Menilai makna tersirat

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:

– Dia sayang dan takut kehilangan anda

– Dia mahu menguasai anda

– Dia tidak mahu ada pesaingan

– Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.

——

Komen Haniey:

Seriau kalau bertemu lelaki ayat ‘power’..kah!kah!

Advertisements

14 responses to “Menilai makna tersirat

  1. takat ayat je power tapi “nothing” buat apa kan?

  2. tP cOw tHu kbaNyakan hNya nafsu saJa

  3. tertarik dengan yang ini..

    “Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.”

    haha. sebab saya tengah mengalami nya skarang.

  4. nailofar
    saya pun tgh hadapi benda yang sama harhar…

    nway mmmg lelaki ni hatinya lembut..itu diakui oleh kawan lelaki saya..yg kjenya cops…

  5. heheh mmg slslu t’jd lelaki cm nie…ati lmbut jgk kalo kne pd waktuynyer..

  6. pencinta lelaki

    Lelaki yg ayat power.. memang tak boleh harap! makin manis mulutnya.. makin bahayalah orgnya.

  7. nak tanya? Apakah maksud nya sekiranya pada mula2 dia selalu hntr SMS tetapi slps date pertama, dia jarang hntr SMS? Adakah maksudnya dia menolak saya?

  8. kalau seorg lelk diam tandanya mrh… tp kalau yg jnis mesej jarg2 pa plak??
    mesej time dia rasa nak mesej bleh tlg gtau

  9. lelaki ni bile die da dapat ape y dier nak.. pujuk rayu dier dlu hanco..lebo..

  10. lelaki..biase ar.. mase ngurat..pegh sms tak tinggal.. sebulan ngurat, jaga baik punya..
    call ar.. sume nya la..
    tapi bila dah couple, ai..macam hilang ingatan.. hahahaha…

  11. ORANG LELAKI BUKAN BLEH PCYE……………………… LELAKI YANG KUAT MRAJUK 2 BRMKSUD LELAKI 2 DAYUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS……….!!!!!!!!!!!!

  12. em…lelaki hidung belang @ playboy nie…pandai ayat ‘power’…berlakon pun pandai…sebagai wanita kita harus berhati-hati…jangan cepat melatah…fahami dulu sikap sebenar mereka…kenali siapa diri lelaki itu dengan uat catatan diari supaya senang nak buat rujukan kemudian…0126342245

  13. Pingback: My Blog » Blog Archive » Destinasi cinta…..

  14. camne klau llki jrang sms tp die kerap call
    pe mksudnyer???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s