Ada Apa Dengan Lelaki?

Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
 

Advertisements

16 responses to “Ada Apa Dengan Lelaki?

  1. Lelaki Mukminin: Lelaki yang mempunyai semua ciri di atas, menjauhi perempuan yang bukan muhrim kecuali dalam urusan formal dan dibenarkan syarak, mengutamakan ibunya lebih dari isterinya dan memimpin, menyayangi & melayani wanita berdasarkan hukum al-Qur’an dan sunnah.

  2. uummm comment yg menarik cuba pulak ulas ada apa dgn wanita…

  3. sukenya dgn statements “ade ape ngan lelaki”, tapi yg paling kite suka topic ttg lelaki yg mengasihi…nape ek “my abang” susah sgt nk ckp “luv u”?kkdg rase nak mgajuk gak, tapi bile yakin dgn pertemuan kami krn Allah, dan ia adh “anugerah.” dari NYA.kite bersyukur..amin.

  4. Lelaki lazimnya tunjuk kasih sayang dengan perbuatan wahai kiroro.. actions do speak louder than wordss….

  5. Hmmmmm……………… Nak tanya cket……….. Nape “gurl” saya susah sgt2 nak kata “i luv u” kat saya……………… Jd bingung kepala otak nih………. Any comments ?

  6. lelakisetia, ur gurl 2 munkin takut u akan kecewakan dia, sebab 2 dia takut nak luahkan i luv u kat u. So kalau nak denganr magik word 2 dari dia kena la tunjuk yang u benar-benar ikhlas kat dia. Kata bukan sekadar di mulut tetapi bahasa badan n & sikap perlu seiring dengan apa yang di kata. Tapi kalu tak jadi jugak maknanya dia ada orang lain la kot….

  7. Thanks for the info kuntakinte………….. nanti I cube try………… hmmmmmmmmmm………….. tp………… sy dah cukup banyak berkorban utk die………. isk……….

  8. thank BGT ya info gratisx mgkn dr ni q bisa lbh ngrti hal2 yg slma ni bikin q bingung tntg lelaki!ya mskpun tu ga bkin q pingsan&sakit hati lagi!THANKS B4

  9. th@nk BGT………. y@ info gr@tisx mgkn dr ni q bis@ lbh ngrti hal2 yg slm@ ni bikin q bingung tntg lel@ki!!!!!!!!!ya@mskpun tu g@ bkin q pings@n&s@kit h@ti l@gi,,,,,,,,,,,,,THANKS B4

  10. Jd lelaki tulen bisa dipelajari kah? trus bagaimana dengan watak.. aku lelaki tapi ga merasa tulen…

  11. prmpn ni pemalu.. ada sesetengah je yg berani meluahkan perasaannya.
    dia tunggu lelaki dulu..

    kalau dah terpaksa sgt, dia akan desak lelaki tu utk luahkan persaannya.
    tapi dia ada caranya..

  12. arul,ko mmg paham prmpn ek?:D

  13. ape pulak ceritanye bila pempuan suke pada lelaki???
    cmne ? nk tunggu lelaki tu ckp dlu ke atau pempuan tu je yg cakap je….
    dlm masa yang sama diorang berkawan….dlm diam pempuan tu suke lelaki tu
    n tak tahu ape laki tu pk pasal pempuan tu….

  14. ermmmmmmm…drp banyak-banyak lelaki yang saya kenal ramai yang tidak ada ciri-ciri mcm yg dnyatakan….camna tu ekkkk…..

  15. saya ada kekesih tapi dia ni jiwang sangat…kadang-kadang saya pm rimas..oranng ckp saya bruntung dapat pacar camtu tapi bagi saya….heeeee hampeh

  16. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik…
    semoga diberkati..insyaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s