Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu

Kebanyakan teman wanita lebih mementingkan penampilan diri sehingga melupakan apa yg teman lelaki inginkan. Justeru itu, jgn salahkan teman lelaki kalau kebahagiaan kamu umpama telur di hujung tanduk. Sepatah kata, harus dijadikan pedoman dan kamu akan lebih dihargai sekiranya belajar menghargai apa yg pasangan tidak mahu kamu lakukan.

Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yg dinyatakan:
 
~ Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan perhatian dari kekasih kamu.

~ Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.

~ Merajuk tak tentu pasal.

~ Segala hal peribadi yg patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.

~ Selalu bercakap dgn anda manja dan kebudak-budakkan.

~ Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi  perhatian yg lebih.

Risiko yang akan kamu hadapi:

Kekasih akan hilang hormat pada kamu
Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yg matang. Memang sesetengah kekasih senang dgn keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yg tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yg kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan org lain.
 
Kamu akan kehilangannya
Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan karenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu utk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain di fikiran kekasih kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya.

Advertisements

4 responses to “Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu

  1. sebagai lelaki..rasa tersedar akan benda2 ni..betul juga 2..lelaki akan merasa bosan lama-kelamaan jika pasangannya selalu melakukan perkara2 tersebut..

  2. sebagai perempuan..hati ku lemah melihat kaum lelaki yg serba sedikit mempunyai ciri demikian..

  3. Juga sebagai lelaki…. memang betul lah apa yg tertulis tu!

  4. sbagai puan sy mudah lemah dgn kata2 laki yg kte cntai..,biar pn kami bergaduh tetapi itu mengeratkan lg hbungan kami..,fakta nye wanita lemah pada rayuan lelaki/suami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s