Firasat Tidur

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu …. teratak_!!up.gif

Advertisements

8 responses to “Firasat Tidur

  1. amende.. kalau tak tidur 3 hari 3 malam, dapat tidur takde tergayanya. haha ;p

  2. kalau bicara soal tidur gue paling males membahasnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    tapi tidur itu merupakan suatu anugrah yang sangat indah!!!!!!!!!!!!!
    kalau km nggk percaya coba km rasakan sendiri deh!!!!!!!!!!!!!!!

  3. ermmm bab tido ni kan, merupakan satu nikmat…kalu tak percaya, tanyalah org yg kena sakit insomnia…kena telan pil tido baru boleh berdengkur…

    bila bab tido ni kan,ada satu perkara yg teman nak ajak kengkawan sama2 pikior…coz teman pon dengar dari org lain gak… katanya, masa tido kita ni kan, adalah antara aktiviti harian kita yang ambil masa yang panjang dari nyawa kita…setiap hari…katakanlah 6 jam sehari kita tido…tu yg tido betui2, tak ambik kira yg terlelap kat pejabat masa bos tak mandang…hehehe

    mari kita kira sikit… kalu sehari 6 jam kita tido, maknanya 1/4 dari sehari hidup kita. Kalu kita diberi nyawa 60 tahun, ermmmm 15 tahun habis kat tempat tido…

    Kalu tido kita macam tidonya ayam, itik dan makhluk2 lain, maknanya 15 tahun umo kita habis gitu saja untuk rehat…….tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalu kita ambik seminit dua untuk tido ikut sunnah & amalan nabi saw seperti baca doa tido, baca 3 surah Qul, baring atas lambung kanan dengan dada menghadap Qiblat…at least takat tu pon aja, tido kita selama 6 jam sehari tu akan dapat pahala…bukan pahala biasa, tapi pahala yang ikhlas…mana ada org tido dengan riak kan… so, coba bayangkan, 15 tahun free pahala untuk dibawa mengadap Allah nanti…

  4. ish..ish..ish…x sangka rupernye aku ni sorg yg suke bergossip, patut r x-roomate panngil aku ‘mama razzi’ huhuhu…

  5. apakah benar semua yang ditulis di web ini?
    maaf bukannya saya meragukan semua isi yang ada di web ini……..

    kalau boleh tau anda dapat referensi dari mana?atau anda melihat dari sudut pandang mana?

  6. Ternyata bgtu to…q t pemboros y?v,y mudah2n z pnghsiln q bnyk.so,boros jg gk p2.yg pnting kn bnyk duit.

  7. kira-kira anda bisa jelasin gak tipe org penidur kayak apa….atau kata lain tipe orang yang suka tidur……????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s