Tabiat Chatting Yang Sihat

Anda seorang raja chatting? Jika hidup anda banyak berada di depan PC dari malam sampai ke pagi, online dan chatting 5-6 hari seminggu, 4 minggu sebulan dan 12 bulan setahun maka anda memang raja chatting. Ada kes di mana raja chatting lupa nak mandi, lupa nak gosok gigi dan lupa tidur…. malah lupa sembahyang kerana keasyikan berchatting.

Dalam minda anda memikirkan bahawa anda sedang berdua-duaan, bercerita tentang nasib, bercerita tentang perasaan, bercerita tentang cinta, bercerita tentang hatibudi, bercerita tentang kehidupan yang kosong, tiada kesefahaman dgn pasangan, tiada kenikmatan hidup dan mengharapkan sesuatu dari chatting maka sebenarnya anda sedang dilanda dadah chatting.

Chatting peringkat itu belum boleh dikatakan berkhalwat. Tapi bila anda keluar untuk bertemu dengan pasangan chatting dari jantina berlainan maka suatu dunia baru menjelma. Mungkin anda terkejut dgn dunia baru itu. Boleh jadi orang yang anda temui benar2 sesuai untuk menjadi pasangan anda dan boleh jadi sebaliknya. Boleh jadi org yg anda temui jauh daripada gambaran awal anda. Boleh jadi orang itu jejaka tampan atau gadis yang cantik, atau seorang janda atau duda, atau isteri orang atau suami org. Kesemuanya akan menjadi nyata bila anda keluar.

Chatting yang sihat:

1. Yakinkan diri dan hati, kalau chatting itu boleh sebagai saranan dakwah, saling mentausyiah, bukan untuk menebar kata-kata mesra nan cinta. Memulai dengan satu kata cinta, boleh menggoda jutaan kata cinta lainnya muncul nanti. Akhirnya teman menjadi “berkenan’

2. Kadang dari hati ini muncul hasrat yang cenderung pada nafsu, kerana itu jaga sikap dan kata-kata untuk tidak merosak dan menghilangkan tujuan dari ta’aruf dan ukhuwah itu sendiri. Ta’aruf itu sendiri untuk saling mengenal, demikian juga ukhuwah, boleh men nambah saudara.

3. Jangan terjebak pada permainan kata-kata, katanya mahu memberi perhatian, tapi berlebihan, macam suami isteri saja. Kata-kata manisnya, “Jangan lupa makan ya, nanti sakit, kan tak jadi chatting lagi!”, atau “Wah… anda pasti manis, kelihatan dari tulisannya” atau “Kalau sudah mau tidur, sebut namaku dalam hatimu ya, dan mimpikan diriku, bla… bla… bla…”

4. Jujur kalau ditanyakan data pribadinya kalau sesuatu sudah dimulai dengan pembohongan atau sesuatu yang tidak baik, bagaimana menjamin proses selanjutnya?

5. Kalau memang hal ini memberi nikmat, tidak boleh dijamin tak terjadi zina hati, sebaiknya hindari chatting dengan lawan jenis, kecuali dengan suami atau isteri sendir.

6. Chatting itu kan hanya sebuah alat, kerana itu masalah atau mudaratnya bergantung kepada kita, mahu mencari kebaikan atau sebaliknya.  Kalau cari kebaikan anda akan memperolehinya kalau mencari keburukan anda juga akan memperolehinya.

~ Author Unknown

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s