Tips Untuk Bahagia  

Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dielakkan kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah samada masalah peribadi, rumahtangga, di tempat kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari/mencapai kegembiraan dalam kehidupan harian kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan/ketidakgembiraan tersebut kepada satu keadaan yang kita sendiri rasa bahagia/gembira. Suka diingatkan bahawa sekiranya kita ingin memprektifkan sebarang amalan ianya hendaklah bersesuaian dengan citarasa dan naluri masing-masing. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus serta-merta menggunakan teknik baru tersebut tetapi sekiranya cadangan tersebuat baik, bolehlah memprektikkannya secara perlahan-lahan, semoga akhirnya ia dapat memberikan kegembiraan kapada kita.Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti / teknik yang boleh diamalkan bagi memperolehi kegembiraan: –
 
 1. Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara-perkara yang diminati dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.
 
 2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda.
 
 3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira.
 
 4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan.
 
 5. Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya.
 
 6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua.
 
 7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan.
 
 8. Meraikan kawan-kawan samada datang ke rumah atau berjumpa di luar.
 
 9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.
 
 10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya.
 
 11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri.
 
 12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik.
 
 13. Melakukan hobi seperti, mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.

Advertisements

One response to “Tips Untuk Bahagia  

  1. Orang memiliki kesabarab hati
    Pasti dapat memiliki apa yang di kehendaki
    Tidak ada jalan yang sukar
    jika dihadapi dengan ketenangan
    dan kesabaran hati

    Asal sabar tidak satupun jalan
    akan mengalami kegagalan
    Sabarlah atas hal – hal yang melukai hati

    Berbuat kechilafan adalah sifat manusia
    Memberi ma’af adalah sifat yang mulia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s