Sengatan Asmara Terlarang, Bekas Kekasih!

Wanita yang matang biasanya pandai menguruskan perasaan. Kekuatannya terletak pada keyakinan diri bahawa dia tidak akan mahu larut dalam emosi negatif yang merosakkan peribadinya. Isteri yang solehah faham dan yakin hanya suaminya sahaja yang berhak atas hati dan cintanya. Satu untuk selamanya, dunia dan akhirat. Walaupun sang suami bukan cintanya yang pertama tetapi biarlah cinta anda yang terakhir hanya untuknya. Jika bekas kekasih hadir lagi mengisi ruang hidup anda, bagaimanakah cara menguruskan hati dan perasaan agar kesuciannya dapat dijaga?

1. Jangan sesekali berikan peluang memori indah mengelabui perasaan anda

Sesungguhnya syahwat yang menyengat hati itu lebih ganas daripada sengatan kala yang berbisa. Wanita sememangnya memiliki perasaan yang jauh lebih halus berbanding lelaki. Di sudut hatinya pasti tersisa kenangan manis ketika masih bersama kekasih pertama. Hal ini tidak mungkin dapat dinafikan, namun anggaplah ia sebagai suatu mimpi yang sememangnya bukan realiti. Sesiapapun boleh hadir di hati anda tetapi hanya anda yang memegang kendali ‘hati’ anda sendiri bukan lelaki itu. Jika lelaki itu menganggu perasaan anda setiap hari mungkin hati akan tercedera, sakit dan lemah. Akhirnya anda akan menuruti syahwat yang keji . Apa pun kita boleh mengatasinya dengan perawatan hati yang lebih intensif. Cuba mengubati hati anda dengan mengingati Allah SWT, berdoa sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW : “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati hamba di atas jalanMu”

Kemudian berikan hati ubat pelali daripada sengatan asmara terlarang. Apakah ubatnya? Sibukkan hati anda dengan ibadah. Berpuasa boleh melemahkan otot-otot syahwat yang tegang. Sembahyang yang khusyuk boleh menjadi meditasi terbaik untuk melenyapkan kotoran yang keji dalam hati. Jika anda mahu terlepas dari memori asmara terlarang itu, jangan biarkan ia mempengaruhi perasaan anda kerana sehebat mana pun pujuk rayunya, jika anda tidak melayan , dengan izin Allah ia takkan menjadi.

Jadi, jangan layan! Ramai lagi orang yang rindukan layanan anda. Tumpukan hidup anda untuk kerjaya, suami dan anak-anak tercinta.Itu semua sungguh menyibukkan hari anda. Jadi, mana sempat untuk melayan memori asmara yang sudah basi!

2. Ingatlah kemanisan cinta suami yang telah lama membina impian bersama anda

Bangkitkan suasana romantik dengan suami, pergi bercuti untuk honeymoon agar perasaan cinta anda berdua semakin kuat. Jangan sesekali membandingkan suami anda dengan bekas kekasih. Jika anda lakukan itu, sebenarnya anda telah membuka satu pintu untuk si penceroboh masuk ke laman hati anda.

Isteri yang kerap menyebut kekurangan suami pada hakikatnya dia telah membutakan matanya sendiri. Mungkin banyak kelemahan suami anda tetapi jangan lupakan kelebihan dan kebaikannya yang lain. Misalnya suami anda jenis tak pandai nak memujuk atau kurang romantik, tetapi selama ini dia sanggup menjaga dan melindungi, memberi kehidupan  yang selesa untuk anda dan anak-anak . Jika bekas kekasih anda pandai memuji, memujuk dan merayu, belum tentu dia sanggup berkorban sepertimana pengorbanan suami yang telah pun terbukti pengorbanannya sepanjang perjalanan rumahtangga anda. Isteri pasti menyimpan kenangan indah sewaktu berkenalan dengan suaminya dahulu.Yang manis elok diingat, yang pahit jangan sesekali diungkit.

3. Kemanisan

Mengapa Allah SWT menjadi anda berdua pasangan yang serasi? Kerana kelemahan anda menjadi ‘tarikan’ bagi suami untuk menguatkannya dan begitu pula sebaliknya. Oleh itu anda dan dia sentiasa saling merangsang dan tarik-menarik ke arah medan magnet cinta. Hiduplah dengan gembira di atas kelemahan dan kelebihan yang dianugerahkan Tuhan. Semua itu sebahagian daripada kemanisan bercinta.

Wanita yang beriman kepada Allah SWT dan setia kepada suaminya berhak ke atas semua pintu syurga apabila dia sanggup menjaga diri dan maruah seperti mana janji dan jaminan dalam sabda baginda SAW yang bermaksud, ” Apabila seorang wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara kemaluan dan kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka dia berhak masuk ke dalam mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Jangan biarkan hati isteri yang solehah dikotori oleh khayalan tentang bekas kekasih. Hati biarlah suci kerana di situlah jatuhnya pandangan kasih dan rahmat Allah.

Moral: Sayangilah suami dan keluarga anda. Jangan biarkan keutuhan rumahtangga anda diganggu oleh kenangan-kenangan lama anda dengan bekas kekasih.

Oleh: Dr Haji Juanda Bin Haji Jaya
 

Advertisements

13 responses to “Sengatan Asmara Terlarang, Bekas Kekasih!

  1. peranan suami juga amat penting utk elak isteri curang/ingat ekkasih lma. Jadilah suami yang terbaik, ikon dimata, kekasih di hati!

  2. perempuan baik untuk lelaki yang baik? itu satu igauan!

  3. Banyakkan beristifar dan berzikir. Jangan biarkan nafsu serakah menguasai diri. Terimalah pasangan anda seadanya dan bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNYA. Insyaallah kita pasti beroleh kemenangan dan keberkatan di dunia maupun akhirat. Wallahua’lam.

  4. Terima kasih untuk penulis, aku punya mantan pacar yang sampai sekarang masih menempati satu ruang di hati saya. Saya tidak pernah bisa melupakan dia, tapi saya selalu relistis untuk melihat ke depan dan bukan kebelakang. Saya sampai pernah puasa daud untuk menetralisir hati saya dan menerima orang yang meminang saya ( sekarang jadi suami saya ). Walaupun saya sudah mempunyai suami dan 2 anak, jujur saya tidak akan pernah melupakan cinta pertama saya. Tapi, Alhamdulillah sampai sekarang ( dan Insya Allah sampai akhir hayat saya ) saya tidak pernah menghianati keluarga saya. Makasih banyak untuk penulis yang membantu saya membesarkan hati saya.

  5. ayoo sama-sama mendekatkan diri kepada Allah SWT san KHALIK

  6. SAMEKOM. SAYA PUN ADER PENGALAMAN TENTANG BEKAS KEKASIH, SERIK SIUT. SAKIT ATY JE MENGENANG KAN .DAH LAH TIPU LEPAS 2 DIE BGI SAYA JELES. DIE BERMESRA DGAN POMPUAN LAIN KAT DPAN SAYA. SAKIT ATY SAYA. TOLONG LH BG SAYA TIP UNTUK REDAKAN SAKIT ATY SAYA NIE. TLONG.

  7. a’kum.saya x ingt langsung bekas kekasih walaupn byak kenangan manis n dia.coz dia slalu tpu saya semasa bersamanya.suami saya segalanya.

  8. saya ada xbf dulu….dan masih trkngkannya …sampai skg . Saya berdoa, smbhyg dan segalanya…termasuk mandi bunga utk leraikan ingatan sy terhadapnya, namun…ttp tidak sirna. Pelik sungguh knp sy boleh mengingatinya sampai begitu…mgkin…krn tekanan hidup dari pelbagai aspek menyebabkan ia jadi begitu..dan sy mmg sygkan dia…walaupun dia tidaklah sesempurna mana….kerana sy juga tidak sempurna mana…

  9. gimana ya sekarang cintaku terlarang karena aku mencinta pacarnya temen aku sendiri,yang ku anggap terlarang karena aku cinta mati pada nya.

  10. emmmm,laki ne sbnrnya makin d syg napa makin jadi.

  11. saYa ada seorang kkekasih,memang sayang sngt kat dia r,tapi….
    last minut bru dia terus terang yang dia 2 cuma nak couple ngn sia sebab boring n nak mengisi sakit atinya ngn xgf dia…

    memnag sia pcaya sangat la coz dari awal dia g tw yang dia uda brek ng gf dia,tapi ada suatu masa 2 sia terbaca msg kat hpnya,yang selama ne sia x pena pn kcu tw sentuh….
    sia pnya sakit ati,sampai karang sia sukar nak cakap nak maafkan dia tw x…

    mulut berkata uda maafkan dia tapi jauh dalam hati ini sukar nak mengatakan maaf….
    adakah saya x smpurna,adakh firstlove very important dalam hidup,
    kata putus pn x,nak gantung jk hubungan ne….
    saya buntu dah,apatalagi saya sedang saraf mengandungkan anaknya….
    bila kuajak kawin dia tak nak,saya nak wat pe….
    aku buntu,apa nak sia buat….
    sakit sangat ati…….andainya dia d tempat sia ne,n rasa pa seorang perempuan tanggung…

    sampaikan hati ne meraung jauh mengatakan napa ada seorang budiman yang sanggup buat saya cam ne,pantas ka dia punya anak…..tak pantas dia jadi seorang ayah!!!!!!!!

    sakitttttttttttt??????

  12. berkasih ni memang nikmat tapi bila kecewa besenya perempuanlah yang merana.

  13. Howdy! I’m at work browsing your blog from my new apple iphone!
    Just wanted to say I love reading through your blog and look
    forward to all your posts! Carry on the fantastic work!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s