Cinta Umpama Menunggu Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Advertisements

18 responses to “Cinta Umpama Menunggu Bas

  1. khairulnizambakeri

    Klise…hehe

  2. woww !!suke saya dgn kata-kata nie..sbb prnh jadik pade saya, bukan memilih, tapi pgalaman mgajar segalany. jgn mudah utk jatuh cinta.. kaji sedalamny pasangan kite.dan bagi yang pernh jatuh, bangunn!!!krn jalan mesti k depan bukan k blakang..cinta utk di nikmati,dihargai. spt sy and “my sayang” kami masih lagi kenal hati budi, walaupn cinta sntiasa dihati..doakan jodoh kami, amin.

  3. hmm moga2 ‘bas’ akan sentiasa bersama
    wlau bertahun lamanya berkenalankan?

  4. ye ke? maybe betul gak.

  5. betul jugak ye…rasanya dah macam2 jenis bas dah tunggu, nak naik, tapi lebih rela tunggu…

  6. em..ada betulnyer..begitulah cinta

  7. alamak…..macam dialog filem r…..filem apa erk…..luper ler

  8. hehehe..cam best jerk citer nih..bus ni mcm2 jenis..susah nak plih yg terbaik kan.

  9. hm…btul tue…rasanya baik saya berjalan dr tggu bas….

  10. hmmm… betul tu

  11. bebetul kata Qasseh tu….cinta ni mcm tunggu busss

    terkena jgk kat aku…

    aku pun slalu jgk tunggu bus g lecture hall…

    tp tiap kali aku ngurat asyik tak dapat jeee…tp still tk ptus asa smpai skrg…

    tp penat jgk nak tunggu bus ni…n skrg aku tak tunggu bus lg…mane yg bleh naik je bus tuuu…

  12. Menunggu bus VS tdk menunggu bus….?

    mane yg anda pilih?

    jawab2…kita buat persoalan dgn falsafah2 n teori, pgalaman anda…NOW!!!!!!!!!

  13. kekadang bebetul gak kata sabrina tuuuu…kena survey .pling tdk pun survey sikit2…manusia pun ada mcm2 perangai…ada yg suka pilih2…mcm beli barang…tp cinta tak bleh jual beli kan…

  14. betul 2..kenape kite kadang2 selalu tersalah naik bas???tgk luar cantik,bersih jer..tapi bile dah naik baru tau keadaan die..kotor,sempit,busuk..macam2 lagi..ade plak 2..kite tgk bas 2 buruk je dari luar tapi bile dah naik,dalam die cantik jer,tersusun,kemas,wangi..2lah..orang slalu cakap jangan menilai seseorang 2 daripada luaran..dont judge the book by its cover..so pandai2lah kite menilai seseorang 2…

  15. tulah pandangan mata selalu menipu jd lihatlah seseorg itu dengan mata hati…

  16. moral of the story……
    jgn la naik bas especially klu nk ujan..gunakanlah komuter/LRT..senang.

  17. saya masih tunggu bas setelah bas pertama saya memberhentikan saya di pertengahan jalan kerana ada perempuan yg lebih cantik nak naik…dan hingga sekarang saya masih menunggu..tak kunjung tiba..yang dtg hanyalah bas rosak..ada bas yg mintak tambang mahal sgt…ada bas hanya nak cekik darah…ada bas yg byk ular dlmnya..

  18. Pingback: CINTA Umpama Menunggu Bas | zakizulkifli.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s