Belajar Dulu, Cinta Kemudian

ALAM persekolahan kenangan paling manis kerana pelbagai peristiwa suka duka dilalui terutama membabitkan perasaan seperti terjebak dalam cinta remaja atau sinonim dikenali cinta monyet.

Sebagai pelajar dan remaja, mereka mudah suka pada seseorang.

Walaupun tidak salah, pelajar seharusnya tidak dikuasai perasaan itu kerana keutamaan adalah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.

Cinta monyet hanya mengganggu proses pembelajaran sekali gus menyebabkan seseorang gagal dan hanyut dilanda perasaan.

Emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, sewajarnya dihabiskan untuk menimba ilmu, diamuk perasaan cinta pada golongan berlainan jenis bukan masanya.

Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada guru sendiri hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi hebat kepada pelajar jika tidak mendapat perhatian guru diminati.

Mereka harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan berangan-angan kosong.

Bukan tidak ada pelajar berjaya walaupun bercinta tetapi jumlah kecundang lebih ramai malah ada terjebak dalam gejala sosial.

Sebagai pelajar, mereka perlu bijak berfikir dan membuat penilaian. Bukankah jika terjebak dengan masalah perasaan ini merugikan?

Contohnya wang. Bayangkan, duit saku pemberian ibu bapa seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pembelajaran seperti membeli buku dan makanan tetapi dihabiskan bagi membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Masa terluang untuk mengulang kaji pula digunakan untuk bertemu atau melayan perasaan. Bukankah itu satu kerugian kerana masa tidak akan berulang.

Justeru, tindakan memarahi atau tidak bersetuju pelajar jatuh cinta pada usia muda oleh sebilangan masyarakat terutama ibu bapa ada kewajarannya.

Mereka bukanlah mengongkong tapi mahu anak belajar dulu, memenuhi impian menjejakkan kaki di menara gading dan memperoleh pekerjaan baik.

Selepas segalanya tercapai, waktu itu adalah masa terbaik untuk jatuh hati kerana perasaan itu sudah ada matlamatnya.

Malangnya, bukan semua pelajar mahu memahami pengharapan ibu bapa malah melemparkan tanggapan mereka dikongkong, dan tidak memahami gelodak jiwa remaja.

Saya sedih bila ada anggapan itu kerana niat baik sering kali disalah erti. Cuba fikir, adakah ibu bapa mahu melihat anak sengsara?

Fikirlah… sampai bila perasaan itu mampu bertahan sedangkan komitmen untuk bercinta memerlukan sokongan pelbagai aspek iaitu kewangan, masa depan dan sosial.

Saya nasihatkan pelajar, lupakan dulu mengenai soal hati dan perasaan sebaliknya tumpukan perhatian pada pelajaran.

Saya percaya, jika semuanya tercapai, ibu bapa tiada halangan untuk menerima pilihan anak. Waktu itu barulah perasaan sebenar dapat dinilai dengan pertimbangan wajar.

————-

Dipetik dari Harian Metro

Advertisements

5 responses to “Belajar Dulu, Cinta Kemudian

  1. salam..saya bersetuju dgn apa yg dinyatakan..tp kita kena ingat setiap benda itu ada pro dan kontranya..contohnya cinta,satu fitrah manusia yg dikurniakan Allah untuk kita saling sayng sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain. Namun sayangnya ramai anak muda membunuh cinta dengan nafsu..cinta diertikan perasaan suka kepada rakan yang berlainan jantina semata-mata. Bila disebut persoalan cinta ketika belajar, untuk pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan satu corak cinta yang agak kebudak-budakan dan belum cukup ‘pandai’ untuk menilai eseoranmg itu dengan lebih tepat dan bersaskan kepada sikap suka-suka sahaja. Sedangkan fenomena cinta IPTA boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian.yang pertama benar dan yang kedua palsu..Sifir cinta sebenarnya mudah sahaja..CINTA ITU JANGAN DICARI TETAPI JIKA IA DATANG,URUSKAN DENGAN BAIK..itu saja..fikirkanlah dgan minda yang terbuka..

  2. tetapi ibu bapa perlu mengetahui perasaan anak2 mereka kerana mereka bukan nya mahu cinta itu datang tapi ia datang sendiri haruskah anak2 dipersalahkan?????????

  3. buat saya belajar memang penting.tapi ada kalanya cinta juga penting.karena dengan cara jatuh cinta pelajar bisa menerima tambahan jiwa atau semangat ke psikologisannya.semua itu adalah semangat jiwa.tetapi para pelajar juga harus ingat akan keinginana ortu.

  4. adakalanya kita ingin terlihat tidak cupu karena itu kita gunakan pacaran sebagai trend hidup kita.pelajar seringkali berharap untuk bisa punya pacar yang bisa bikin dia populer di sekolah.jadi pelajar bersekolah bukan karena ingin mencari pelajaran tetapi ingin punya kepopuleran semata,harapan ortupn tidak dihiraukan yg penting terkenal di skul.apapun itu saya hanya bisa berharap agar pelajar bisa mengenali cinta mereka.

  5. cinta di alam persekolahan tidak salah. sebaliknya, pelajar perlu mengutamakan pelajaran terlebih dahulu. pelajar yang bijak akan tahu mengasingkan antara pelajaran dan perasaan. manusia yang pendek akal akan membiarkan perasaan menguasai diri yang adakala membuatkan mereka hilang kewarasan untuk berfikir mana yang baik dan tidak baik..fikirkanlah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s