Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Hawa Suka Gunakan

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening
Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

Advertisements

15 responses to “Perkataan Lazim Yang Sering Kaum Hawa Suka Gunakan

  1. tambahan;

    WHATEVER

    selalunya digunakan apabila dia da fedup atau takmau mengaku kalah.

  2. bagaimana pula yang suka merengek??

  3. tambahan lagi:jgn pedulikan saya…itu yg aku cakap kat tunang aku kalo aku marah dan aku akan mengeluh dgn kuat sekali siap dgn mata membulat,…

  4. MY FAV WORD..

    WHAT EVERRRRR…
    NTAHLAH…
    SUKA HATI LAH..

    hehe itu masa mrah ajer..

  5. satu lagi
    O MAI GAT
    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

  6. Kaum hawa adalah satu kaum indah ciptaan Allah…. Bersyukurlah…..

  7. Aku baru sedar benda ni…. Tapi dah terlewat…

  8. if me more like two say
    UP TWO U..
    when dah boring n fed up gan guy two..
    kalau diorg tak paham bahase laa..
    heheheee..

  9. betl 2..sokong sangat2..kenapelah lelaki nie susah sangat nak paham perempuan.kite bukan naknye nak ape2 dari die..i sayang sangat dengan lelaki yang sebenarnye lelaki..sebab selalunye lelaki nie bile time mengurat dulu,semua sanggup..ape2 je bole,x suruh pun nak jugak..tapi bile dah dapat kite semua 2 ntah kemana.macam2 alasan yang diberi..kite yang sebagai perempuan nie mengalah jelah sebab mals nak gaduh2..betul x??bukan ape..my boy 2..geram sangat kat die..klu majuk pun bukannye die nak pujuk..adoiiiii!!!nasib2..;-(

  10. huhuu…
    btol2…
    nth la…
    cmne lak?
    laki ni biol la…
    xpnh phm pmpuan..
    bnci tol…

  11. entoh la… xthu nk kabo pe dah……!!!!hehehh:B…

  12. em……

  13. Btl lah tue…. Tapi korang semua dah beso pandai-pandailah bawa diri…..
    Cuma satu pesanan aku sayangilah awek anda….

  14. kalo ex-bf aku time marah suke cakap g mampos kat aku.. aku sabar jer.. mengalir air mate sb die sampai hati ckp cm tuh.. so skang nih aku rase tnang sebab die dah pegi dari hidup aku.. dan aku xkn dgr lagi perkataan yg die sebut tu.. Alhamdulillah sbb ALLAH dah pisahkan aku dgn die…

  15. aku suke ckap oarg benci abg..ble keteorang gado..
    tapi ble aku ckap cmtu..bertambah mara die kat aku..
    tpi yg bestnye keteorang x arnah gado lame..paling lamepn seharije

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s