10 Rahsia Cinta

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Advertisements

18 responses to “10 Rahsia Cinta

  1. haiiiiiiiiiiiiiiiiii……………… terimah kasih atas saran-sarannya semoga ini menjadi panutan bagi saya.thanks banget untuk semuanya

  2. dulu aku percaya kt dier tp pas berkali2 dier wat hal susah lah nk percaya balik… nk wat camner erk????

  3. kerennn……our greatest love of all will come true….

  4. GHAN, KAU LA SAHABATKU DUNIA AKHIRAT. TIADA YANG LAIN YANG DAPAT M’GANTIKAN MU…..TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT DI SEPANJANG HAYATKU….KAU MERUPAKAN ANUGERAH YANG TAK DAPAT KU LUPAKAN SAMPAI BILA-BILA…….LOVE YOU FOREVER AND FRIENDSHIP NEVER DIE!! HA!!

  5. hai slm kenalan….. lebih lanjut.. kol me at 0198796254…

  6. sahabat indah jika di intikan dengan kasih sayang,kejujuran serta mempercayai antara satu sama lain…..kawan memang mudah di cari tetapi keikhlasan dan kefahamannya terhadap kekurangan diri kita amat susah untuk di cari….jgn biarkan keegoan kita untuk memohon maaf dan memaafkan menguasai diri kita…..funny you are the best my friend….jgn kt hncrkan persahabatan yg hampir 12 tahun kita bina di sebabkan orang lain….ka di ibaratkan bintang di langit yang paling cerah yg dapat memberikan cahaya kepada aku di kala aku di dalam kegelapan……frenz forever….semoga persahabatan kita di warisi oleh ank2 kita dan semoga tuhan yang maha esa memberkati persahabatn kita……….Amin…..

  7. allop guys….hope u r fine this space…

  8. cinta x semestinyer bersama
    kadang2 cinta perlukan pengobanan
    jgn salahkan orang lain kalau kita putus cinta
    nilai diri sendiri sebelum kita menyalah kan orang lain
    jujurlah dengan cinta
    kerana cinta itu indah………….

  9. cinta agung hanya pada Allah..

  10. cinta datang dari hati yang suci….cinta datang dengan mudah dan pergi jua begitu mudah….kerna cinta seseorang insan tidak kekal selamanya…tetapi cinta yang kekal selamanya ialah cinta kepada ALLAH S.W.T…..tp xsemestinya tidak boleh mendapatkan cinta seorang insan…cinta kepada insan juga dapat dibawa ke akhirat……………

  11. CINTA ITU INDAH…BAHAGIA SANGAT BILA DIRI KITA DICINTAI….LUV U SO MUCH SYAUQI NAIMMY…=)

  12. one moment i know that I…. one words i know that LUV… one person i know that HER…

  13. cinta adalah stu anugerah yang terindah jika kita memiliki pasangan yang tepat.cinta juga boleh menjadi suatu yang ditakuti jika kita tlah mndapat insan yang salah…
    perasaan tidak boleh di bendung jika kita seringkali dikhianati…disakiti…hati kita bukan untuk di sakiti…cinta kita bukan untuk di persendakan…
    sayangilah pasangan anda setulusnya.

  14. cinta tanpa jiwa tak mungkin kekal selamanya…oleh itu kita mestila mencintai pasangan kita dengan sepenuh hati,jujur dan ikhlas krana semua ini akan menjamin kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan….

  15. bukan karena CINTA ‘N SAYANG,,,tapi karena KETULUSAN,,,,!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s