Suatu Renungan

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.
 

Advertisements

5 responses to “Suatu Renungan

  1. Kita selalu didengarkan dengan “Hidup kita, kita tentukan sendiri”. Namun kata-kata tu hanya bermakna bagi mereka yang sedang mengecap kejayaan dalam sesuatu.

    Bagi mereka yang sering kecundang, ada yang terus menyerahkan pada takdir, putus ada dengan dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Biarlah keadaan yang menentukan halatuju hidup, walhal kita mampu menentukannya.

    Putus asa bermakna mengenepikan segala harapan yang mungkin. Bila kita berhenti mengharap, maka kita akan berhenti berusaha, dan secara tak langsung akan mensasar jauh dari jalan hidup yang lebih baik.

    Sesuatu yang baik itu tak datang dengan mudah. Easy come, easy go. Jangan mudah mengalah dengan apa yang kita hadapi. Sebuntu manapun usaha kita, pasti ada jalan lain untuk menyelesaikannya.

  2. maybe you’re right….Speechless…
    ———————————–blank————————————–

  3. yah..hidup adalah sebuah pilihan. semuanya tergantung pada kita, apakah kita akan mengakhirinya dengan baik, sangat baik atau bahkan buruk.

  4. baru saja, aku mengalami hal buruk dalam hidup ini…dan dari situ aku malah jadi mengerti apa arti hidup itu sendiri, seperti yang banya mereka bilang hidup itu memang pilhan.
    awalnya aku pikir semua akan berakhir samapi disini, ternyata tidak!aku merasa harus bangkit, berdiri lagi, dan berjuang demi seseuatu yang terkasih.

  5. Pingback: suatu renungan « aQ saYaNK kLUArgA_Q…daN saHAbAT”_Q

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s