Lima Cara Pulih Merana

Lazimnya wanitalah yang akan terasa dan kecewa setiap kali gagal bercinta. Namun akhirnya ramai yang gagah mengatasinya dengan cara mereka sendiri. Berikut adalah petua yang dikatakan mampu memulihkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa si dia.

1) Jangan menghubunginya lagi. Padamkan terus nombor telefonnya,dapatkan kad sim baru bagi memastikan dia tidak menelefon anda semula. Buatlah sesuatu yang berfaedah dan positif dalam mengisi masa.

2) Lakukan senaman seperti berjalan kaki,berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium.Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru.

3) Keluar saja dari rumah pada hujung minggu bersama keluarga atau sendirian. Ini boleh dilakukan dengan mengunjungi pameran, menonton wayang mahupun ke kompleks membeli-belah.Terperap di bilik akan membuat anda lebih sengsara apa lagi kalau memencilkan diri dari dunia luar.

4) Telefon sahabat dan keluarga terdekat juga adalah satu terapi yang baik.Apa lagi dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat mengenai diri dan membuat anda berasa selesa.

5) Hias semula bilik tidur dengan susun atur yang berbeza termasuk menyimpan segala benda yang boleh mengingati si dia semula. Bekerja dengan lebih tekun agar minda sentiasa bekerja dan tidak hanya memikirkan kekasih lama.

Selamat Mencuba.

Advertisements

13 responses to “Lima Cara Pulih Merana

  1. memang berkesan..masa saya putus cinta dulu…semua 5 diatas saya buat..memang berkesan…alhamdulillah saya dapat melupakan semuanya.

  2. yup… thats a correct idea….. memang berkesan…. i juga pernah mencuba kelima lima cara di ats… so memang boleh mengatasi sengsara…

  3. bangkit lah dr kekecewaan lalu..dunia belum kiamat!

  4. emmm…i da bleh lupkan my bf..
    untuk ape kita ingat pada org yg x menghargai kita…
    semua tue sia2..
    bangunlh…masih jauh perjalananhdp kita..
    msh ramai lg pencinta setia diluar sana yg dpt bahagiakan kita…..adios…

  5. sy msh x dpt lpekn bf sy…sy t’lalu m’yayangi die…

  6. Sy prnh cb bt pkare d ats, tp smpi skg msh x dpt lupe’nya.. cinta sy t’lalu kuat utknya.

  7. sy p’nah ikut cara tu..but sekjap jer.,…sapa skrg still x blh luper dia…

  8. kdg2 ap yg kt nk,xsmestinya kt dpt
    so,just try 2 accept it

  9. saya blm lagi mencba tips di ats….but i will try to do that as soon as pssble…i bru je clash ngan my boy….i hope its bekesan…

  10. kayaknya tips diatas bagus juga eva akan coba.

  11. mmg pedih klu kite yg setia dpermainkan mcm tu jer..tp mcm mner pun kite harus percaya ttg suratan yg telah ditakdirkan utk kiter dn ALLAH yg menentukan jodoh ajal dam maut kite. bnyakkan igt kat Allah, allah AKN BANTU KITER.

  12. mcm klau susah nk handle msalh klau asyik tringat prkara lalu?wlaupun cuba buat sprti prkara di atas..tapi time sndirian,msalh tu dtg tiba tiba…waktu tu la tringat smula..kekawn semua yg sama ngn mslh cam ni,minta tunjuk ajar anda semua… trimas kasih. dari,
    insan yang trlalu myayangi sahbt.

  13. aku akan cube..susahnya nk mlupakan die.,kdg2 jiwa ni mrintih sendiri,..entah bile la smua ni akan slesai. tiap kali sendiri,hati ni jgk yg menangis..pedihnya. aku sudah serik dlm bercinta! biar la ianya berakhir di sini saja..(^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s