Kisah Silam

Kisah silam ini sebenarnya sejarah. Dalam hal ini, seorang ahli sejarah pernah mengatakan bahawa sejarah itu penting dan untuk maju dalam kehidupan, kita perlu sering melihat sejarah.

Ahli sejarah itu memberi perumpamaan menempuh hidup ini ibarat memandu kereta dan melihat sejarah pula, seperti melihat cermin sisi.

Jika kita memandu kereta di atas jalan raya sibuk tanpa melihat cermin sisi, pasti kita akan kemalangan.

Begitu juga menempuh kehidupan. Jika tidak melihat atau lebih mengambil iktibar daripada sejarah yang beraku, pasti kita berdepan kegagalan kerana kita mungkin mengulangi kesilapan yan pernah dilakukan sebelumnya.

Bagaimanapun, kata ahli sejarah itu, satu perkara yang paling penting ialah dalam menjalani kehidupan, kita cuma sesekali saja perlu melihat ke sejarah dan bukan sepanjang masa. Jika kita sentiasa memandang sejarah saja, sah kita akan gagal dalam kehidupan.

Sama juga seperti memandu kereta. Jika kita asyik melihat cermin sisi saja dan tidak melihat ke depan, pasti kita akan kemalangan.

~ Dang Setia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s