5 Tips Dalam Berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

 Sumber artikel:  Cyperhackz.net

12 responses to “5 Tips Dalam Berpasangan

  1. salam… diharap anda dapat tinggalkan linkback ke source di mana anda dapat artikel ini. artikel ini ditulis oleh saya sendiri dengan dibantu oleh kekasih saya. jadi diharapkan mendapat sedikit penghargaan untuk kami berdua.

    btw adakah anda masih baru dalam dunia blogging? adalah amat penting untuk meninggalkan link di dalam entri anda sekiranya anda memperoleh artikel tersebut dari website seseorang. ini adalah untuk menunjukkan betapa anda menghargai hasil penulisan dan nukilan seseorang seperti mana anda menghargai penulisan anda sendiri. walauapapun, semoga anda berjaya dalam dunia blogging. terima kasih. :)

    -cypher.

  2. maaf cypherHackz, sy dapat artikel ini dari forward email yg dihantar kenalan internet saya kerana dia tahu sy mengumpul artikel cinta..

    jadi, kerana itu saya tidak tahu bagaimana mahu letakkan linkback ke source kerana dia tidak menyatakan dari mana sumber itu diperolehi dan saya takut utk meletakkan namanya kerana tahu dia bkn penulis asal..

    terima kasih krn memberitahu saya artikel itu ditulis oleh saudara, ini memudahkan saya untuk meletakkan sumber artikel..

    sy menghargai segala tulisan anda…dan terima kasih atas ucapan dan nasihat..

  3. owh…tidak mengapa. just tertanya di mana anda mendapat artikel itu. adakah dari forum, website2 lain atau dari website saya sendiri. rupe2nye kenalan internet anda yang memberikannya. walauapepun, terima kasih diucapkan kepada anda. :)

  4. eHm kayakna TIPs na bNr N Oche bgtzz decH…
    Tapi emang smua na t’gantung bnr dgn pa yg kita miliki N yakini..
    coz na da Cinta pasti na karna da rasa..rasa tuh ada ya krna da 2 hati pasti na…
    he2..
    Info na keren dech..
    tHz

  5. assalamualaikum dearhaniey,
    I’d found your blog nie,while sufing the net,jumpe this wonderful blog of yours..
    byk artikel2 yg menarik n izza ari2 akan baca,sumtimes izza ringkaskan your penulisan n tambahkan perasaan izza n pendapat izza n put it in my blog jugak..lepas baca kata CypherHAckz tue,izza will publish your name gak if izza post entries base on your penulisan or from your blog..^^ teruskan post entries kat cnie k!

  6. Cinta itu adalah sesuatu yang indah. maka bercintalah anda semua dengan rasa keharmoniaan yang jitu.

    Link jangan tak link ya.

  7. ditinggalkan mmg sakit tapi kena terimalah kalau itu sudah hakikatnya
    dats y jgn letakkan 100% harapan dalam percintaan
    bunyinya nampak kejam, tapi demi diri sendiri juga..
    bila dah hancur..taklah susah sgt nak bangkit dari kesakitan ditinggalkan

  8. setiap yg pernah sy lalui sy slu terfikir untuk merubah segala kekurangan dalam diri saya apa sebab yg mnyebbkan sy slu gagal, rupanya dlm dr ramai wanita memg benar tiada sifat sabar dan terlalu mngikut kata hati..sabar sgt penting dlm apa jua bntuk ujian yg melanda..jgn mendesak dan hanya mahu di turutkan kemahuan kita semata2..disamping berdoa moga insan yg kita sygi di lindungi Allah slu..

  9. hai…ungu suka bace artikel2 psl cinta…..mmg bagus utk panduan hidup berpasangan….truskan mengeluarkan artikel2…..ungu setia membaca… :)

  10. cinta memang hal yang sangat membahagiakan hati,
    tapi jika cinta itu tak dapat kita jaga maka dia akan pergi untuk selamanya
    mungkin setiap manusia pernah merasakan cinta, namun cinta itu ada dalam berbegai macam.
    seperti :
    1.cinta dalam hati
    2.cinta bertepuk sebelah tangan
    3.cinta abadi
    4.cinta yang tak akan pernah dilupakan
    saat ini gw merasakan cinta yang mungkin tak akan pernah gw lupakan, gw mencintai seorang cowok yang telah memiliki pacar namun cinta gw tetap abadi hingga akhirnya gw pisah darinya,dia scul distm sedangkan gw dismansa.
    2 tahun gw pisah dengannya, gw ga pernah bertemu lagi,hingga akhirnya gw memilikinya, dia mencintai gw dengan tulus.
    namun, kebodohan gw dia pergi dari hidup gw,
    hubungan gw ma dia cuma berjalan selama 5 bulan itu pun 2 bulan dia telah berubah
    disaat perubahannya gw mengetahui ternyata dia mempunyai pacar baru namanya yuni sakit banget law mengingat hal itu, orang yang gw cayang n cinta ternyata menghianati gw.
    akhirnya gw minta putus darinya walau berat rasanya untuk melupakannya
    kini, gw sudah mempunyai pacar namany…….. tapi wlau kini gw telah punya yang baru tapi gw masih akan tetap mencintai cinta pertama gw selamanya…………….

    to: randy eko saputra anak smk n 3 klas 3 jurusan mesin tahun ajaran 2008/2009

  11. petua yg mnarik..tp cmne kalo psngan kte sniri xnk mmahmi n brtolak ansur?kalo kte je sniri yg asek kne bwt cmtu,1ari nnti msti xpuas ati jgak kn..?kalo psngan kte da xnk brtolak ansur n mmahmi,tue tnda mungkin ke psngan kte da xnk or xske kte lg?

  12. syifatheperitiey

    haloo..laki tak sumenye baik
    .perempuan also like that
    so klao nak kekal mesti la kena caye satu same laen
    cubela ja\gn menipu
    cite je ape2 pon baek ke buruk ke ,,jgn sembunyi2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s