yang Kita Sayang

April 16, 2007

Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…


Madah Romantis

April 4, 2007

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Untuk membaca koleksi madah cinta yang lain, sila klik http://cintadearhaniey.wordpress.com/tag/madah-cinta/
 


Cinta

Mac 29, 2007

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.  Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi.  Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.  Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati.  Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada.  Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.

Oleh Myelina Tashiro.

Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/mahligai


Kata-Kata Cinta

Mac 15, 2007

Untuk membaca kata-kata cinta, sila klik http://koleksicinta.blogspot.com/2007/03/kata-kata-cinta.html


Madah Cinta Sepanjang Zaman

Februari 23, 2007

Untuk membaca madah cinta, sila klik

Mutiara Kata Cinta Sepanjang Zaman


Cinta

Februari 13, 2007

Cinta itu cahaya yang menyinari kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.  

Memburu cinta memang baik, tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik. ~ Shakepeare

Cinta itu kehidupan kedua; ia tumbuh dan membesar di dalam jiwa, menghangatkan urat saraf dan bergatar pada setiap denyutan nadi. Joseph Addison

Cinta itu kunci yang membuka setiap kamar hati seorang lelaki. ~ J.H. Evans

Rahsia untuk dicintai ialah dengan menjadi pencinta, dan rahsia untuk menjadi pencinta ialah dengan menjadi orang yang tidak mementingkan diri sendiri.  ~ J.G. Holland

Cinta bukan sesuatu untuk diperdebatkan, diberikan alasan dan tawar menawar. Cinta adalah sesuatu untuk diberi, untuk dirasai. 

Cinta itu terlalu subjektif untuk diperkatakan dan setiap insan mempunyai persepsi yang berlainan dan kemungkinan sama mengenainya. Berhati-hati dengan cinta .


Untaian Madah Cinta

Februari 11, 2007

love.jpg

Andai di dunia ini tidak ada cinta, maka hidup akan serasa gersang, hampa dan tidak ada dinamika. Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang sulit menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.

Mencintai tanpa memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencinati penuh dengan ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.

Cinta itu anugerah. Hargailah setiap anugerah yang diberi kerana tak semua yang diberi akan dapat berulang-ulangkali.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Jika kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya yang justeru menunggu kita. - Oscar Wilde

Cinta memang sulit difahami kerana cinta punya sejuta warna sehingga akan sulit untuk melukisnya

CINTA ! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta. Malah dalam sekelip mata juga hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci, rindu menjadi dendam.

Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah cinta

 


Cinta Itu Anugerah

Februari 9, 2007

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya

Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.