Kawal fikiran elak cemburu

CEMBURU naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu – ada yang positif dan negatif. Bila menyebut cemburu, pasti ramai menuding jari kepada wanita. Mereka menganggap golongan hawa kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki wanita tetapi juga lelaki. Sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan itu.

Dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa mesyuarat dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mahu bercakap dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.

3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.

8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.

Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.

1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?

7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan,

bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

Advertisements

22 responses to “Kawal fikiran elak cemburu

  1. Tips yang amat berguna…

  2. mm…satu tips yg cukup penting dan berguna..congrats!

  3. tips cam ok.boleh cuba,tapi kadang-kadang cuma dlm mimpi tapi tetap cemburu juga..

  4. Tip mcm ok.nanti kte cbe…tapi still cemburu kot.sush nak ilang.try dlu

  5. rase mcmnk cbe…. tp ntahlah….
    memang x nafi prasaan cemburu nie merimaskan diri sendiri….

  6. memang x nafi prasaan cemburu nie m’yusahkan diri sendiri….
    kadang2 m’bosankan….
    cadangan ini akan saya try dulu….
    & hasilnya nanti akan saya kongsi dgn semua pembaca…….

  7. perasaan cmbru yg tmbl akn mmbuat sseorg tue berasa terseksa..terasa skt ati..lbh2 lg org yg kte cmburu tue berada hmpr dgn kte..bgitu skr utk kte berdpn dgnnye setiap ari…

  8. ai..rimas ar cemburu ney…coz cemburu da bleh gado…rndu mse awal2 dlu..

  9. cemburu 2 lumrah manusia..tp xleh r asyik cemburu jer…penat r nk layan…

  10. Pingback: My Blog » Blog Archive » Destinasi cinta…..

  11. sgt membant

  12. benci dengan diri sendiri kerana kuat cemburu..
    petua yang baik..

  13. yg cemburu sebenarny aku..nmpak buruk tp seme ni sebab aku takut kehilangan dia ..tak sgup nk face perasaan yg sama mcm dulu…

  14. aku lg kuat cemburu dgn pasangan ak…..
    ada jer org col dia lg ak jeles…..
    patut ke ak mcm nie??

  15. aku lg kuat cemburu…..
    tiap hari ada jer org col dia….

  16. awek aku cntik,ramai org minat tp aku rs terseksa sgt bila dok jauh ngn die die jrg berhubung.alasan die sibuk dgn kj…stiap kali klau ade org hub die msti ak gaduh ngn die…..pastu mula la die mntk putus…tuhan tolong la…ak btl2 xnk khilangn die….

  17. aku pun kuat cemburu compare to my bf, sbb rimas tgk kwn2 lame dia (pmpn) semua jenis suke mintak tlg kat die. sesat jln pun call die, kdg tu rase bkn tak percaya kat dia,die tak pnh sorok aku kehulu kehilir bawak jer tp tetap jgk jeles.. serious rimas sgt! smlm bdk pmpn opis dia sms say tq sbb tgk repair kan lappy die semua but ayat die tu buat aku jeles,hampir2 aku nk lepas geram kat die but try control and the end die buat aku gelak pepagi buta.. bad attitude..

  18. tp cane lak kalau laki dok umah, tp gf asek kua je ngn mmbe laki. .patot x jeles menonggeng??? kalau laki dok jaga relationship tapi gf yoh yeh yoh yeh dok gatai bekawan xtentu hala?? nak nak la ni, sosial life teruk sgt da. . laki plak dok masak, pompuan lak dok hu ha hu ha. . patut tak jelez?

  19. Pingback: Teruknya apabila lelaki terlalu cemburu! | mohdluthfi {dot} com | Just a notes!

  20. Hmm..sy sndiri rasa rimas dgn cemburu sy ni..
    Saya sgt prcaya dia pada mulanya, sy bagi dia kelonggaran ntuk bkwn dgn sorg prmpuan ni atas sbb2 trtentu..

    Kemudian, satu hari sy dpt tau yg mereka ni da brtukar2 gambar yg kurang enak..

    Smenjak dr tu, sy xblh nak prcaya dia lg..sgt susah..macam mana ni??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s