“Ekin memang teman istimewa saya,” kata Asmawi Ani, 28, atau Mawi ketika mengulas gosip hubungan cintanya dengan model dan pelakon, Nora’ Ashikin Rahmat, 29.
Katanya, dia dan Ekin belum lagi membuat sebarang persiapan untuk berkahwin.
“Begitupun, segalanya kami serahkan pada jodoh. Insya-Allah sekiranya ada rezeki dan tiba masanya satu pengumuman khas akan dibuat,” katanya sambil diperhatikan Ekin yang duduk di sisinya di majlis minum petang bersama 13 artis lelaki popular anjuran Lord’s Tailor di sini, semalam.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan bakal mendirikan rumah tangga Disember depan.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Ekin, Mawi berkata, sebelum ini, bukan dia tidak mahu mengaku, tetapi menganggap ia isu peribadi.
“Saya menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu timbul kekeliruan. Saya juga tidak mahu orang menuduh saya hipokrit atau penipu. Sebaliknya, sekarang ini adalah masa paling sesuai untuk saya menyatakan perkara sebenar,” katanya.
Menurut Mawi, karekter gila-gila dimiliki Ekin yang tidak pernah menimbulkan masalah membuatkan dia berasakan pelakon drama bersiri, Kawan itu wanita paling sesuai untuk dirinya.
Sementara itu, Ekin tanpa berselindung berkata, sepanjang berkawan dengan Mawi, mereka tidak pernah membicarakan soal bila hendak berkahwin.
—————
Dunia Mawi: Restui cinta kami
ASSALAMUALAIKUM. Kali ini biar saya berterus-terang mengenai hubungan saya dan Ekin yang sekian lama menjadi tanda tanya media dan peminat.
Saya sedar hubungan ini hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi. Namun, tidak pernah terlintas untuk menagih populariti melalui kontroversi sebegini.
Cukuplah apa saya lalui selama bergelar artis. Kisah silam masih terpalit kesannya hingga ke hari ini. Saya tidak faham bagaimana dan mengapa kisah seperti inipun boleh dibesar-besarkan.
Saya juga manusia yang punyai perasaan ingin dicintai dan mencintai. Beri saya peluang untuk menikmati kehidupan seperti insan lain.
Bukan sengaja berahsia, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Apabila jadi bahan usikan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, macam-macam maklum balas yang saya terima. Ada yang suka dan tidak kurang juga mencerca.
Bayangkan, bagaimana tekanan yang saya dan Ekin terima dan sebab itu kami memutuskan untuk merahsiakannya sehingga benar-benar bersedia berkongsi pada ABP lalu.
Hakikatnya, kami serius Julai tahun lalu. Saya menyenangi Ekin. Saya selesa dengan sikapnya yang sempoi, gila-gila dan matang. Paling penting, dia ikhlas berkawan dan memahami karier saya.
Dalam soal bercinta, saya tidak mencari tetapi perasaan itu datang dengan sendirinya. Bagi saya, tiada istilah paksaan, malah cakap-cakap orang yang Ekin menggunakan ilmu hitam terhadap saya tidak benar sama sekali. Saya ikhlas mencintai Ekin, begitu juga dia. Tiada anasir tidak baik wujud antara kami.
Jangan menaruh syak wasangka dan menjatuhkan hukuman terhadap Ekin. Apapun kata orang, pada mata saya dia gadis dan anak yang baik.
Mohon saya, beri kami peluang. Restui dan doakan yang terbaik buat kami. Andai ada yang tidak menyenangi keputusan ini, kemaafan saya pohonkan. Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang.
Hubungan kami bukan sekadar suka-suka, ada impian untuk melangkah ke jinjang pelamin. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada apa-apa perancangan. Saya serahkan kepada ketentuan, cepat atau lambat saya terima dengan hati terbuka.
Saya gembira kerana keluarga merestui hubungan kami. Saya sudah bertemu keluarga Ekin, tetapi belum menyuarakan hasrat menyunting Ekin sebagai suri. Insya-Allah, andai sudah tertulis jodoh kami, rombongan akan menyusul nanti.
Soal karier lakonan Ekin, jika itu minatnya, saya tidak menghalang. Bercinta tidak bermakna saya boleh mengongkong Ekin, begitu juga dia. Mungkin persefahaman ini menjadikan kami serasi.
Dikirim oleh Haniey 
Dikirim oleh Haniey 
Dikirim oleh Haniey
Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, tidak dapat menatap wajah terakhir adiknya yang meninggal dunia, kelmarin, selepas terlepas pesawat sambungan di Bangkok, semalam.
DETIK BERSEJARAH: Engku Emran mencium dahi Erra selepas majlis akad nikah di Restoran Puteri, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, malam tadi





