Tiga Orang Pengembara

Suatu malam tiga orang pengembara memacu kuda merentasi padang pasir. Ketika melintasi sebatang sungai yang kering kontang, para pengembara itu terdengar suatu suara mengarahkan mereka berhenti.

Mereka patuh pada arahan itu. Suara itu kemudian menyuruh mereka turun dari kuda dan mengutip batu-batu yang terdapat di dasar sungai. Ketiga-tiga pengembara mengagau di dalam gelap mengutip batu-batu kerikil dan memasukkannya ke dalam poket.

Suara misteri itu seterusnya berkata, “Kamu telah ikut arahan aku. Esok kamu akan berasa gembira dan juga sesal. Sekarang tinggalkan tempat ini”

Ketiga-tiga pengembara memacu kuda mereka hingga ke hujung padang pasir. Apabila matahari memancar keesokkannya, pengembara-pengembara itu menyeluk poket masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka, batu-batu yang mereka kutip malam tadi telah berubah menjadi batu permata berharga!

Seketika itu juga mereka teringat pada amaran yang dikeluarkan oleh suara tersebut, “Kamu akan gembira dan kesal”. Betul, mereka gembira kerana mendapat batu permata tapi kesal kerana tidak mengambil lebih banyak lagi.

Begitulah manusia, mereka memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

—————

Komen Haniey:
Kisah ini menyedarkan saya bahawa dalam kehidupan ini manusia sebenarnya tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki sedangkan kita disarankan untuk sentiasa bersyukur dengan segala rahmat yang Tuhan kurniakan kepada kita dan menghargai segala yang kita ada.

Advertisements

2 responses to “Tiga Orang Pengembara

  1. kisah teladan yg bagus!

  2. Cerita boring .. Ada bagus agik ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s