Pernikahan Ina Naim dan Suhaimi

ina.jpg

“Peminat kami dari hati, bukan daripada populariti. Jadi, rezeki Allah tetap ada, tak kira status bujang atau sudah berkahwin” kata pasangan artis pengantin baru, Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim dan Mohd Suhaimi Saad, 27, yang selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara pada hari Ahad 12 Ogos 2007.

Ketika khutbah nikah dibacakan Al-Syeikh Taufiq Datuk Kiyai Shamsuddin, beberapa kali butir air mata mengalir ke pipi Ina dan Suhaimi tenang mendengar segala amanah yang akan dipikulnya sebaik sah menjadi suami kepada Ina.

Kesederhanaan jelas menjadi pegangan pasangan ini dengan rombongan Suhaimi membawa tiga dulang hantaran berupa wang hantaran sebanyak RM10,000, sebentuk cincin serta senaskhah al-Quran.

Berbaju sedondon berwarna putih dengan sulaman kerawang ungu, Ina dan Suhaimi kemudiannya sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz dan ia disambut penuh kesyukuran daripada tetamu yang hadir.

Suhaimi yang kini menjadi guru agama di sebuah sekolah di Kuantan, Pahang mengakui bahawa beliau akan berpindah ke Kuala Lumpur bagi memulakan hidup baru dengan Ina.

“Saya tidak melarangnya untuk bergiat aktif dalam bidang seni, selagi tidak melanggar syariat Islam dan undang-undang kerana Ina mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman berakhir Ogos depan. Selepas itu, kami berdua akan berbincang,” jelas Suhaimi.

Ditanya sama ada mereka bersedia menerima cahaya mata dalam tempoh terdekat, Suhaimi mengakui jika ia sudah ditakdirkan, mereka sanggup memikul tanggung jawab berkenaan dan tidak mengehadkan bilangan anak yang akan ditimang.

“Mengenai majlis persandingan pula, buat masa ini kami tidak merancang untuk bersanding cuma akan mengadakan majlis kenduri yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri,” katanya.

Tahniah Ina dan Suhaimi! :)

Advertisements

54 responses to “Pernikahan Ina Naim dan Suhaimi

  1. semoga kalian sentiasa bahagia selamanya……AMIN…..

  2. moga panjang jodoh..murah rezeki AMIN…

  3. semoga berbahagia dunia akhirat
    amin

  4. bguslaa…tahniah ntuk kedua mempelai.. mmg jodoh org yg baik ngan org2 yg baik jew.. huhuhu

  5. tahniah!! :)

  6. tahniah….

  7. tahniah..ina…dan suhaimi..pilihan yang tepat..semuanya ada hikmahnya

  8. Tahniah. Alhamudullillah! Semuga kekal hingga ke akhir hayat!

  9. Suka sangat2 alhamdulillah,kalau inilah jodohmu terimalah Ina, Allah telah gantikan dengan yang lebih baik… Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

  10. tahniah!!!semoga berkekalan hendaknya..

  11. zarimah bt abu zarin

    sesungguhnya Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.saya doakan kamu berdua kekal abadi hingga akhir hayat.aaamin

  12. nurul-orang bera

    kami ttp mnyokongmu ina & suhaimi…alhamdulillah syukur…smge bhgia..

  13. alhamdulillah.. tahniah buat kedua-dua mempelai. moga berbahagia dan sentiasa diredhai ALLAH.

  14. tahniah!!!

    Semoga bahagia sehingga ke anak cucu

  15. tahniah!!!

    semoga bahagia sehingga ke akhir hayat

  16. smga selamat dan berbahgia ke akhir hayat…

  17. Seronok tengok gambar ina dan suhaimi di majlis pernikahan. Teringat mak cik masa muda2 dulu. Untuk kamu berdua termasuk kita juga semua, dahulukan lah Allah, kemudian Rasul dalam segala urusan, InsyaAllah kebahagian dunia dan akhirat akan dikecapi.

    Mak cik percaya suhaimi mampu untuk mengemudikan ke arah rumahtangga bahagia.
    Tahniah!

  18. alhamdulillah…semoga kalian berbahagia ke anak cucu…

  19. Semoga Berbahagia dunia Akhirat…suke korang kawen…terpikat sore Suhaimi nyanyi lagu Pesona Zulaikha

  20. ina naim patut dapat what she deserve kan..
    saya harap sangat dia akn bahagi..
    lupakan cinta mawi 2 n build a new life,…
    tahniah 2 ina naim

  21. habibah mat salim

    tahniah…smoga mie dapat bentuk ina jadi muslimah sejati.jgn benarkan dia terlibat dgn dunia seni.aurat perlu dijaga. kening jgn dicukur lg. saya akn lebih respect kalau ina sentiasa jaga aurat seorang wanita sama ada dari segi pemakaian mahu pun suara.dunia akhir zaman, pa pun boleh jadi.wallahua’lam

  22. ohh…terharunya…sy pon tumpang bahagia….tahniah….

  23. TAHNIAH…!!!!

    DAPAT LAGI BAIK DARI YANG ‘LAMA’ TU, YANG MUDAH LUPA DIRI..
    MOGA BERBAHAGIA DUNIA & AKHIRAT…AMIN..

  24. TAHNIAH…!!!! buat ina & suhaimi…

    DAPAT LAGI BAIK DARI YANG ‘LAMA’ TU, YANG MUDAH LUPA DIRI..
    MOGA BERBAHAGIA DUNIA & AKHIRAT…AMIN..

  25. suhaimi akan jadi suami yg terbaik jika boleh mendidik ina jg gila glamour dn JGN CUKUR KENING.HARAM!!!!

  26. menyampah aku ngn ina naim.

  27. ngapa yang ko nympah kat ina naim cicakman..
    ko ada scandal ngan dia kew yang tiba2 naik angin nih..
    cuba ko cita skit..
    apa pasal ko bnci sangat kat dia..
    msti ko peminat fanatik mawi kan..
    klu org yang bnci ina naim nih msti peminat mawi pnya..
    kan..?kann..?kan..?

  28. natasha amin Abd rahim

    untuk kayhatch 7731>
    salam sejahtera kepada saudara/i yang bernama seperti nama di atas.
    pertama sekali saya sebagai seorang yang sama agama dan bangsa dengan ina dan suhaimi ingi sekali bertanya dgn saudara/i tentang prasaan anda setelah melihat pernikahan mereka. apa yang tak puas hati sangat sebenarnya? isu tumpang menumpang glamour ni isu untuk orang yang tak percaya pada Tuhan je..rezeki masing2 beb. Sy pon pernah bernaggapan macam awak. tapi sy cepat tersedar, bahawa kita ditakdirkan dan diberikan kehidpan oleh yg Maha Esa. dia yg tetapkan jodoh dan rezeki. kalau dah memang rezeki mereka dan ina popular selepas putus dgn mawi. itu bukan permintaan dia…so ape yang awak “bengkek” sangat ni? erm…biasalah orang melayu lau ada orang lebih rezeki sikit, mulalah mengata,, cerminlah muka dulu beru mengata orang.dah cukup baik ke kita ni nak mengata tentang orang….

    sekian..
    Wasallam.

  29. no komen…ALLAH JE YANG BENAR…

  30. ALLAH MAHA BERKUASA…

  31. apa2 pun i wish congratulation you all k.itu semua takdir tuhan……………………………………………………………..

  32. semoga d panjangkan jodoh

  33. ina naim nk nkh ngan suhaimi coz nk ttp cntroversi dieorg kot…tk dye berdpn ngan gosip gak nyer

  34. tahniah,

    semoga kekal hingga akhir hayat

  35. tahniah buat suhaimi…jga ina..jgn bg cukur kng lg, HARAM tau…..

  36. UMI AMIN..August 23 rd ,2007

    SYUKUR ALHAMDULILLLAH..INA DAN SUHAIMI DAH JD PASANGAN YG SAH DAN TERHINDAR DR FITNAH DUNIA, SMUGA AKAN BERKEKALAN SBGAI PASANGAN YANG HIDUP BERLANDASKAN ISLAM.NASIHAT MAKCIK, SUHAIMI GUNALAH SEGALA ILMU YANG DIPELAJARI LEBIH LEBIH LAGI SEBAGAI SEORANG USTAZ UNTUK MEMBIMBING INA YANG JUGA TELAH SEDIA ADA ILMU KEAGAMAAN….BUAT INA, TAAT LAH PADA ALLAH DAN SUAMI ,USAHLAH DIKEJAR DUNIA ARTIS YANG TIADA KESUDAHANNYA..BANYAK BURUK DARI YANG BAIK WALAU DIKELILINGI DENGAN KEMEWAHAN..

  37. CONGRATULATION TO INA AND SUHAIMI. MAY ALLAH ALWAYS BLESSING YOU ALL. HOPE YOU HAPPY. REMEMBER ALLAH ALWAYS KNOW.

  38. tahniah kak ina dan abang suhaimi…semoga berbahagia didunia dan akhirat….selamat menempuh sebuah pelayaran dengan keredhaan ALLAH S.W.T…..

  39. selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan ..semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaalllah..

  40. ud’kum wa antum bkhoir…
    mg hdp kalian senantiasa berada dbwh panji2 kbnrn…
    n utk semua ummah mg kita sntiasa ddlm rahmat-NYA
    May God bless us of wat we do n wat we have done….ameeen
    takbir…allahuakbar!!!

  41. tahniah ina..semua yang berlaku telah ditentukan olehNya..

  42. Tahniah buat kamu berdua.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Selamat pengantin baru.dari http://www.suhaimi.tk

  43. tahniah..smoga jdh berpanjangan.lupakn yg lm,n mlakn khdpn bru.

  44. nurul-orang bera

    salam..
    bila agaknya nak wat kenduri kat Bera?
    smga bhgia..
    abaikan ape sj kutukan org…

  45. tahniah!!semoga perkahwinan kamu dan saya akan berkekalan hingga dunia dan akhirat, semoga impian setiap wanita ingin menjadi seorang anak, isteri, menantu dan ibu yang terbaik serta mendapat tempat di cc ALLAH S.w.t AMIN….INA BERNIKAH PD 12OGOS DAN SAYA BERNIKAH PADA 24OGOS.

  46. Ainurislami Qlate

    Congrats untuk pasangan Ina & Naim…
    Cuma, jika bergiat dalam bidang seni, pandai2lah membahagikan masa dgn tanggungjawab yang ada…

  47. aminuddin bin abu bakar

    semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

  48. Good Girl and Boy. sleep well. eat well.

  49. raya open house tak jemput datang ke?

  50. askum suhaimi,
    sy nk ucap semoga berbahagia hingga ke anak cucu lah yerkk

  51. syukur ina dapat suhaimi.. klu la dapat mawi yang lupa diri tue.. hai..ntah la…

  52. saya pun sokong ina dapat suhaimi. dah ler ada degree pastu agama lg bagus dr mawi. mawi tu apa yang ada, bila dah tak laku esok ekin sure cabut lari..ekin tu nampak harta benda aje..aku lagi nyampah kat mawi yg tak sedar diri sejibik cam si tanggang.. ekin tu pun cukur kening sampai botak juga sal yg korang tak tlg nasihatkan..pastu kuku pun simpan panjang serupa ngan org bela khinzir sekandang ler hukumnyeeee.. mawi tak reti2 lg ke ngajar bini.

  53. aku sokong bengang gilerr……….betoi pa si ekin tu sal yg simpan kuku panjang pastu cukur kening pulak..mawi tak tahu hukum ke? Tp bukan main berzanji sana berzanji sini cam org alim-ulamak..padahal ular dalam semak

  54. he3..org p`puan xkire baik ke tidak..seme nye cukur kening time nk kwin..hik3..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s