Perlukah perigi mencari timba?

SEBAGAI perempuan, saya memang mahu bercinta dan dicintai seperti orang lain. Tapi saya amat pemalu untuk berterus terang, apa lagi meluahkan lafaz cinta kepada pemuda kerana dikhuatiri tidak berbalas. Saya tidak mahu ‘perigi mencari timba’.

Untuk pengetahuan Kak Sri, saya seorang guru berusia 31 tahun, tapi masih kelihatan muda. Wajah saya tidaklah terlalu cantik dan tidak pula terlalu hodoh. Kini saya rasakan waktunya sudah semakin terdesak untuk saya memasuki alam rumah tangga. Tambahan pula ibu saya sering bertanyakan bila saya mahu naik pelamin.

Masalah saya sekarang ialah saya tidak mempunyai teman. Bagi saya waktu untuk bercinta sudah berlalu dan seboleh-bolehnya saya ingin terus berkahwin bagi mengelak sindiran orang lain.

Ramai teman yang sebaya saya sudah pun berkeluarga dan ini menambahkan kesepian hidup saya. Alhamdulillah, setakat ini saya masih bersabar dan mengharapkan jodoh yang baik daripada Allah.

Sebagai guru saya cuma dapat bermesra dan bergembira dengan murid-murid saja. Tetapi apabila saya berhadapan dengan ahli keluarga, mereka kerap kali menyuruh saya berumah tangga.

Wajarkah saya mencari, merisik dan meminang seorang lelaki? Memang tidak wajar saya melakukannya apatah lagi saya seorang gadis pemalu dan bertudung litup.

Baru-baru ini saya dilamar seorang pemuda tetapi malangnya dia membatalkan hasratnya apabila mengetahui usia saya enam tahun lebih tua daripadanya.

Apa yang harus saya lakukan Kak Sri untuk mengubat kerunsingan hati ini. Adakah saya perlu berdiam diri (tanpa usaha) hingga ada orang melamar saya sekali lagi?

Mas Adilah,
Kuala Terengganu

~~~~

JODOH pertemuan Tuhan tentukan. Setiap orang ada pasangannya masing-masing. Ada yang mendapat jodoh ketika berusia awal 20-an, dan tidak kurang juga yang sudah berusia 40-an baru berpeluang bergelar isteri.

Namun usah berasa tertekan untuk berkahwin hanya semata-mata kerana desakan keluarga atau kerana melihatkan teman-teman sudah berumah tangga. Membina rumah tangga perlukan banyak perhatian dan perhitungan dan tidak boleh tangkap muat saja.

Pernikahan itu satu amanah dan perkahwinan itu kewajipan. Hidup sebagai isteri tidak sama dengan hidup ketika sendirian.

Ada perkahwinan membawa bahagia, tidak kurang pula menjadi di sebaliknya. Ada perkahwinan berdasarkan suka sama suka atau diatur keluarga. Memang tidak mustahil bagi seorang wanita melamar lelaki. Tetapi lamarannya itu biarlah dilakukan dengan bersopan supaya tidak pula dikata orang perigi mencari timba.

Lamaran begini memerlukan jasa baik ahli keluarga dan biasanya melalui saudara mara yang lebih tua dan dilakukan secara tidak langsung namun bersopan dan teratur.

Bantuan orang tengah yang dipercayai diperlukan untuk mencari jodoh yang salih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang lelaki yang menjadi calon suami.

Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya sebagai seorang yang salih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis itu. Saudari disarankan memperbanyakkan membaca Surah Yusuf.

Dalam zaman serba mencabar ini ramai wanita sebaya saudari masih belum berumah tangga. Namun begitu usahlah terburu-buru untuk mengejar dan mendapatkan sesuatu yang belum diberi restu.

Usahlah risau dan runsing. Allah lebih mengetahui kerana Dia yang mencipta segala-galanya. Jika sudah tiba jodoh pertemuan, saudari akan berkahwin juga. Ada orang cepat jodohnya dan tidak kurang pula yang lambat. Sementara itu banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah semoga dipercepatkan pertemuan jodoh anda itu.

Dalam pada itu, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh) memang digalakkan. Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang sesuai. Tindakan ini adalah lebih baik daripada mencari sendiri demi mengelakkan fitnah dan maksiat.

Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman, boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang soleh daripada Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; “Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri (atau suami) serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa.”

~ Sri Siantan

Advertisements

10 responses to “Perlukah perigi mencari timba?

  1. Sometimes we need to realize that Allah already decided the best for us. Allah will give some examination, and do we patient enough to face the reality. If you (mas adilah) already try and pray to Allah, we need a strong believe that Allah will never leave us.
    For example, my wife is older than me almost 2 years, and I think no problem at all.

    So I just can suggest, you can try your best, and not break the islamic rules. Once you break the rule, you will got some difficulties that make you far from your hope. And the last, my class mate at campus(male) when he was under 30 years old(maybe about 26 – 28) and got married with his wife when his wife already more than 33 years old(maybe about 34 – 36). So, be optimistic, insha Allah, Allah will choose the best for you.

  2. Kita manusia terlanjur hidup dengan tekanan masyarakat. Menikah menjadi standar normalitas, padahal itu hanya pilihan individual. Selama kita tidak bisa memenuhi standar normalitas itu, tertekanlah kita. Sebenarnya tak salah bila kita hidup melajang hingga akhir hayat, apakah itu karena nasib atau pun pilihan kita. Jadi, just don’t worry. Be happy.

  3. Kawan pompuan saya kawin ngan orang 7 tahun lebih muda kelmarin. Ok what? :D

  4. okay la kot. untuk timba yg kurang hensem cam ai ni, anytime. :))

  5. Bila baca mas punya masalah, kira-kiranya kita serupa. Bezanya cuma saya agak berani berterus terang tentang apa yang saya rasa pada lelaki yang saya suka. Walaupun jawapannya agak mengecewakan tapi sekurang-kurangnya saya rasa puas kerana saya mencuba untuk mendapatkan orang yang saya suka. Perigi mencari timba…biarlah apa yang orang lain nak kata. Walaupun perigi mencari timba tapi masih lagi terjaga adab susila orang melayu. Saya berusaha mendapatkan apa yang saya nak dan selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa.

  6. jika harapan tidak sama dengan kenyataan
    itulah kehidupan
    jika asa tidak sama dengan perjalanan
    itulah kenyataan
    tersenyum, dan ikhlas menjalani kehidupan bak aliran air
    dibalik itu semua tangan-tangan Tuhan pasti akan memberikan kebahagiaan buat kita
    dibalik duka pasti ada bahagia

  7. Assalamualaikum w.b.t
    bila terbaca kisah diatas….
    mmg kdg2 kita tak dapat nk luahkan perasaan sbnr kita pada apa yang kita nk,hajati…saya pun tergolong dlm slh seorg yg mgalami nasib sperti saudari..
    tidak berani untuk meluahkan,memberitahu…takut mendapat feedback yg negetif daripada si dia…kita hanya mampu berdoa,bertawakal dan berserah kpdNya…sbb sgala2 telah diaturkan olehNya sejak azali lg..
    insyaallah smoga dipermudah sgala urusan(untuk saudari,saya sndiri,kaum muslimim& muslimat)
    ammimm.
    wasalam:)

  8. Bila hati dah terpaut usahakanlah, jangan biarkan dia terlepas ke tangan org lain. Berkawanlah dulu lambat laun pamerkan perasaan kita. Insyallah cinta akan datang kemudian.

  9. INSYAALAH,,,
    ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI..

  10. adakah mas adilah telah bertemu jodohnya. Jika ya tahniah dan semoga dalam kebahagiaan dan rahmatNya. Jika belum tabahlah. apa lagi yg boleh dilakukan selain bertahan dan bersabar. sy sekarang ini senasib dan seakan sama dgn Mas Adilah. dikurniai Allah dengan ‘babyface’ walaupun sudah mencecah usia 31 tahun.segala2 lambat buat sy tapi Allah sudah menetapkan begitu.sy dapat pekerjaan yang ideal pun di kala usia 28 tahun.itupun selepas diperkenan doa masuk belajar semula di sebuah kolej kesihatan. dan dlm tempoh belajar dan bekerja ini juga tetap diuji dalam mencari pasangan hidup.Ternyata mereka2 itu bukanlah gandingan terbaik dunia akhirat buat sy. sekarang sy cuba mendekati seorang jejaka lewat laman muka buku. kerana melalui info dan blognya sy mengakui ada ciri2 cenderung kepada agama dalam dirinya. hanya dengan izin Allah cita2 sy untuk menjadi teman hidupnya akan berjaya. masih terlalu awal untuk diperkatakan sementelah dia sendiri pun tidak mengenali sy. Apa pun yang bakal berlaku sy berharap dan berdoa ketenangan dan kebahagiaan tetap menjadi milik sy dan selalu sy ingatkan pada diri ‘SESUNGGUHNYA AKU BELUM BERSEDIA BARANGKALI, DAN ALLAH MAHU AKU BELAJAR BANYAK LAGI TENTANG HIDUP’. Salam kepada Mas Adilah. Moga ada berita gembira dari anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s