Petua Membuat Keputusan

Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambl masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.

1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.

3. Kenal pasti pilihan
 Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.

4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.

5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.

6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.

7. Nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat fikiran memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.

Advertisements

4 responses to “Petua Membuat Keputusan

  1. thanx 4 dis..
    dpt gak membantu ble time nk wt keputusan

  2. assalamualaikum
    alahai
    kadang2 dah pkir betul² pun
    keputusan tetap salah gak
    adeihhhh…
    xtahu lah kat mane silap tu
    huuhuhuhuh
    what eva lah!!
    koekoekeoekoek….

  3. untuk ila..
    fikirkan keputusan dengan akal bukan dengan hati..kadang2 hati ini kata ya, akal kata tidak..akal kata ya, hati kata tidak…mana yang lebih tepat akal dan hati?
    lepas akal wat keputusan hati tetap x puas hati tu yang rasa wat keputusan silap ja…bulatkan hati…saya doakan awak bertemu jawapan yang sebenar.

  4. sy buntu…tak dapat nak buat keputusan kerana gusar untuk melalui hari2 mendatang, bimbang tak mampu..wpun saya nampak byk keburukan dr kebaikan seandainya diteruskan..sehingga kini sy masih bertahan,,,sgt2 buntu..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s