Category Archives: Mutiara Kata

Kata-Kata Motivasi

Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya, teruskan usaha sehingga anda mencapai apa dicitakan

Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikirkan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Jika kau tidak disibukkan denga kebaikan, maka kau akan sibuk dengan keburukan

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita

Ejekan, cacian, makian itu semua hanyalah hasutan negatif yang perlu diabaikan, teruskan hidup dengan pemikiran positif.

Hati yang bersih akan bergetar hanya kerana sentuhan yang kecil. Sementara hati yg kotor tidak berguna baginya nasihat dan ancaman

Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Madah Pujangga

Kalau inginkan kesejahteraan setahun…
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun…
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun…
Maka..didiklah manusia

Madah Pujangga