14 Perkara Mengenai Lelaki

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah. 

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. 

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

—————-

Komen Haniey:
Artikel ini diperolehi dari pengunjung blog yang menghantarnya melalui email saya. Tersenyum-senyum saya membaca artikel ini kerana walaupun artikel ini tidak menggambarkan keseluruhan lelaki, ada beberapa poin yang benar-benar ‘kena’ dengan sikap kawan-kawan lelaki saya dan juga saudara-mara lelaki saya. Macam adik lelaki saya, amat pantang jika saya mengkritik caranya berpakaian atau memotong rambut. Begitu juga jika saya komen negatif dengan pasukan bola sepak kegemarannya. Marah betul dia..kah! kah!

Poin yang keenam pun selalu terkena pada saya. Jika saya marah-marah atau bad mood, teman lelaki saya selalu mengatakan saya dalam sindrom PMS sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali. Jangan kaitkan kemarahan perempuan dengan PMS kerana terdapat pelbagai sebab lain yang selalu menjadi punca kemarahan wanita, tau!
 

Advertisements

12 responses to “14 Perkara Mengenai Lelaki

  1. Lelaki????Ape yang kita harus mengenali lelaki??Bagi mereka hidup nie hanya untuk keseronokan.Betul ker???Bagi saya memang benar..Lelaki suka fikir singkat dalam bercinta.Bagi mereka perempuan hanya untuk dipermainkan.Betul ker sume lelaki macam 2???So ape guna nyer lelaki yang Allah jadikan hanya untuk mempermainkan hati wanita???Kenapa lelaki tkut dalam perhubungan???Malas nak fikirkan pasal lelaki lebih baik fikir pasal diri sendiri..

    • nurul?xdek la…bukan semua lelaki mcm to.mungkin belom masenya untuk laki to hadir dalam idop awk.allah jadikan lelaki untuk membimbing kita,kaum hawa..bukan untuk dipermainkan.memng kita patut pkir pasal diri kita.tapi lambat laun lelaki pon kita kne fikir.sbb to da tugas kita sebagai perempuan.itu pendapat saye la.

  2. Tapi tak semua lelaki bagitu. Ada sesetengahnya amat menyayangi pasangannya. Terlalu sayangkan pasangannya. Lelaki yang digambarkan di atas menunjukkan pemikiran lelaki yang tidak matang dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Hubungan itu terjadi antara 2 pihak, maka seharusnya ada memberi dan menerima. Tetapi sayangnya keindahan tersebut hanya sementara ketika bermula hendak bersama sahaja dan semakin berkurangan setelah bersama dan hilangnya menghargai antara sesama pasangan. Maka berlakulah istilah “frust menonggeng” kerana ditinggalkan. Apa pun, tepuk dada tanya minta. Seperti kata Dr Fadillah Kamsah “kita tak pernah berjumpa dengan pasangan yang salah, tetapi kita sering menjadi pasanagan yang salah”.Wallahualam…

  3. ijatkotamasai

    ello myfriends…

  4. ijatkotamasai

    hyew girl..

  5. lelaki?topik menarik..pd say bagi anda yang baru berjumpe dgn soul mate,kenali ati budiny sedalam-dalamny.kite bukan nak duduk sehari 2 hari, tapi selamany.saya pernah terbaca artikel,teman hidup tak perlu hensem @cantik,carilah yg ade ciri2 hdup,takkn tinggalkn kite walau camner sklipun,benarkan kita jadi diri kita stp kali dsisiny,carilah dgn hatimu dan akal kite..

  6. ckup mnarik mskipun blum deteil BGT s3!!!!!!tp lumayan bt jg2 klu gu3 lg syang ma cwok gt!!!!ci…….heyyyyy,da byk bnerx jg tp kykx cwoxq ga bgtu prhtungan slma jln ma aq!THANKS B4

  7. hurmm..betul tu..huihuihui

  8. Pingback: My Blog » Blog Archive » Destinasi cinta…..

  9. tak sangka, semua 14 ciri itu ada pada lelaki yang aq sukai….

  10. klo bg laki sume akn ckp “biasa la laki..”tp klo perempuan sume akn ckp,”pompn 2 yg slh”..tah pape tah!

  11. past ni da lame xupdate ke??hehehhe.tarikh bukn men jauh lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s