Cinta perlu sentiasa dipupuk

BIARPUN cinta baru berputik atau sudah lama mekar, kasih mesti dipupuk umpama semalam baru berkenalan.

Ada kalanya apa yang dilakukan dianggap remeh tetapi ia tetap mencetus rasa bahagia buat si dia. Jika rasa hubungan mulai hambar atau memikirkan cara untuk membuat si dia lebih terpikat, perkara berikut mungkin boleh direnung:

> Jika rajin menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), kata-kata yang anda gunakan juga boleh membuat hatinya tersentuh.

Pesanan dengan kata-kata ringkas dan lembut lazimnya mencairkan si dia, berbanding pesanan meleret dengan pelbagai idea yang mungkin membuatkan kita sendiri rasa malas membacanya.

> Jika anda gemar menghantar e-mel pula, cubalah menghantar gambar e-mel romantik sesekali. Bukan selalu, nanti si dia rasa anda mencuba memikatnya secara keterlaluan pula hingga mungkin membosankan.

> Sikap spontan memang mampu membangkit semangat. Sesekali ajaklah si dia menonton wayang di tengah malam atau secara tiba-tiba mengajaknya memandu ke destinasi yang tidak dirancang.

Naluri sebegini memang mudah menceriakan suasana terutama jika seorang daripada anda terlalu sibuk dengan kerja seharian. Sesekali merehatkan minda dengan aksi spontan tentunya mampu mencatat kenangan manis buat anda berdua.

> Selidik apa yang sangat diingininya tetapi masih tak mampu dimiliki. Barang yang diingininya itu mungkin kecil saja tetapi jika anda berjaya mendapatkannya, tentu dia cukup menghargai.

> Si gadis yang sudah biasa hidup sendiri dan berdikari pula, usah terlalu mengharap si dia melakukan segalanya untuk anda bila sudah berteman. Sesetengah lelaki mungkin rasa bosan jika si gadis terlalu bergantung padanya sedangkan sebelum ini segala benda boleh dilakukan sendirian.

Lelaki juga mungkin kurang tertarik pada gadis yang serba-serbi nampak lemah, seolah-olah tidak mampu melakukan sebarang kerja.

Berdikari dan berani bukan bermakna si gadis mahu tunjuk kuat tetapi ada kalanya ia menjadi satu tarikan menawan buat si lelaki.

> Unsur kelakar dalam perbualan usah dilupa kerana ia mampu membuatkan anda lebih disenangi. Si dia juga mudah rasa selesa dengan orang yang sering tersenyum berbanding mereka yang sering mempamerkan muka masam mencuka.

> Katakan padanya anda mengasihinya. Usah malu atau terlalu menyimpan perasaan.

Luahan hati bukan saja romantik tetapi membuatkan si dia tahu isi hati anda. Apa yang penting, apa yang anda ungkapkan itu perlulah ikhlas, bukannya dibuat-buat sekadar untuk mengambil hati.

> Sekiranya selama ini anda mengharapkan isteri menyediakan hidangan di waktu pagi, apa kata jika si suami pula menghargai isteri tersayang dengan mengambil tugas menyediakan sarapan pagi. Tentu berbunga-bunga senyuman manisnya.

> Bersyukur pada apa yang kita miliki kerana antara lain, ia membuatkan diri kita sihat secara fizikal dan emosi.

Advertisements

2 responses to “Cinta perlu sentiasa dipupuk

  1. hargai setiap orang yang berada di sisi kita…. kita x tahu bila die akan melangkah pergi meninggalkan kita… dan apabila saat itu telah tiba, bru kta sedar yang dia adalh orang yang kita paling cintai….

  2. Pingback: cinta pertama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s