Tanda Si Dia Bermain Kayu Tiga

Tiada orang yang sanggup mengaku bahawa dia bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

Tiba-tiba jadi terlalu sibuk
Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.
Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.  Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.
Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang je! las dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

Terlalu banyak berahsia
Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

Berubah penampilan dan pendapat
Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Advertisements

7 responses to “Tanda Si Dia Bermain Kayu Tiga

  1. laki kayak gitu ga usah dipercaya!!mending tinggal pergi aja ples cari yang laen!!!

  2. contoh lawak lalaki minta puji!

    aku :- Avang, bosanlah! (BIla dia nak cakap?, tak ka aku aja buat mulut ni!)

    Rimau :- Tak apa yang, abang ado joke…

    aku :- Avang kalau buat lawak… dinda. hiks! (Mampuis aku dgr lawak bodoh dia!)

    Rimau :- Batu apa paling Cantik di Dunia ini?

    aku :- Batu zamrub!… (jawab ajalah…)

    Rimau :- Apa yang ni… Batu Abang lah…

    aku :- hiks… Avang ni lucu …

    ( syaitan kau… kau ingat mak ketawa sgt kah? lawak do lah Pian, tadok erti! Ya Tuhan!!! mampuis mak, noks!… bila sesi minum kopi-meeting-discussion group ini nak habis!)

  3. Tu tanda anda akan di Madukan baik cara petua bagaimana naq menghangatkan hubungan anda suami isteri bukan isteri pun main kayu tiga….

    Parah tu…

    Wassalam

  4. Kurang pasti, belum pernah jatuh cinta. (saya seorang yang perpewatakan garang, sombong & lucu sedikit, punya carier yg steady, ada kereta & rumah, selalu bersama ibu dan bapa, seorang yg suka pada kecantikan, mementingkan kebersihan, suka meluangkan masa menonton wayang, sexy, cantik, smart, cute, a little silly.. ) tapi jodoh tidak meyebelahi saya… apa kan daya..

    Semoga Allah sentiasa di samping diri ini. Amin

  5. memang sah bila kekasih hati bermain kayu tiga..dia kelihatan resah..gelabah bila nset dia berdering..ha ha ha mahu x mahu dia harus ngaku yg dia punya rahsia sudah terbongkar…kepada wanita yg serupa ini berubahlah..bertaubatlah…kembali ke jalan yg benar tepuk dada tanya iman..jangan tanya nafsu..sebab di dunia kita boleh jadi hero..tapi di akhirat ha ha rasakanlah…

  6. Kadang2 sukarnya untuk kita menerima hakikat yang pasangan kita berlaku curang dibelakang kita..tapi realitinya hanya hati kita yang tahu betapa perit dan sakitnya. Namun, yang diharapkan pasangan kita itu berlaku jujur dan mengaku diatas kesalahannya lantas bertaubatlah. Inilah akibatnya bila mengikut terlunjuk nafsu yang dikuasai oleh syaitan sehingga lupa segala.Kepada yang sudah terlanjur cepat2lah bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan.

  7. Lelaki 2 mmng ska selingkuh….mula2 time first b’cple,bkan men blik2 coll,mcj…..tpi lo lma dha…mo di blngkn sbulan skli je die coll…mcj plak,lo bkan kte y mcj die,mne ada 2….lelaki,mmng kte tau dha prangai sbnrye….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s