Transformers filem aksi terhebat tahun ini

TRANFORMERS yang mula ditayangkan pada 28 Jun lalu di seluruh negara kini menjadi sebutan ramai. Tidak keterlaluan dikatakan, Transformers merupakan filem aksi terbaik setakat ini untuk tahun 2007.

Berbekalkan dengan adegan aksi yang cukup mantap dan ditambah pula dengan teknik kesan khas teknologi imej janaan komputer (CGI), Transformers berjaya membuat penonton melekat di kerusi pawagam untuk tempoh melebihi dua jam. Malah, penulis yang menyaksikan filem ini juga terasa dua jam itu bagaikan dua minit sahaja.

Penulis juga terpegun menyaksikan teknik CGI yang boleh dikatakan ‘out of this world’. Betapa kreatifnya pembikin filem Hollywood untuk menyakinkan penonton untuk menonton filem ini. Sememangnya Transformers sebuah filem hebat dan menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kepada mereka yang masih belum berkesempatan menonton Transformers, baik anda melangkah ke pawagam berhampiran anda sebelum terlewat. Hanya pawagam sahaja menjanjikan persembahan terbaik untuk menonton filem sehebat Transformers.

Selamat menonton!

Fakta Menarik Transformers

* Penonton Malaysia bertuah kerana menjadi penonton terawal di dunia yang dapat menyaksikan Trans formers apabila filem itu memulakan tayangannya pada 28 Jun lalu. Filem ini hanya ditayangkan di Amerika pada 2 Julai lalu.

* Kos pembikinan filem ini berjumlah AS$150 juta (RM510 juta) dan mengambil masa selama 16 bulan untuk disiapkan iaitu bermula dari Februari 2006 sehingga Jun 2007.

* Siri animasi Transformers bertahan selama empat musim bermula tahun 1984 dan berakhir pada 1987. Mula ditayangkan di kaca TV pada 17 September 1984.

* Sebelum munculnya versi filem yang terbaru ini, pada tahun 1986, sebuah filem animasi yang berjudul The Transformers: The Movie pernah ditayangkan.

* Penerbit eksekutif filem ini, Steven Spielberg, merupakan peminat setia Transformers. Malah, dia sendiri mempunyai koleksi komik dan permainannya. Bukan itu sahaja, ketika dia bermain permainan tersebut dengan anak-anaknya, dia yang lebih teruja.

* Pengarah Transformers, Michael Bay pada mulanya menolak untuk mengarahkan filem ini kerana baginya, Transformers merupakan sebuah filem permainan yang bodoh. Begitu juga pendapatnya terhadap filem Indiana Jones: Raiders of the Lost Ark (1981). Bagaimanapun setelah menyedari filem-filem itu telah menjadi sebuah filem klasik, dia akhirnya bersetuju untuk menjadi pengarah filem ini.

* Pakar CGI filem ini mengambil masa selama 38 jam untuk mencipta satu pergerakan Transformers.

* Satu watak dalam Transformers iaitu Bumblebee, merupakan sebuah kereta Volkswagen Beetle. Namun, Michael Bay melakukan sedikit perubahan dengan menjadikannya dari jenama Chevrolet Camaro kerana Bay tidak mahu penonton membuat perbandingan dengan Herbie the Love Bug yang pernah ditampilkan dalam filem Herbie: Fully Loaded.

* Slogan filem ini ‘Their War. Our World’ pada asalnya merupakan slogan untuk filem AVP: Alien vs. Predator (2004) yang pada saat akhir ditukar kepada ‘Whoever wins…we lose’.

* Untuk membuat transformasi robot kepada kenderaan dalam filem ini, formula matematik telah digunakan bagi mendapat pengiraan yang tepat.

* Tarikh tayangannya dipilih sebelum skrip dan pemilihan pelakon dibuat.

~ Petikan Utusan Malaysia

Advertisements

4 responses to “Transformers filem aksi terhebat tahun ini

  1. cite ni mmg best tapi perubahan2 yg dilakukan oleh pengarah dan seangkatannya mengecewakan. Klau cite yg berdasarkan komik, animasi, kartun yg asal..perlu la ikut yg asal gak… xperlu la ada alasan xnak penonton wat perbandingan..muka optimus prime ngn megatron pun x ikut spesifikasi asal…yg ako pelik tu nape la steven bagi michael bay mengarah walhal dia bukan peminat setia so acuannya sure la dah lain sket..baik dia je yg mengarah..ibarat jurulatih bola tampar yg xminat bolasepak pastu suruh jadi jurulatih bolasepak hehehehe….watever cite ni aku dah tgk gak kat panggung wayang..kira orait la….bleh la tahan terutama masa autobot suma transform..kira teruja gak la..

  2. x kira sapa yang mengarah,,,,,,,,,,tp mmg cite ni best tau
    teruja plak bila tgk story ni
    mula2 ingat cite bdk2 tp upanya cite syiok…hahahah

  3. crita ni mmg amat menarik bagi penonton2 baru transformers sbb penggunaan teknologi canggih dlm filem tanpa mmbuat perbandingan dengan watak asal karektor autobots tersebut. layan je la har har..sekali tgk je dah ok la bagi ako.

  4. Pingback: Transformers info and links

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s