Cinta Lama Biarkan Berlalu

Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.

Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.

Wallahualam….

Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

25 responses to “Cinta Lama Biarkan Berlalu

  1. cinta yg aku kenal cuma ada derita & air mata

  2. ssh bg aku nk lupakan cinta yg lalu..
    dia ttp dhati aku

  3. its true…..

  4. memang pelik

    dilukai pun masih sudi utk dinanti…..

    mcm diriku ini…..

    wawawa

  5. aku msh berharap pd dia….hrp supaya dia menuturkan kata2 yg amat bermakna pd aku..
    tp…..
    seandainya semua tu tak berlaku……aku pergi……

  6. haiiiiiiiiiiiii jgn sedih dunk?masih bnyk cinta yang lain.

  7. harap cintaku dan dia akan berkekalan…sayang aku harap cintamu untuk selamanya…

  8. Thats right brother… aku sudah 7 tahun berpisah…walau sidia telah menikah aku tetap menantinya…
    wahh gila dunia ini gila cinta ini… dosa ga ya?

  9. stp org sentiasa mencuba untuk mencari cinta yang terbaik..yg ingin sy katakan cerita cinta kita takkan sama dgn org lain..dan jgn cepat melatah kalu pasangn kite buat “dekk” jer kat kita..sbb aper atau, sy nyaris 2 clash dan “my abang” sbb dengar ckp org…sedih sgt.”percaya pd kata ati,dan jgn terburu2 beb!”

  10. mmg ssh nk lupe cinta yang lame..
    dia akn aku kenang smpi ble2

  11. kenangan adl anugerah Tuhan yang tak dapat dipisahkan oleh maut sekalipun,boleh diingat namun jangan dilupakan….
    susah memang untuk membiarkan cinta yang lalu itu pergi,namun percayakan pada hati bahwa disana kita pasti bisa bahagia lagi..jauh…jauh lebih bahagia dari sebelumnya..
    let it go with the wind…
    aku punya cukup pengalaman untuk mengatakannya.

  12. cinta semalam….

    rindu menjelma lagi..
    Tangisan meluahkan segala..
    Gelodak dihati tiada seorang yang tahu
    Hari ini seperti semalam
    mencari dan menjejaki
    entah kapan
    sampai kedestinasi

    Kau takkan tahu..
    walau dimana kau berada
    walau dimamah usia
    walau jarak antara kita semakin jauh..
    Namun nama mu tetap bersemadi didalam hatiku..

  13. assalamualaikum
    betul tu
    begitu sukar untuk melupakan cinta
    dah cuba untuk hilangkan perasaan tu,,
    tapi sia-sia,,,
    kdang² sedih bile tringatkan cinta lame,,
    sampaikan nak terima orang lain pun dah xleh,,
    hope awak bahagia,,,
    tu jerk
    :(

  14. aku selalu mengharapkan nya kembali ,..mengharapkan kata sayang itu terucap dari bibirnya ,…dia cinta pertama ku . mungkin ,.entah sampai kapan ini kan masih tersimpan ,..
    terasa ingin mengulang hari itu ,..tapi benar ,..itu cuma illusi aku..yang pasti cinta ini kan jadi sejarah perjalan hati ku yang terindah ,………

  15. aku sendirilah yang merasakanya …..
    begiut mamukkan namun manyakitkan ….
    hmmmm…..bbiarlah itu berlalu …okey …

  16. aku salut dengan sampean …
    pokoknya serba kagum …..
    kk gak jadi psikologi cinta aja nich …hehehehe…

    hmmm…
    kita tukeran link yuk ….

    link blog kamu udah aku pasang di blogku …

    brooo….
    coba buka ini
    http://kemudian.com
    http://penulis-indonesia.com

    dijamin seru dan asyik……

    sukses dan teruslah berkarya…

  17. susah nk lupakan si dia..
    tp cmne pun terpaksa keraskan hati..
    kna ego dlm hal ni..
    jgn biar diri merana kerna dia..

  18. “Kasih MANUSIA sering BERMUSIM,
    Sayang MANUSIA TIADA ABADI,
    Kasih TUHAN TIADA BERTEPI,
    Sayang TUHAN janji-NYA PASTI….”

  19. wlpn dh bpisah, still tnggu msg die, ble die nk col, xrindu k?
    btol k dh bpisah? hty xnk pcaye, tp e2 yg sbnrnyer…
    mnanti perkara yg xmgkin blaku, or mbe xkan blaku…

  20. cinta itu sebuah pilihan……………

  21. melupakan mmglah tidak mudah,tapi apakah qta akan terus menanti hal yg tak pasti,itu cm membuang2 sgla energi&waktu qta,bangkitlah dgn segera,TUHAN mengaruniakan qta akal&perasaan agar manusia bisa menggunakan itu sesuai dgn porsi yg sdh TUHAN rancangkan..selagi qta blm nikah,qta masih pny kesempatan utk meraih CINTA….masih byk laki2 didunia ini yg lebih baik…..GOD BLESS us

  22. sampai skrng semenjak ia pergi byang sunyi slalu bersanding diriku menemani hri2 yg berlalu

  23. Aku ucapin trimkasih ama penulis emang nggak sia2 gue membacanya aku benar benar nemuin solusi emang, buat apasih? gue pikirin cinta lama? lagian guekan udah di cintai suami gue pokoknya,gue senang deh nemuin solusi ini akhirnya sylam kompak aja dari gue and gue Doain talenta nulisnya lebih berkembang lagi.

  24. dua kali bertemu dua kali berpisah…pertemuan kali kedua juga gagal…sungguh gila…selepas 15 tahun aku bertemu dgnnya kembali….dan perasaan itu tidak hilang….dia juga…namun peluang kedua terpaksa dibiarkan saja….aku pun tidak mengerti jenis cinta ini…tapi yang pasti sedikit pun aku tidak dapat membencinya..apalagi melupai…tapi aku masih mampu ketawa…masih mampu meneruskan hidupku…dgn luka yg amat dalam

  25. cintaku penuh dgn kedukaan.cintaku umpama sebuah kematian.kenapa aku masih menanti si dia yang telah menjadi milik orang lain.aku rela menunggumu seribu tahun lagi wahai sayangku….fyda

Tinggalkan Jawapan kepada deeyna Batal balasan