Lelaki Menangislah….

Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata. Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah. Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.

Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.

Mulut berkata benci pada hal…

Sebenarnya memang agak susah untuk memahami hati lelaki. Sifat mereka yang lebih fokus berbanding wanita yang agak emosi membuatkan sesetengah wanita begitu sukar memahami hati lelaki. Sikap wanita yang lebih menumpukan kepada perkara yang kecil dan remeh berbanding dengan lelaki adakalanya membentuk ‘satu dinding’ antara lelaki dan wanita. Ketidakfahaman dan kejahilan kaum lelaki dalam memahami perkara yang kecil dan remeh boleh menyebabkan kaum lelaki sentiasa dianggap tidak mempedulikan, tidak romantik, tidak ambil berat, tidak memahami, tidak macho, tidak peka, tidak prihatin kepada perasaan dan sebagainya. Perkara ini jika dianggap serius oleh pasangan maka ia boleh mencetuskan konflik dalam perhubungan.

Tapi tahukah anda, mulutnya sahaja berkata benci pada hal lelaki sebenarnya enggan berterus-terang. Tahukah anda bila lelaki akan bersikap begini:-

~ Saat bila pasangannya membeli beg tangan yang harganya sangat mahal tetapi juga sangat cantik. Sebenarnya lelaki ingin memuji tetapi kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan.

~ Adegan ‘You Complete Me’ dalam filem Jerry Maguire. Ada adegan di dalam filem tersebut mengajar lelaki bila pada suatu hari mereka melukakan hati wanita, mereka hanya perlu menyebut satu ayat sahaja iaitu ‘maaf’ namun kebanyakan lelaki ego untuk melafazkannya.

~ Saat bila mana wanita bersolek terlalu lama untuk menghadiri majlis. Tapi lelaki tidak memikirkan bilamana teselit rasa bangga di dalam hati mereka apabila pasangannya dipuji oleh rakan-rakannya.

~ Jika isteri berkawan baik dengan rakan lelaki mereka.

~ Soal pernikahan. Ada sesetengahnya memang tidak sukakan komitmen tetapi ramai lelaki yang menyukai saat di mana mereka bangun pagi, ada peneman iaitu seorang isteri di sisinya.

18 responses to “Lelaki Menangislah….

  1. kekasih pernah menangis
    dia menangis bila tengok aku menangis
    katanya tak sanggup melihat org tersayang bersedih..
    aku lagi menangis..terharu…

  2. walaupun “my sayang “slalu sibuk,jarang jumpe…dia ttp cayang kt kite..dan kite suke jgk uji dia..alhamdullilah,Allah temukan kite dgn “my sayang”.

  3. Kekasih saye.. dia x pernah lafaz kan perkataan cinta.. tp dia suka saye dekat dgn dia.. yang saye hairan ada kah dia mencintai saye..? masalah ini selalu bermain di fikiran saye.. sebelum saye luah kan cinta saye pada nye ,dia pun ade masalah dgn lelaki yang suka kat dia.. tp dia pernah ckp yang dia x suka dgn lelaki tersebut..Dia suka ketika bersama sy.. adakah dia mencintai saye? Saye sangat cintakan dia.. =)

  4. hey juju..!!kalu awak cntakn die,naper awk ego sgt hah??oi,no one is perfect,k?try ur bez…

  5. hai…i sayang giler gan bakal suami i..walau pun jauh tapi dia tetap dihati i…dia penah nangis gak bila kitorang ada masalah..dan dia tak suka bila lihat i nangis dan murung taau…tak lama lagi kami akan diijab kabulkan…doakan kami berbahagia tau..

  6. INSY ALISYAH..

  7. SAYA PERNAH DENGAR DAN LIHAT DIA MENANGIS..TAPI IM NOT BELONG TO HIM.I REALLY LOVE HIM..THATS WHY I LET HIM GO..KASIH AGAPE-

  8. sleeping beauty

    lelaki mngis mmg xsalah..tp my boy slalu mngis,aku ckp sikit,mngis,sensitiplah sgt..kalu aku gtau kt kwn aku,,seme xcaye…luar nmpk macho..die punye prgai suke mngis..mengalahkan aku..tensen weh..cmne nk atasi masalah lelaki kuat mngis ni…huhuhu

  9. aku biasa tengok lelaki menangis sbb org tsayang meninggal, sebab kena marah, sebab girlfriend lari, dan mcm2 lagi n diorg nangis depan aku. yg bestnye air mata aku setitik pun tak kluar

  10. my bf… x pnah plak sy tgok dia ngis…. tp slalunye sy yg byk ngis… bila time ngis 2 dia slalu pujuk…sy syg kat dia…hope dialah yg terbaik utk sy… insyaallah…

  11. my bucyuk…die tak penah nangis..
    tp ari tu first time aku tgk dier nangis…
    sbb aku ade problem ngn bdk2 umah..
    rase besalah plak wat dier nangis…
    aku mmg sygkan dier..
    syg sgt…
    aku tak penah dpt bf cm dier…
    yg tak penah biarkan aku menagis…
    aku harap kiteorg akan kekal sampai bile2..
    syg dear..

  12. Boy nangis mmg susah nak jumpa..tp my boy suka nangis bile b’laku masalah dlm hubungan kami..sume yg knl die ckp die macho,tp..hya aku yg tahu prangai die suke nangis!!!bile die nangis,m’galahkan pompuan..aduh..mati kutu aku dibuatmye…

  13. sleeping beauty

    wow daisy, perangai ur boy same ngan aku.xpe2 aku memahami..kkdg aku rase lame2 ngn die..mental jugak aku ni..tapi kan lecturer psychology aku ckp, kalu lelaki kuat mngis, die suke menipu..tapi tahap kepastian tu x tau r pulak…

  14. kekasih aku salu ngs.ta kalau aku nangis die soh dym plak.taoi die penyayang.kalau aku ngs die resah.sbb tu lah aku suke ngs,sbb aku suke tgk die resah.dari situ aku tau die sayang aku sangat2.

  15. Pingback: aryudhani » Blog Archive » ~Lelaki Menangislah~

  16. Menangis muncul dari iba diri,
    kasihan pada diri sendiri, dan itu akan membuat kita tambah lemah,
    hanya bisa meratapi nasib tanpa berbuat apa-apa.

    Coba lihat segalanya tanpa menilai, karena semua terjadi secara wajar, otak kita lah yang membuat itu menyedihkan atau menyenangkan, jadi janganlah kita dipermainkan pikiran kita sendiri.

    http://fusion-kandagalante.blogspot.com

  17. leleki semua suke berpura2 jgn termakan pujuk rayu mereka,ada masa meraka hanye memperbodohkan kita sahaja

  18. i plg sejuk hati bila boy i ckp “maaf”..

    tpi malangnya, bibir sukar utk dia melafazkannya..
    jadi, i rasa asyk nk marah jer…

    walau dah berkali2 dia memarahi dan mnuduh i bkn2, i sabar, namun bibirnya tetap enggan utk melafazkan
    “sayang..abg minta maaf.”

    ayt sebegini, walau sekeras mana pun hati wanita, tetap cair dan setia untk susah senang bersama2…..
    Dapatkan Tips & Cara Buat Duit

    Klik Je Dapat Duit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s