Madah Cinta Pilihan
Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.
Julai 9, 2007, 9:28 am
CINTA ITU SUNGGUH INDAH….
Julai 11, 2007, 10:38 pm
cinta itu indah tapi awas
Julai 13, 2007, 4:38 pm
Perkara yang paling memedihkan hati kita ialah bila kita menyedari orang yang kita cinta mencintai orang lain…..
Julai 14, 2007, 5:04 pm
cinta hanya kepada yang mencintai kita….
Julai 15, 2007, 11:42 am
cinta amat membahgiakan kita, hargailah cinta terhadap insan yang kita cintai……
Julai 18, 2007, 1:48 pm
sakitnya saat aku tau kalau…..
aku tak pernah ada di hati kekasihku, melainkan sahabatkulah yang ada di hatinya.
Julai 31, 2007, 4:01 pm
Cinta ini terlalu indah dan susah mau diperkatakan…….. cinta dgn manusia akhirnya merana sedih…. cinta pada yg esa adalah cinta sebenarnya…
bukan apa ini adalah kata2 yg pernah ku alami………
Ogos 4, 2007, 4:59 pm
Jgn sesekali anda memendam rasa terhadap org yang anda cintai…Luahkan kpdnya
Ogos 8, 2007, 6:29 pm
Cinta ialah CINTA. Perkataan lain yang paling hampir ialah SAYANG, pada kedudukan yang paling tinggi, dalam bentuk yang paling cantik. Sifatnya sementara. Kehendaknya abadi. Banyaknya satu. Begitu keadaannya, maka kepada siapa ia harus ditujukan?
Ogos 16, 2007, 8:31 am
cinta itu indah apabila kita mencintai dan di cintai
Ogos 18, 2007, 11:23 pm
amat pedih jika memendam rasa cinta terhadap org yg dicintai..
tapi lebih pedih jka org yg dicintai mencintai org lain…
Ogos 22, 2007, 12:12 pm
Aku pnh kehilangan lelaki yg amat aku cintai..sampai skg,aku msh xdpt lupakannya wlau pon dah ade p’ganti..aku xthu nape ngan aku..tp tu lah yg b’laku!
Disember 13, 2007, 11:38 am
assalamualaikum,,
memangler susah nak lupa,,,
ila ingat ila sorang je jadi cam daisy ni
rupa²nya daisy gitu gak
huhuuh,,,
cediyyyyyyy
Julai 2, 2008, 11:54 am
cinta itu terlalu buta..walaupun prnh disakiti,ht ini msh ttp syg..
btul ke pe yg aku buat ni??2 kali di lukai ttp ht msh nk maafkn die..
kadang-kadang terasa diri ni mcm diperbodohkan..